Beza salafussoleh dan wahabi salafi
Kembalikan kepada Quran dan Sunnah, nescaya kamu tidak akan sesat dan mereka yang faham dalam agama.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
خَيْرَ أُمَّتِـي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
“Sebaik-baik umatku adalah pada masaku. Kemudian orang-orang yang setelah mereka (generasi berikutnya), lalu orang-orang yang setelah mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3650)
Tiga kurun ini merupakan kurun terbaik dari umat ini. Generasi terbaik umat ini adalah :
Pertama : Para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka adalah sebaik-baik manusia.
Kedua : Lantas disusul generasi berikutnya, iaitu Tabi'n.
Ketiga : Lalu generasi berikutnya, iaitu Tabi'ut Tabi'in
Mereka adalah orang-orang yang paling baik, paling selamat dan paling mengetahui dalam memahami Islam. Mereka adalah para pendahulu yang memiliki keshalihan yang tertinggi (as-salafu ash-shalih).
Kesemua Imam Mujtahid 4 Mazhab tergolong ke dalam kategori as-salafu ash-shalih :
1. Imam Abu Hanifah : tarikh lahir : 80 H
2. Imam Malik : tarikh lahir : 93H
3. Imam Syafie : tarikh lahir : 150 H
4. Imam Ahmad Bin Hambal : 164 H
Tarikh lahir tokoh-tokoh Wahhabi :
1. Ibn Taimiyyah : 661 H
2. Muhammad Abd Wahhab : 1115 H
3. Nasiruddin Al-albani : 1333 H
Makanya, siapa yang afdhal diikuti?
Adakah golongan salaf seperti Imam Mujtahid 4 mazhab selepas Imam-imam Mujtahid......atau......imam-imam KHALAF WAHHABI?
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah.
No comments:
Post a Comment