Selepas membaca beberapa tanggapan buruk para penulis terhadap umat ini, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan sendiri , apa arti 'karaamatul Islam'.
Orang Islam semuanya ada karaamah, di dunia terselamat dari angkara kufur dan syirik dan di akhirat syurga yang kekal.
Islam ada kemuliaannya , hanya perangai orang Islam yang tak ikut agamanya yang ada kalanya sangat menakjubkan. Islam datang secara sakti ( dari langit ) ke atas pilihan manusia yang banyak sakti ( mukjizat ) iaitu golongan para nabi dan rasul.
Apabila syariat Islam di turunkan pada zaman Nabi s.a.w. ia tercatat secara pasti mencapai peringkat yang paling sempurna ( alyauma akmaltu lakum diinakam.....)
dalam mengajak manusia ke arah kebahagiaan abadi dan kesempurnaan akhlak, samada akhlak dengan tuhan, akhlak dengan manusia dan akhlak dengan makhluk Allah lainnya.
Tercatit dalam quran bahawa umat ini adalah umat yang paling baik yang pernah Allah keluarkan sejak zaman umat umat dahulunya.....kuntum khaira umatin ukhrijat lin naas.....) malah, sehingga nabi sendiri banyak kali tersenyum gembira kerana mendapat khabar gembira dari Jibril dari Allah mengenai kemuliaan umat ini...sehinggakan terungkap beberapa hadith yang sangat mengembirakan kita hari ini, mengembirakan saya dan anda semua, bahawa Baginda benar benar telah berjaya menjadikan umat ini umat yang paling selamat, paling terpandu dan umat yang saling membimbing satu jenerasi ke satu jenerasi begitu tersusun rapi ( ilmu sanad ) yang terikat rapat, ( jika ada ruang yang terputus syaithan/iblis masuk ) mungkin inilah sebabnya umat ini tidak perlukan para nabi lagi kerana sistem syariatnya sudah mencukupi tugas tugas seorang nabi....innallaha amaral mukminin kamaa amara bihil mursalin....Allah memerintahkan para mukminin umat ini dengan apa yang Allah pernah memerintah para rasul terdahulu.....alhadith.
Yang paling mengembirakan kita mengenai agama Islam ini,.... ia adalah agama yang terselamat dari kekufuran dan kesyirikan bagi mereka yang menyambut Islam dengan betul. sambut di sini berarti mempelajari Islam secara hal dan tulisan.Ia bukan agama yang terselamat sahaja bahkan menyelamatkan dari perihal buruk tersebut....sehingga nabi s.a.w pernah mengungkapkan secara tabsyiir berita gembira dalam khutbah terakhirnya.....bahawa...aku tidak lagi khuatir berlaku syirik ke atas kamu ( dan umat ) mulai hari ini, yang aku masih khuatirkan adalah sifat tamak kamu mengejar kemewahan dunia sehingga sanggup berlumba lumba mengejarnya sehingga lupa akhirat. -alhadith
Nah, dari mana datangnya khabar buruk bahawa umat ini semuanya, termasuk para ulamanya dan auliyanya, sudah mulai melakukan syirik, khurafat dan kufur...sejak bila timbulnya berita yang menjatuhkan martabat kemuliaan nabi yang ada pada umatnya, sejak bila mahkota orang Islam sejak berkurun lamanya sudah jatuh dari kepala kepala mereka jika bukan dari tulisan yang mengatakan kaum muslimin sudah melakukan syirik ( kitab at tauhid )....yang buat syirik hanya beberapa individu yang tidak dipastikan lagi latar belakang agamanya...itu satu fitrah dan normal, seperti para bomoh dan dukun yang bukan terdidik secara islamic. apakah perbuatan segelinitr ini dijadikan hujjah semua orang islam salah dan kufur...? atau mereka sebenarnya menujukan syirik dan kufur kepada majoriti kaum muslimin yang hidupkan hikmah alquran dan sunnah nabi iaitu bertawasul dengan para solihin ? dimanakah ayat quran dan hadith yang menolak tawasul ? malah sebaliknya. apakah benar pengertian tawasul itu meminta selain Allah ? apakah rahasia bacaan para sahabat yang diketuai Saiyidina Abu Bakar As-Sidiq dalam peperangan menyerang tentera musaimatul kazzab di Najad ? allahu akbar ? laa ilaha ilallah ? baca sirah sendiri , cari sendiri dan ambil tahu hikmah tawasul.
Jika ayat ayat alquran dan hadith yang mengancam kesalahan kaum kafir/ musyrik quraish Mekah di jadikan hujjah dalam kitab A-Tauhid untuk di tujukan kepada kaum majoriti kaum muslimin yang menghidupkan salah satu hikmah diniyah iaitu tawasul dengan para solihin sebagai syirik....siapa sebenarnya yang mengotori kemuliaan Islam ? walaupun semua dalilnya adalah ayat quran dan hadith dalam kitab tersebut ( saya sudah membacanya...ada sedikit yang benarnya seperti percaya kepada tangkal tangkal , thairah yang bukan islamic ...) , tetapi kesemuanya menjadi hujjah ke atasnya kerana ia menujukan kesemuanya itu kepada karaamatul islam atau golongan sawaadul a'zam ...golongan yang terjamin.
Kenapakah ambil dari pandangan seorang ini yang nampak jelas pakai ayat quran dan hadithnya tetapi bukan dari golongan ulama ( benar cara tulisannya tiada berbaur ulama ) dan kamu mengenepikan seluruh kesepakatan ulama termasuk para mufti dari 4 mazhab atas kesesatannnya seperti almuhadith Imam Zaini Dahlan mufti syafie, Imam Ibnu Abidin mufti hanafi yang menegaskan kaum yang menentang kaum muslimin pada zamannya adalah khawarij ..dalam kitab nya bab khawarij, imam ahmad sowi dari kalangan masyarakat maaliki dalam tafsirnya juga mengatakan pihak wahabiah adalah hizbus syaithan dan juga khawarij. Penulis yang banyak di kalangan hanabilah yang baikot kaum wahabiah dan menceritakan secara detail sifat suka membunuh ulama yang menentangnya dalam kitab syuhubul waabilah, tarikh Najad...dan banyak lagi. kenapa dengar dari pihak yang satu dan menolak yang ramai......inilah yang dikatakan fitnah dari Najad.
Untuk orang awam, mari kita hindari fitnah yang keluar dari kota Najad ini, dan ambillah manhaj kita yang sesuai dengan manhaj Yaman dan manhaj Sham kerana Nabi s.a.w memberikan kita jaminan keselamatan agama dari kedua kota ini dengan maqbulnya doanya.
Jika hampir berlaku satu hari di mana majoriti kaum muslimin bakal tersesat, Allah akan mengirimkan seorang wiranya , memanjangkan harinya, mendidik umat ini agar umat ini sentiasa termulia dan terpandu, belum pernah berlaku satu hari Islam terhina dengan terjadinya majoritinya tersesat,belum pernah, belum pernah ada orang Islam yang sembah kubur, sembah wali lalu di sokong ulama perbuatan salahnya belum pernah, belum pernah ada kaum muslimin yang sembah pokok , belum pernah..itu semua tuduhan salah yang dilontarkan tanpa selidik.
apakah membaca doa di hadapan kubur sudah dikira menyembah kubur, kalau begitu ramai yang telah sembah makanan sebelum makan. yang pasti tiada yang sujud meletakan dahinya menyembah kubur lalu para ulama mengesahkan perbuatannya. bukanlah dari kaum muslimin mereka yang lantang lidah dan pena menuduh kaum muslimin sembah kubur dan menuduh kaum melakukan syirik. taubatlah dari fahaman anti islam berdalilkan ayat ayat kepunyaan orang islam. menghina perbuatan majoriti Islam yang betul ( tahlil, maulid, ziarah kubur, tawasul masyruu'.... dsb ) sama seperti menghina Rasulullah s.a.w kerana baginda pewarna umat ini.
Saya belum terlihat kaum muslimin meletakkan dahi mereka sujud menyembah kuburan, yang saya banyak melihat kaum muslimin ramai sangat meletakkan dahi mereka di hadapan ka'bah......perbetulkan lah istilah menyembah kubur kamu...silap lidah keluar aqidah, silap pena jadi bencana.
Sebahagian dari mukjizat Rasululah ialah para Auliya Allah sentiasa bertambah tidak pernah berkurangan ,namun orang awam tidak mengenali mereka,
Sebahagian dari mukjizat Nabi, teramai dari umatnya sentiasa mendapat hidayah dan bimbingan Allah, segelintir sahaja yang perangai mereka buruk bagaikan kaum yang pernah disumpah jadi kera dan babi.
Sebahagian dari mukjizat Nabi Muhamad, Islam terselamat dengan sistem silsilah dan sanad, selagimana mereka sentiasa berjaga jaga dari fitnah agama dari Najad. Sebab itu ramai asatizah yang ambil ilmu dan agama mereka secara bersilsilah dan sanad, tak akan ngam atau senang dengan kefahaman agama yang keluar dari kota Najad. Nasihat saya jangan terima, jangan ambil, jangan dengar kefahaman agama anda jika ianya datang dari kota Najad walaupun ianya terhias begitu cantik dengan alquran dan sunnah, itulah namanya fitnah, dan nabi sudah wartakan. fitnah ini adalah asas fahaman dajjal , walaupun dia berjubahkan ulama dan mengaku darah keturunan Nabi.
Wabillahit taufiq wal hidayah, war redha bil inayah
wassalamu alaikum