Minhaj Al-’Abidin Ila Jannati Rabb Al-’Alamin
MINHAJ AL-’ABIDIN ILA JANNATI RABB AL-’ALAMIN
LANDASAN AHLI IBADAH KE SYURGA
TUHAN SEKALIAN ALAM
Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh
Meninggal dunia 505 H = 1111 M
Kewajipan terawal Muslim dan Muslimah adalah menjadi orang yang berilmu.Ilmu menjadi paksi tempat perkisaran ( edaran ) ibadat.Ilmu dan ibadah adalah dua permata yang paling berharga dalam kehidupan insan.Lantaran kedua-duanya diutuskan para Rasul a.s. dan diturunkan kitab suci serta dijadikan segala makhluk ini.Dua nas yang sehubungan ini ialah :
ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬ وَمِنَ ٱلۡأَرۡضِ مِثۡلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ ٱلۡأَمۡرُ بَيۡنَہُنَّ لِتَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عِلۡمَۢا
Yang bermaksud : Allah menciptakan tujuh petala langit dan daripada bumi diciptakan seumpamanya jua,turun perintah Allah antara keduanya supaya kamu semua mengetahui bahawasanya Allah Mahya Berkuasa ke atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah Maha Meliputi ilmuNya ke atas segala sesuatu. ( Surah al-Talaq ayat 12 )
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Yang bermaksud : Dan tidak Aku mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKu. ( Surah al-Zariyat ayat 56 )
Penciptaan negeri dunia dan akhirat adalah kerana ilmu dan ibadah yang memerlukan kita menumpukan perhatian kepada kedua-duanya.Antara nas-nas hadith atau sabda Rasulullah SAW tentang keduanya ialah :
إن فضل العالم علي العابد كفضلي علي أد ني رجل من أمتي
Maksudnya : Sesungguhnya kelebihan orang alim ( yang beramal dengan ilmunya ) ke atas orang ‘abid ( yang beribadat tanpa ilmu ) seperti kelebihan diriku ke atas orang yang paling rendah ( mertabatnya ) daripada umatku.
نظرة إلي العالم أحب إلي من عبادة سنة صيامها وقيامها
Maksudnya : Sekali tilik kepada wajah seorang alim ( dengan tilik kasih sayang dan hormat ) terlebih aku kasihi daripada ibadat setahun yang meliputi puasa dan sholatnya.
ألا أدلكم علي أشرف أهل الجنة ؟ قالوا : بلي يا رسول الله قال : هم علماء أمتي
Maksudnya : Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan tentang semulia-mulia ahli syurga ? Mereka menjawab bahkan wahai Rasulullah.Sabdanya : Mereka ialah ulama` di kalangan umatku.
Ternyata sekali bahawa ilmu adalah permata yang terlebih mulia daripada ibadat tanpa ilmu.Sungguhpun demikian seseorang yang berilmu wajib beribadat.Jika tidak ilmunya menjadi sia-sia sebagaimana debu yang bertaburan ditiup angin.Sehubungan ini ilmu diibaratkan seperti pokok dan ibadat pula diumpamakan buahnya.Justeru itu kemuliaan berpangkal daripada pokok kerana ia adalah asalnya.Tetapi apa yang memberi manfaat ialah apa yang terhasil daripada buahnya.Oleh itu seseorang hamba Allah perlu memiliki kedua-duanya sebagaimana pandangan yang dikemukakan oleh Hasan al-Basri RH : Tuntutlah olehmu ilmu ini sebagai tuntutan yang tidak memudaratkan ilmu ( yaitu dengan tidak mengabaikan salah satu daripada keduanya ilmu dan ibadat )
Apabila seseorang itu tetap kedudukan ilmu dan ibadatnya maka dia perlu memiliki kedua-duanya sekali.Dalam hal ini ilmu hendaklah didahulukan atau diutamakan kerana ia merupakan asal atau umbi dan juga merupakan dalil atau penunjuk jalan ibadah.Sehubungan ini Nabi Muhammad SAW bersabda :
العلم إمام العمل والعمل تابعه
Maksudnya :Ilmu itu merupakan imam atau pemimpin kepada amal,sedangkan amalan itu pula menjadi pengikutnya (sebagai ma`mum).
Sebenarnya ilmu telah menjadi asal usul, ikutan serta mendahului ibadah disebabkan dua alasan :
1 Ilmu yang sahih akan menghasilkan ibadah yang sahih serta terselamat daripada kesesatan ( لتحصل لك العبادة وتسلم )
Sehubungan ini menjadi kewajipan terawal seseorang Muslim untuk mengenal AllahSWT Tuhan Yang Disembah yang diikuti dengan beribadah kepadaNya.Tidak wajar anda beribadah kepada Allah dalam keadaan tidak mengetahui nama-namaNya,sifat-sifat zatNya yakni apa yang wajib bagiNya serta apa yang mustahil bagi sifatNya.Tanpa ilmu dan ma’rifah anda akan beri’tiqad tentang Allah dengan i’tiqad atau pegangan yang menyalahi i’tiqad yang sebenar,والعياذ بالله .Sekiranya i’tiqad sudah tersasar dari yang benar mengakibatkan peribadatan anda menjadi sia-sia ibarat debu yang berterbangan.Kami telah menerangkan tentang i’tiqad yang salah yang dikategorikan sebagai bahaya besar dibawah topik mengenai seburuk-buruk penamat kehidupan ( سوء الخاتمة ).Topik ini adalah sebahagian daripada bab takut ( الخوف ) yang dibahaskan dalam karya Ihya` ‘Ulum al-Din.
Setelah mencapai ma’rifah kepada Allah menjadi kewajipan pula ke atas anda untuk melaksanakan kewajipan syariat Islam dengan betul serta berkewajipan juga untuk meninggalkan larangan-larangan Allah SWT.Anda perlu memahami konsep ketaatan kepada Allah dalam rangka melaksanakan syariat Islam.Disamping itu anda berkewajipan pula memahami konsep maksiat supaya tidak terjatuh kelembahnya tanpa kefahaman yang jelas.
Antara ibadah yang disyariatkan seperti bersuci,sholat,puasa dan lain-lain itu wajid diteliti hukum-hukum dan syarat-syaratnya sehingga anda berupaya melaksanakannya dengan sahih menurut tuntutan syara’. Berkemungkinan anda telah beramal sejak bertahun-tahun lamanya tentang sesuatu ibadah khusus seperti bersuci dan sholat tetapi malangnya amalan-amalan itu tersasar daripada kehendak sunnah Rasulullah SAW. Disinilah letaknya kewajipan anda memiliki ilmu serta mempunyai sumber yang betul daripada orang yang ahli dalam keilmuan itu supaya anda dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam kehidupan anda.
Perbahasan tentang ilmu ini juga merangkumi tentang ilmu-ilmu batin atau aspek hati dan jiwa yang meneroka tentang ibadah-ibadah batin yang merupakan kerja-kerja hati yang wajib anda memahami dan mengenalinya.Antaranya mengenai konsep tawakkal atau penyerahan diri kepada Allah,konsep redha dengan ketentuan Allah,konsepsabar,taubat,ikhlas dan seumpamanya yang akan diulas InsyaAllah.
Sebaliknya anda juga perlu memahami tentang sifat-sifat negatif yang berlawanan dengan sifat-sifat terpuji tadi seperti sifat marah,angan-angan,riya`,sombong dan sebagainya supaya anda berusaha keras untuk mengusir sifat-sifat itu daripada hati anda.
Antara nas-nas al-Quran mengenai perintah Allah supaya anda bersifat mulia dan positif adalah sebagaimana berikut :
i وعلي الله فتوكلوا إن كنتم مؤمنين
Maksudnya : Dan hanyalah kepada Allah kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar termasuk di kalangan orang-orang yang beriman.( Surah al-Maidah ayat 22 )
ii واشكروا لله إن كنتم إياه تعبدون
Maksudnya : Dan bersyukurlah kamu kepada Allah,jika kamu benar-benar hanya kepadaNya kamu beribadah. ( Surah al-Baqarah ayat 172 )
iii و اصبر و ما صبرك إلا بالله
Maksudnya : Dan bersabarlah kamu,dan tiadalah kesabaran mu itu melainkan dengan pertolongan Allah. ( Surah al-Nahl ayat 127 )
iv وتبتل إليه تبتيلا
Maksudnya : Dan hendaklah kamu putuskan ibadahmu kepadaNya semata-mata sebagai putus yang sebenar-benarnya tanpa menyengutukanNya dengan sesuatu yang lain yakni hendaklah kamu benar-benar ikhlas terhadap Allah SWT. ( Surah al-Muzammil ayat 8 )
Ayat-ayat tersebut mengemukakan kewajipan anda bersifat dengan sifat-sifat terpuji itu sebagaimana kewajipan anda mendirikan sholat dan puasa.Sehubungan ini adakah anda hanya menerima perintah kewajipan bersembahyang atau berpuasa ? Walhal anda mengabaikan perintah yang mewajibkan anda bertawakkal,bersyukur,bersabar dan seumpamanya ! Ingatlah bahawa perintah melaksanakan ibadat syara’ dan ibadat batin itu datang daripada Allah Tuhan Yang Maha Tunggal.Semua perintah tercatit di dalam kitab suci al-Quran yang satu jua.Anda tidak melaksanakan ibadat batin dan tidak mengetahui tentangnya
Anda bersikap demikian disebabkan anda telah terpesung dengan fatwa yang salah yang diutarakan oleh orang yang telah tertakluk hatinya jatuh cinta kepada dunia yang segera diperolehi habuannya,sehingga orang itu itu terkeliru dengan menyangka yang baik itu mungkar,dan yang mungkar itu dianggap baik.Anda sebenarnya telah terpedaya dengan fatwa orang yang mengabaikan ilmu-ilmu yang dinamakan oleh Allah dalam kitabNya sebagaiNUR,HIKMAH dan HUDA ( Cahaya,Kebijaksanaan dan Pertunjuk ).Selanjutnya anda telah tertipu dengan orang yang menumpukan perhatian kepada ilmu berdebat atau berbahas yang dengannya menjadi alat untuk mendapat harta yang haram dan juga untuk menjadi perangkap dan jerangkap untuk memburu kesenangan dunia yang fana`.
Tidakkah anda bimbang wahai penuntut hidayah kebenaran ( المسترشد ) bahawa anda telah mensia-siakan kewajipan-kewajipan ibadah batin yang juga turut difardukan oleh Allah SWT ke atas diri anda ? Dalam masa yang sama anda begitu sibuk mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat dan puasa-puasa sunat tetapi malangnya anda tidak mendapat pahala dan faedah daripadanya tanpa anda menitikberatkan tentang kewajipan ibadat batin seperti ikhlas,redha,sabar dan seumpamanya.
Akibat daripada itu anda mungkin terjerumus dalam lumpur maksiat batin seperti sifatriya`,ujub dan takbur yang menjerumuskan anda ke dalam neraka.Berkemungkinan juga anda adalah seorang yang meninggalkan yang harus seperti tidak makan,tidak minum dan tidak tidur dengan harapan untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT.Sedih sekali anda tidak memperolehi apa-apa lantaran hati anda masih bergelumang dengan maksiat batin.Lebih jauh daripada itu anda mungkin telah dihanyutkan oleh angan-angan yang panjang,walhal angan-angan adalah sejenis maksiat batin yang sama sekali berbeza dengan niat dan keazaman yang disertai dengan tindakan yang praktikal.
{Sebenarnya ilmu telah menjadi asal usul, ikutan serta mendahului ibadah disebabkan dua alasan :
1 Ilmu yang sahih akan menghasilkan ibadah yang sahih serta terselamat daripada kesesatan ( لتحصل لك العبادة وتسلم )}
Mungkin anda juga orang yang suka mengeluh,keluh kesah dan resah sedangkan anda menyangka itu adalah sifat merendah diri dan merintih merayu kepada Allah SWT.Demikian juga kekeliruan anda terhadap konsep riya` yang anda sangka sebagai kepujian bagi Allah SWT jua.Umpamanya anda mengajak manusia kepada kebaikan tetapi bersalut riya`.Ia adalah suatu maksiat batin bukannya taat yang sempurna kepada Allah SWT.Kekeliruan-kekeliruan konsep ini adalah bencana besar bagi orang yang beramal tanpa ilmu yang benar dan bersepadu.
Amalan-amalan zahir amat mendalam hubungannya dengan amalan-amalan batin yang mampu memperbaiki dan merosakkannya seperti sifat ikhlas,riya`,’ujub,mensyukuri nikmat Allah dan sebagainya.Justeru itu sesiapa yang tidak mengerti tentang keberkesanan amalan-amalan batin dalam menentukan kualiti ibadat-ibadat zahir,dan tidak mengetahui tentang kaedah-kaedah memelihara diri dari kebejatan batin serta tidak mengetahui seluk beluk untuk mengendalikan amalan-amalan zahir dari terjunam ke dalam runtunan kerosakan batin maka akan binasalah amalan-amalan zahirnya.Terluputlah pahala-pahala ketaatan zahirnya.Tidak ada lagi disisinya kecuali kepenatan dan kecelakaan.Realiti ini adalah kerugian yang nyata.Sehubungan ini Rasulullah SAW bersabda sebagai menjelaskan ciri-ciri ilmu yang sahih :
إن نوما علي علم خير من صلاة علي جهل
Maksudnya : Sesungguhnya tidur dalam keadaan berilmu adalah lebih baik daripada bersembahyang dalam keadaan jahil.
Jelas dalam konteks ini orang yang beramal tanpa ilmu akan membawa kerosakan lebih banyak daripada perbaikan atau islah.Selanjutnya Rasulullah SAW mengungkapkan lagi kedudukan ilmu yang benar dengan sabdanya :
إنه يلهمه السعداء ويحرمه الأشقياء
Ertinya : Sesungguhnya ilmu yang benar itu diilhamkan kepada orang-orang yang berbahagia dan diharamkan kepada orang-orang yang celaka.
Ilmu dalam konteks hadis ini adalah ilmu disisi Allah العلم عند الله Sebenarnya dua bentuk kecelakaan bagi orang-orang yang beramal tanpa ilmu ialah orang-orang yang bebal yang tidak menuntut ilmu tetapi dia berpenat lelah beribadat dalam keadaan terumbang ambing meraba-raba tanpa hala dan tanpa pedoman ilmu.Akibatnya amalan-amalannya sia-sia tanpa pahala dan tanpa faedah yang diperolehinya adalah kepenatan yang berpanjangan.Kami memohon perlindungan Allah SWT daripada ilmu dan amal yang tidak memberi manfaat.
Sehubungan ini para ulama` yang zahid lagi beramal dengan ilmunya RH begitu mengambil berat tentang ilmu yang sahih ini sebelum daripada mereka beramal.Sebaliknya orang-orang awam mengabaikan hal ini.Dalam konteks ini boleh ditegaskan bahawa perkisaran urusan ibadat serta tunjang ibadat dan taat kepada Allah SWT Tuhan Sekalian Alam ini mesti ditegakkan diatas ilmu. Pendirian ini turut dikongsi oleh para ilmuan yang memiliki mata hati serta pendokong ilmu yang mendapat hidayah.
2 Perkara kedua yang mewajibkan anda mendahulukan ilmu ke atas ibadat adalah lantaran sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu akan membuahkan rasa takut dan haibah kepada Allah SWT.
أن العلم النافع يثمر خشية الله تعالي ومهابته
Sehubungan ini Allah SWT berfirman:
يخشي الله من عباده العلماء انماMaksudnya : Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hambaNya ialah para ulama`. ( Surah Fatir ayat 28 ).
Justeru itu orang-orang yang tidak mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar ma’rifah sudah tentu mereka tidak akan merasa hebat,gementar dan gerun kepadaNya.Mereka juga tidak akan mengagung-agungkanNya dengan bersungguh-sungguh.Dalam hal ini hanya dengan ilmu mereka berupaya mengenalNya,mengagungkanNya dan merasa takut terhadapNya.
Tegasnya ilmu akan membuahkan amal ketaatan dan akan menghalang seseorang itu daripada terjerumus kelembah maksiat dengan taufik dan hidayah Allah SWT.Inilah dua perkara pokok yang menjadi tujuan kita beribadat kepada Allah SWT yakni mengerjakan taat dan menjauhkan diri daripada maksiat. Wallahu A’lam bi al-sawab. Wahai orang-orang yang menjalani landasan ke akhirat bahawa asas permulaan dalam semua perkara adalah berilmu pengetahuan.Sehubungan ini Rasulullah SAW bersabda :
طلب العلم فريضة علي كل مسلم
Maksudnya : Menuntut ilmu itu menjadi kefardhuan terhadap setiap Muslim.
Terdapat dua pertanyaan timbul dalam konteks ilmu.Pertama apakah jenis ilmu yang menjadi kefardhuan itu ? Kedua sejauhmanakah batasan ilmu dalam urusan ibadah ? 3 jenis ilmu yang difardhukan :
1 Ilmu tauhid iaitu ilmu usuludin.
2 Ilmu al-Sirr ( ilmu tasawwuf ) : ilmu yang berkaitan dengan hati serta amalan-amalan yang tersembunyi didalamnya.
3 Ilmu syariah atau ilmu fiqh
Batas kewajipan mempelajari ilmu-ilmu tersebut ialah :
i. Kefardhuan mempelajari ilmu tauhid adalah dengan mengetahui tentang usuluddin yang mencakupi ketuhanan,kenabian dan perkara-perkara sam’iyyat ( yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith seperti persoalan tentang para malaikat dan hari akhirat ).
ii. Dalam konteks ilmu ketuhanan ini anda wajib mengetahui bahawa Tuhan itu Maha Tunggal,Maha Berkuasa,Maha Berkehendak,Maha Hidup,Maha Berkata-kata,Maha Mendengar,Maha Melihat,Maha Esa Yang tiada sekutu bagiNya,bersifat dengan kesempurnaan,Maha Suci daripada kekurangan dan kebinasaan,Maha Suci daripada sifat baharu,wajib Dia bersifat Kesediakalaan atau qidam serta Maha Suci daripada sifat makhluk.
iii. Wajib beriktiqad bahawa Muhammad الله عليه وسلمصلي itu adalah hamba Allah dan utusanNya yang benar apa jua yang dibawanya dan apa jua yang diucapkan melalui lidahnya tentang persoalan akhirat adalah datang daripada Allah SWT.
iv. Anda wajib juga mengetahui tentang konsep sunnah ( ئر السنةشعا ) supaya anda tidak terjerumus ke dalam perkara bid’ah yang sesat.Perkara bid’ah dalam persoalan agama ialah apa yang tidak wujud keterangan di dalam al-Quran dan athar ( ajaran Rasulullah SAW yang diwariskan kepada para sahabat R.A. ).Perkara bid’ah merupakan bahaya yang amat besar di sisi Allah SWT.
Sambungan……………….
{Sebenarnya ilmu telah menjadi asal usul, ikutan serta mendahului ibadah disebabkan dua alasan :
1 Ilmu yang sahih akan menghasilkan ibadah yang sahih serta terselamat daripada kesesatan ( لتحصل لك العبادة وتسلم )}
2 Perkara kedua yang mewajibkan anda mendahulukan ilmu ke atas ibadat adalah lantaran sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu akan membuahkan rasa takut dan haibah kepada Allah SWT.
أن العلم النافع يثمر خشية الله تعالي ومهابته
Batas kewajipan mempelajari ilmu-ilmu tersebut ialah :
v. Semua dalil tentang tauhid telah sedia ada keterangan di dalam al-Quran sebagaimana yang telah disebut oleh guru-guru kami RA didalam karya-karya mereka yang membahaskan tentang asas-asas ketauhidan.Sehubungan ini dapat ditegaskan bahawa apa jua persoalan yang tidak menghindarkan anda daripada kebinasaan lantaran kejahilan,sudah semesti jalan keluarnya ialah dengan menuntut ilmu yang merupakan kefardhuan agama yang asasi.
vi. Kefardhuan mempelajari ilmu Sirr atau tasawwuf ialah mengenali apa yang disuruh dan apa yang dilarang sehingga membuahkan di dalam jiwa anda perasaan mengagungkan Allah SWT,ikhlas terhadapNya,membetulkan niat kepadaNya serta beramal yang menyelamatkan daripada penyelewengan.Semua perbahasan tentang hal ini akan dikupas di dalam kitab ini Insya Allah.
vii. Kefardhuan ilmu syariah pula meliputi segala apa yang difardhukan terhadap anda untuk melaksanakannya dan memahaminya seperti persoalan bersuci,sembahyang,puasa,haji,zakat dan jihad.Anda bukan sahaja dituntut memahami konsep dan pelaksanaannya tetapi pelbagai prasyarat penyempurnaan kefardhuan-kefardhuan tersebut.
Seandainya anda bertanya adakah perlu mempelajari ilmu tauhid sehingga dapat menewaskan hujah-hujah agama kufur serta menyebabkan musuh-musuh Islam menerima hujah Islam ? Ataupun hujah-hujah sunnah yang berupaya mematahkan pergerakan dan amalan bid’ah ? Jawabnya keupayaan ilmu seperti itu adalah menjadi fardhu kifayah.
Adapun yang menjadi fardhu ‘ain terhadap anda adalah sekadar apa yang mengesahkan iktiqad anda dalam persoalan usuluddin.Tidaklah menjadi fardhu ‘ain terhadap anda untuk menghalusi segala cabang ilmu tauhid dan pelbagai permasalahannya.
Anda perlu menyelesaikan dengan segera segala syubhah atau kesamaran tentang ilmu tauhid.Hindari diri anda dari terjebak dalam perbalahan dan perselisihan yang tiada penghujungnya.Ia merupakan penyakit yang sukar diubati.
Seandainya telah wujud seorang pendakwah ahl al-sunnah disesuatu tempat itu yang berupaya menghapuskan syubhah dan gejala bid’ah serta mampu menguasai ilmu tauhid , ilmu kalam dan berwibawa menjernihkan hati ahl al-haq daripada waswas kaum bid’ah maka sesungguhnya telah gugur kefardhuan itu terhadap orang lain dikalangan kaum Muslimin
Demikian juga anda tidak diwajibkan mendalami ilmu al-sirr yang halus serta huraian tentang keajaiban hati,kecuali persoalan penyakit hati dan kerosakan akhlak yang menjejaskan amal ibadat anda.Sehubungan ini wajib dipelajari bagaimana mencapai sifat-sifat terpuji seperti ikhlas,sentiasa memuji Allah,bersyukur kepadaNya,bertawakkal kepadaNya dan seumpamanya.Wajib anda mengetahui tentang hal ini untuk melaksanakannya dan yang lain daripadanya tidak menjadi kewajipan.
Demikian juga anda tidak diwajibkan mendalami segala seluk beluk bab-bab feqah yang meliputi hal ehwal perniagaan,sewa menyewa,perkahwinan,talaq dan undang-undang jenayah.Kesemua penditilan ilmu ini adalah fardhu kifayah.Selanjutnya andainya anda berkata sekadar inikah sahaja batasan kefardhuan ilmu tauhid ? Adakah ilmu itu boleh terhasil secara persendirian tanpa bimbingan seorang guru ? Ketahuilah bahawa guru itu adalah pembuka jalan serta pemudahcara.Ilmu akan diperolehi dengan bimbingan dan bantuannya.Sungguhpun demikian dengan kemurahan Allah SWT,Dia menganugerahkan ilmu kepada sesiapa jua yang dikehendakiNya.Justeru pembimbing mereka adalah Allah SWT jua.
Ketahuilah ‘uqbah ilmu ini amat sukar menjalaninya,walaupun hanya dengannya akan tercapai apa yang dicita-citakannya.Manfaat ilmu amat banyak,namun rintangannya amat menyakitkan serta amat merbahaya.Berapa banyak orang yang berpaling daripadanya menjadi sesat,berapa ramai pula yang melalui jalannya tergelincir,berapa ramai pula orang yang tersesat di dalam ‘uqbah ini menjadi kebingungan,berapa ramai pula yang menjadi orang yang lemah,mengeluh sedih dan orang yang terputus dipertengahan jalan,dan berapa ramai yang merentasinya sampai ke matlamat dalam tempoh masa yang pendek,sedangkan yang lainnya pula terumbang ambing dalam ‘uqbah ini selama tujuh puluh tahun.Sebenarnya semua persoalan yang disebutkan tadi samada seseorang itu sampai atau tidak,cepat atau lambat memperolehi ilmu adalah di dalam kekuasaan dan penentuan Allah SWT.
Adapun manfaat ilmu sebagaimana yang telah dihuraikan bahawa ia sangat diperlukan oleh seseorang manusia lantaran seluruh urusan ibadat ditegakkan di atasnya,lebih-lebih lagi ilmu tauhid dan ilmu al-sirr.Sesungguhnya diriwayatkan bahawa Allah SWT telah berfirman kepada Nabi Daud a.s. :
يا داود ! تعلم العلم النافع فقال إ لهي ! وما ا لعلم ا لنافع ؟ فقال : أن تعرف جلالي وعظمتي وكبريائي وكمال قدرتي علي كل شيء فإن هذا الذي يقربك الي
Yang bermaksud: Wahai Daud ! pelajarilah ilmu yang bermanfaat.Nabi Daud berkata : Wahai Tuhanku ! apakah ilmu yang bermanfaat itu ? Firman Allah : Ia adalah ilmu yang menjadikan engkau berupaya mengenal kemuliaanKu,keagunganKu,kebesaranKu dan kesempurnaan kekuasaanKu atas segala sesuatu.Maka sesungguhnya inilah yang mendekatkan engkau kepadaKu.
Sehubungan ini,sepupu dan menantu Rasulullah SAW,Ali bin Abi Talib berkata : Tiada yang menggembirakan aku seandainya aku mati ketika masih kanak-kanak dan aku dimasukkan ke dalam syurga,walhal aku tidak dewasa untuk mengenal Tuhanku.Sesungguhnya orang yang paling mengenal Allah ialah orang yang paling takut dan yang paling banyak beribadat,lagi yang paling baik memberi nasihat kepada manusia menuju ke jalan Allah.
Adapun kepayahan ‘uqbah ilmu telah dimaklumi.Justeru itu berusaha dengan niat yang ikhlas menuntut ilmu dan jadikan tuntutan itu untuk diamalkan bukan sekadar sebagai pengkisahan.Antara kaedah yang merbahaya kepada pembawa ilmu ialah mencari populariti atau sokongan dan sanjungan orang ramai.Demikian juga amat bahaya sekali para ilmuan yang bersekongkol dengan para pemerintah yang zalim dan yang lalai.Demikian juga dengan ilmuan yang bermegah-megah dengan ilmu untuk menandingi ilmuan yang lain serta menjadikan ilmu sebagai batu loncatan untuk mencari keuntungan kebendaan.Akibatnya perniagaannya akan rosak binasa dan urusan jual belinya ditimpa kerugian.
Sabda Rasulullah SAW :
من طلب ا لعلم ليفاخر به العلماء أو ليماري به السفهاء أ و ليصرف به
وجوه الناس إليه أدخله الله النار
Maksudnya : Sesiapa menuntut ilmu kerana bermegah-megah dengannya terhadap ulama` atau kerana berbantah-bantahan dengan orang-orang jahil atau kerana memalingkan muka manusia kepadanya,nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.
Sehubungan ini Abu Yazid al-Bistami ( md 261 H ) berkata :
عملت في المجاهدة ثلاثين سنة ، فما وجدت شيئا أشد علي من العلم وخطره
Maksudnya : Aku telah bermujahadah selama 30 tahun,tidak ku dapati perjuangan yang paling sukar lebih daripada usaha pencarian ilmu serta menghindari bahayanya.
Awasilah tipu daya syaitan yang membisikkan kepada anda ketika anda dilanda kesulitan menuntut ilmu dengan menyatakan : Sesungguhnya apabila ada bahaya besar ketika menuntut ilmu maka meninggalkannya adalah terlebih baik !!! Jangan anda menyangka bahawa kata-kata itu benar.Penjelasan tentang hal ini telah dikemukakan sendiri oleh Rasulullah SAW didalam sabdanya :
أطلعت ليلة المعراج علي النار فرأيت أكثر أهلها الفقراء
Maksudnya :Aku telah diperlihatkan neraka pada malam mi’raj ,dan aku lihat yang paling ramai penghuninya adalah orang-orang fakir.
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : Ya Rasulullah ! Apakah mereka fakir dari segi harta ? Jawab Rasulullah : Tidak ! Bahkan mereka fakir dari segi ilmu pengetahuan.
Justeru itu sesiapa tidak berusaha menuntut ilmu nescaya ibadatnya tidak sempurna serta hak-hak ibadat itu terbengkalai dan tidak mencapai matlamat sebagaimana yang sewajarnya.Walaupun seseorang itu beribadat kepada Allah seperti beribadatnya para malaikat dilangit sekalipun tetapi dia tidak memiliki ilmu.Tentunya dia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.
Wajiblah anda bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dengan membahaskannya ( al-bahth ),menyampaikannya ( al-talqin ) serta mengajarkannya ( al-tadris ).Dalam masa yang sama hindarilah diri daripada sifat jemu dan malas.Jika tidak ada kesungguhan dalam menuntut ilmu anda akan ditimpa bahaya kesesatan.Wal ‘IyazubiLlah.
Rumusannya : Seandainya anda bersungguh-sungguh mengkaji tentang dalil-dalil perbuatan dan ciptaan Allah SWT ,tentunya anda dengan izinNya memahami bahawa kita bertuhankan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa,Maha Mengetahui,Maha Hidup,Maha Mutlak KehendakNya,Maha Mendengar,Maha Melihat,Maha Berkata-kata,Maha Suci Daripada segala yang baharu pada kalamNya,ilmuNya dan iradatNya.Lagi Maha Suci daripada segala kekurangan dan kebinasaan.Dia tidak boleh disifatkan dengan sifat-sifat yang baharu dan tidak harus bagiNya apa yang harus ke atas makhlukNya.Dia tidak menyerupai sesuatu daripada makhlukNya dan sebaliknya tiada sesuatu jua menyamaiNya.Dia tidak mengambil tempat dan pihak serta tidak berubah dan tidak rosak.
Setelah anda mengkaji tentang mukjizat-mukjizat serta alamat-alamat kerasulan Rasulullah SAW dapatlah anda menyimpulkan bahawa Junjungan SAW itu adalah kepercayaan Allah serta sebagai penerima dan penyampai wahyu Allah.
Dengan menuntut ilmu anda dapat berpegang dengan pegangan salaf al-sholeh yang menyatakan :
Bahawa Allah SWT akan dapat dilihat di akhirat,Bahawa Allah itu ada tanpa batasannya,Bahawa al-Quran itu kalam Allah bukan makhluk,bukan huruf-huruf yang terputus-putus dan bukan suara.Ketentuan dan Qadha` Allah menentu segala-galanya.Iradah Allah menghendaki segala-galanya,baik atau buruk,manfaat atau mudarat,iman atau kufur.Barangsiapa mendapat pahala adalah daripada kurniaan Allah,manakala siksaan adalah keadilan Allah.Benarlah apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tentang perkara akhirat seperti mahsyar,kebangkitan semula,azab kubur,soalan Mungkar dan Nakir ,neraca timbangan dan titian sirat.
Kemudian anda lihat pula amalan-amalan hati,kewajipan-kewajipan kerohanian dan larangan-larangannya yang akan diutarakan di dalam kitab ini,supaya dapat menghasilkan ilmu kepada anda tentang hal ehwalnya.Berikutnya anda akan dapat membongkarkan keperluan sebenar anda untuk mengamalkannya seperti yang berkaitan dengan bersuci,sholat,puasa dan seumpamanya.
Sehubungan ini anda sebenarnya telah bersungguh-sungguh telah menunaikan tuntutan kefardhuan daripada Allah yang ditetapkan olehNya dalam urusan ibadah yang memenuhi bab ilmu.Serentak dengan itu juga anda telah diizinkanNya menjadi ahli ilmu yang mendalam daripada kalangan ummat Nabi Muhammad SAW ( في العلم الراسخون( .
Seandainya anda beramal dengan ilmu yang dianugerahkan itu dan anda tumpukannya untuk meningkatkan persiapan ke akhirat kelak nescaya jadilah anda seorang hamba Allah yang ‘alim dan seorang yang beramal kerana Allah yang berasaskan kefahaman ilmu,bukan sebagai seorang jahil,dan bukan bertaqlid buta dan bukan pula sebagai seorang yang pelupa dan lalai.Justeru itu Allah akan memuliakan anda lantaran dengan ilmu yang dianugerahNya itu menjadikan amalan anda bernilai tinggi dan dikurniakan pula pahala yang berganda.Bererti anda telah berupaya merentasi rintangan atau ‘uqbah ilmu dan sekaligus anda telah menunaikan hak Allah dengan izinNya.Dan kepada Allah jua dipanjat permohonan agar memberi pertunjuk kepada anda dan kami dengan sebaik-baik tawfiq.
إنه أرحم الراحمين ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
2 Persoalan ( ‘Uqbah ) Taubat
Berikutnya wahai penuntut ibadah ! Menjadi kewajipan ke atas anda untuk bertaubat.Mudah-mudahan anda mendapat taufiq daripada Allah SWT.Sebenarnya taubat itu wajib berasaskan dua perkara :
Pertama : supaya usaha-usaha anda dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah sentiasa mendapat taufiq dan hidayah Allah.Lantaran kejelekan dosa mengakibatkan tertegakkan benteng-benteng yang menghalang anda untuk mencapai kebaikan dan mengakibatkan anda ditimpa kehinaan.
Sesungguhnya belenggu-belenggu dosa menghalang perjalanan anda dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah atau sekurang-kurangnya membantutkan pergerakan anda untuk segera berkhidmat pada jalan Allah.Lantaran bebanan dosa itu merencatkan kecergasan dan kelancaran usaha kebajikan dan kepatuhan.
Lebih-lebih lagi orang yang mengekalkan dan membiarkan diri bergelumang dengan dosa akan menghitamlegamkan hati-hati.Justeru hati-hati mereka berada dalam kelam kegelapan,menjadi keras yakni degil,kotor dan tidak jernih.Rentetan daripada itu mereka tidak lagi menikmati kelazatan dan kemanisan ibadat dan iman.Seandainya Allah tidak mengurniakan rahmatNya pemilik hati-hati itu akan terdorong kepada kekufuran dan kecelakaan.
Sungguh ajaib ! bagaimana mungkin orang yang bergelumang dengan dosa-dosa itu dan memiliki hati-hati yang keras akan mendapat hidayah dan taufiq Allah walaupun mereka masih mengerjakan ketaatan ?Mana mungkin orang yang berkekalan mengerjakan maksiat dan sentiasa berhati keras kematu boleh mengerjakan ketaatan kepada Allah ? Demikian juga bagaimana orang yang berlumuran dengan kotoran dan najis dibenarkan menghampirkan diri untuk bermunajat di hadapan Allah ? ( Tentu tidak sekali-kali !! ).
Diriwayatkan daripada hadith Rasulullah SAW yang bergelar al-Sadiq al-Masduq ( yang bersifat benar lagi amat boleh dipercayai percakapannya ) yang bersabda :
اذا كذب العبد تنحي عنه الملكان من نتن ما يخرج من فيه
Maksudnya : Apabila seseorang hamba itu berdusta nescaya dua Malaikat menjauhkan diri daripadanya lantaran bau busuk keluar daripada mulutnya.
Diriwayatkan daripada hadith Rasulullah SAW yang bergelar al-Sadiq al-Masduq ( yang bersifat benar lagi amat boleh dipercayai percakapannya ) yang bersabda :
اذا كذب العبد تنحي عنه الملكان من نتن ما يخرج من فيه
Maksudnya : Apabila seseorang hamba itu berdusta nescaya dua Malaikat menjauhkan diri daripadanya lantaran bau busuk keluar daripada mulutnya.
Justeru itu bagaimana mulut pendusta berupaya dan layak berzikir mengingati Allah ? Boleh dikatakan hampir-hampir seseorang yang berterusan melakukan penderhakaan kepada Allah tidak mendapat taufiq dan hidayahNya serta tubuh badannya akan merasa amat berat untuk melaksanakan ibadah kepada Allah.Seandainya dia beribadah pun tentunya dalam keadaan penuh kepayahan dan kejerihan tanpa lagi merasai kemanisan dan kelicinan melaksanakannya.Kesemua fenomena itu rentetan daripada kebejatan dosa-dosanya dan akibat daripada meninggalkan taubat.Benarlah orang yang berpandangan bahawa apabila anda tidak mendirikan sholat malam dan tidak berpuasa sunat di waktu siang tentunya anda dibelenggu.Anda dibelenggu oleh dosa-dosa sendiri ditambahi dengan meninggalkan taubat.
Kedua : انما تلزمك التوبة لتقبل منك عبادتك ، فان رب الدين لا يقبل الهدية( Tujuan anda bertaubat itu adalah ) supaya ibadah anda diterima oleh Allah lantaran taubat itu dinisbahkan sebagai hutang yang wajib dibayar.Walhal ibadah itu pula dinisbahkan sebagai hadiah semata-mata.Seandainya anda beribadat tanpa bertaubat tentunya ibadah anda ditolak oleh Allah. Sesungguhnya tuan empunya hutang itu tidak akan menerima hadiah daripada orang yang berhutang yang belum melangsaikan hutangnya.
Justeru itu anda wajib bertaubat. Lantaran bertaubat daripada segala maksiat dan memohon kerelaan dan keredhaan musuh kerana pernah melakukan kesalahan dengannya adalah kefardhuan yang lumrah sedangkan kebanyakan ibadah yang sering anda kerjakan itu adalah pada status sunat semata-mata.Bagaimana boleh diterima ibadah sukarela anda walhal hutang yang wajib tidak dilangsaikan ? Mana boleh anda meninggalkan yang halal dan yang harus lantaran mendambakan keredhaan Allah.Pada waktu yang sama anda terus menerus mengerjakan yang terlarang ! Mana mungkin anda bermunajat , berdoa dan memujiNya ,walhal Dia memurkai anda ! Wal ‘Iyazu biLlah.
Inilah keadaan lahiriah orang-orang yang melakukan maksiat yang berlarutan maksiatnya,hanyalah Allah yang boleh menolong mereka keluar daripada keadaan itu.Seandainya anda bertanya : Apakah ertinya taubat nasuha ? Apakah yang patut dilakukan oleh seseorang untuk keluar daripada belenggu dosa-dosanya ? Saya akan menjawab bahawa taubat itu adalah suatu usaha dan gerakkerja hati.Rumusan ulama tentang taubat ialah penyucian hati daripada dosa. ( تنزيه القلب عن الذنب ) Guru kami Syeikh Abu Bakar al-Tartusi telah merumuskan pengertian taubat sebagaimana berikut : “Taubat adalah usaha seseorang itu untuk meninggalkan segala perlakuan dosa yang pernah dilakukannya dahulu.Dosa itu ditinggalkan kerana mengagungkan Allah serta menghindarkan diri daripada kemurkaanNya.
”Taubat memiliki empat syarat :
1 Meninggalkan dosa dengan usaha yang bersungguh-sungguh,menguatkan semangat dan azamnya untuk tidak kembali lagi kepada dosa-dosanya yang lalu.Dia tidak boleh ragu-ragu meninggalkan dosa lantaran keraguan bermakna dia hanya berhenti buat sementara sahaja daripada dosa.
2 Bertaubat daripada dosa yang terdahulu seandainya dia belum melakukan dosa hendaklah dia menjadi orang yang bertaqwa bukannya orang yang bertaubat.Umpamanya boleh dibenarkan perkataan yang menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang memelihara dirinya daripada kekufuran.Tidak boleh dikatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bertaubat daripada dosa lantara junjungan itu terpelihara daripada dosa.Adapun Saidina Umar al-Khattab adalah boleh dikatakan sebagai orang yang bertaubat daripada kekufuran kerana beliau pernah kufur sebelum memeluk Islam.
3 Dosa yang pernah dilakukan dahulu adalah setara kedudukan dan tarafnya dengan dosa yang dipilih untuk meninggalkannya sekarang tetapi bukan sama dari segi jenis dan rupanya.Umpamanya seorang tua yang sedang nazak hamper menemui ajalnya.Di waktu mudanya dia pernah berzina dan merompak.Dia bertaubat dengan meninggalkan dosa tersebut serta menyesal.Kalau dia tidak bertaubat sekalipun dia tidak berupaya lagi membuat dosa yang setara dengannya.Sungguhpun begitu sebagai ganti bukti dia bertaubat dia boleh meninggalkan dosa yang setaraf dengan dosanya yang terdahulu dengan meninggalkan dosa-dosa yang masih dia mampu melakukannya seperti meninggal bercakap dusta,menuduh orang berzina ( qazaf ) tanpa bukti dan seumpamanya.
4 Meninggalkan sesuatu dosa hendaklah dengan berikhtiar demi mengagungkan Allah dan memelihara dirinya daripada kemurkaan Allah dan seksaanNya bukan kerana keinginan duniawi, takutkan manusia,suka dipuji,sanjungan atau mengejar pangkat,keuzuran atau kemiskinan.Apabila syarat-syarat dan rukun-rukun taubat dipenuhi,InsyaAllah akan terhasil hakikat taubat.
Pendahuluan taubat pula terdiri daripada tiga langkah positif :
i Mengingati tentang kejelekan perbuatan-perbuatan dosa
ii Menginsafi tentang seksaan,kemurkaan dan kebencian Allah terhadap orang yang melakukan dosa sehingga tidak terdaya dihadapi
iii Menerima hakikat betapa lemahnya seseorang itu untuk menanggung akibat seksaan Allah kerana dosa-dosanya.
Orang yang tidak berdaya menghadapi terik panas matahari,tidak berupaya ditampar oleh anggota polis,malah tidak tertahan digigit semut kecil,adakah berupaya menghadapi azab seksaan Allah yang amat dahsyat itu !! Bagaimana mungkin dia berupaya menempuh panas api neraka jahannam ? Pukulan cemeti Malaikat Zabaniyah penjaga neraka itu ? Patukan ular-ular sebesar leher unta ? Sengatan kala jengkit sebesar baghal ? Kesemua itu diciptakan Allah daripada api neraka negeri kemurkaan dan kebinasaan.Na’uzubiLlah,pohonlah perlindungan Allah daripada kemurkaan dan seksaanNya.Apabila kita sentiasa mengingati semua azab seksaan itu siang dan malam,nescaya akan mendorong kita untuk bertaubat nasuha daripada perbuatan dosa.Allah lah yang berhak memberi taufiq dan hidayahNya kepada kita.
Jika dikatakan orang tidakkah Nabi Muhammad SAW telah bersabda : الندم توبة
yang bermaksud “Penyesalan itu adalah taubat.”Junjungan Nabi SAW tidak menyebut pun syarat-syarat taubat,sedangkan anda bersikap rigid dalam soal ini.Untuk menjawab kemusykilan ini bolehlah dirumuskan bahawa penyesalan itu tidak mudah dicapai oleh seseorang yang berbuat dosa.Ada orang yang melakukan dosa tetapi dia tidak mahu datang penyesalan lantaran keselesaannya berbuat dosa.Mungkin mudah bagi seseorang itu untuk bertaubat tetapi sukar baginya untuk menyesal di atas perbuatan dosanya.
Seandainya seseorang yang menyesal melakukan dosa kerana kehilangan pangkat dan harta ekoran darinya,maka keadaan yang demikian itu tidak boleh dikatakan bertaubat.Makna hadis Rasulullah SAW itu sebenarnya ialah penyesalan yang timbul semata-mata kerana mengagungkan Allah,takutkan seksaanNya sehingga mendorongnya untuk bertaubatnasuha. Penyesalan yang seperti itu adalah sebahagian fenomena,sifat dan kelakuan hati seseorang yang bertaubat.
Apabila seseorang mengenang ketiga-tiga muqaddimah taubat yang terdahulu akan timbul penyesalan yang mendorongnya meninggalkan dosa-dosa yang dahulunya amat disukai oleh hawa nafsunya.Selanjutnya apabila penyesalan itu terpahat didalam hatinya nescaya akan timbul keinginannya untuk berdoa dan merendah diri kepada Allah.Penyesalan seperti inilah yang mendorong seseorang itu bertaubat serta menghiasi keperibadiannya selaku orang yang bertaubat.Justeru itu Rasulullah SAW menamakan situasi seperti itu sebagai taubat.Adalah diharapkan anda mendapat taufiq dari Allah lantaran memahami persoalan ini.
Tidak mungkin seseorang itu tidak melakukan dosa samada kecil atau besar.Sedangkan para rasul a.s. itu sendiri yang merupakan semulia-mulia makhluk Allah,masih dibahaskan tentang konsep terpelihara daripada dosa itu.
Adalah tidak mustahil seseorang itu tidak melakukan dosa sama sekali dengan izin Allah.Ianya adalah suatu urusan yang mudah disisi Allah.Apabila Dia menghendaki dengan rahmatNya.Malah apabila seseorang melakukan dosa dalam keadaan lalai atau terlupa dia akan dimaafkan oleh Allah.Sebenarnya seseorang yang tidak melakukan dosa dengan sengaja adalah suatu tindakan yang mudah apabila dia mendapat hidayah dan taufiq Allah.
Apabila anda berkata bahawa yang menghalang saya bertaubat adalah diri saya sendiri,Lantaran saya akan kembali berbuat dosa walaupun telah bertaubat.Tidak ada manfaatnya bertaubat seandainya seseorang itu sering mengulangi dosanya seolah-olah dia terikat dengan dosa dan nodanya.Ingatlah bahawa sangkaan sedemikian adalah tipu daya syaitan.Adalah yang terbaik anda terus melakukan taubat mudah-mudahan anda mati sebelum mengulangi dosa.
Kebimbangan berulangnya dosa perlu disusuli dengan keazaman yang kuat untuk meninggalkan dosa serta bertawakkal kepada Allah SWT untuk menjayakan cita-cita murni itu.Samada Allah memakbulkan atau sebaliknya dosa anda terdahulu telah diampunkanNya kecuali dosa yang sedang dan bakal dilakukan.Justeru itu janganlah kebimbangan berulangnya dosa itu menghalang anda bertaubat lantaran dengan bertaubat anda akan berpeluang memperolehi dua kesempatan.Pertamanya Allah memakbulkan hasrat anda untuk bertaubat dan tidak mengulangi dosa-dosa anda dan keduanya seandainya anda melakukan dosa maka hanya dosa yang sedang dan bakal dilakukan sahaja yang diambil kira sebagai dosa.
Jalan keluar daripada dosa hendaklah dimulakan dengan memahami jenis-jenis dosa supaya pelaku dosa dapat membersihkan diri daripada belenggu dosa-dosa itu dengan menggunakan metod yang relevan dengan dosa-dosa yang telah dilakukan.
Sebenarnya perbuatan dosa dibahagikan kepada tiga bahagian :
1 Dosa kerana meninggalkan kewajiban yang diperintah oleh Allah untuk
melaksanakannya seperti meninggalkan kewajipan sholat,zakat dan seumpamanya.
2 Perbuatan dosa di antara anda dengan Allah seperti minum arak,mengamalkan riba
3 Perbuatan dosa yang melibatkan interaksi di antara sesama manusia yang membabitkan harta,nyawa,maruah,kehormatan dan agama.
Sebenarnya dosa yang berkaitan dengan harta orang lain,maka kaedah menyucikan diri daripada dosa itu ialah dengan mengembalikan hak dan harta yang anda telah mengambilnya dengan cara yang tidak diredhai oleh Allah.Seandainya anda boleh mengembalikannya.Sebaliknya sekiranya anda tidak berupaya mengembalikan harta tersebut disebabkan ia sudah tiada lagi atau tidak mampu memulangkannya akibat kemiskinan,maka wajiblah kepada anda untuk memohon halal daripadanya.Selanjutnya jika yang empunya harta sudah meninggal dunia anda boleh melakukan sedekah dan kebaikan yang diniatkan kepadanya.Situasi seperti ini menuntut anda memperbanyakkan kebaikan,bertawakkal kepada Allah,merendah diri dan berdoa.Mudah-mudahan Allah melapangkan hati hamba Allah itu untuk redha di atas kesalahan anda di akhirat kelak.
Adapun dosa yang berkaitan dengan nyawa seperti mencederakan dan membunuh orang.Kaedah melepaskan diri daripadanya ialah anda memberi hak kepada walinya untuk menjalankan qisas ke atas anda atau memaafkan anda dengan bayaran diyat.Seandainya anda tidak berupaya melaksanakannya hendaklah anda kembali kepada Allah,berdoa serta memohon Allah melapangkan hati orang yang dianiaya oleh anda memaafkan anda di akhirat kelak.
Dosa yang berkaitan pencabulan maruah seperti anda mengumpa,menuduh,memfitnah atau memaki seseorang maka wajiblah anda membuat pengakuan di hadapan orang memperbetulkan apa juga pendustaan anda dahulu serta meminta halal daripada orang yang anda jatuhkan maruahnya.Seandainya anda tidak berupaya berbuat demikian kerana bimbang akan merebak serta bangkit kemarahan orang yang dijatuhkan maruah itu maka hendaklah anda memohon Allah melapangkan hatinya agar meredhakan kesalahan anda dahulu serta mendoakan agar dia diberikan kebaikan yang banyak setelah dianiaya oleh anda serta mohonlah keampunan Allah di atas dosa-dosanya.
Dosa yang berkaitan dengan kehormatan orang lain mengkhianati keluarga umpamanya berzina dan mencabul kehormatan,maka amat sukar jalan untuk meminta halal kerana akan menimbulkan fitnah dan kemarahan pihak yang terbabit.Justeru itu anda hendaklah merendah diri memohon kepada Allah supaya melapangkan hati orang dicerobohi untuk sedia memaafkan anda.Mohonlah kepada Allah agar mengurniakan kebaikan yang banyak untuknya sebagai ganjaran apa yang telah merugikan mereka dengan pencerobohan yang dilakukan oleh anda.
Adapun dosa yang berkaitan dengan akidah keagamaan seperti anda mengkafirkan atau membid’ahkan atau menuduh seseorang itu sesat.Dosa seperti ini paling sukar diselesaikan.Firman Allah SWT :
يا أيها الذين آمنوا اذا ضربتم في سبيل الله فتبينوا ولا تقولوا لمن القي اليكم السلام لست مؤمنا
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu berpergian pada jalan Allah maka hendaklah kamu mengambil pembuktian yang jelas dan janganlah kamu terburu-buru mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepada kamu;” Engkau bukan seorang Mu`min.” ( Surah al-Nisa` ayat 94 )
Iman dan kufur terletak di dalam hati,tiada siapa yang mengetahui selain Allah.Perintah luaran tidak dapat memastikan dengan yakin apa yang tersimpan di dalam hati.Kebanyakan dalilnya adalah andaian dan sangkaan semata-mata.Islam melarang umatnya menghukum menurut sangkaan.Malah mereka disuruh berhati-hati dan teliti dalam menghukum dan bertindak.Kesilapan memaaf itu sebenarnya lebih baik daripada kesilapan menghukum.
Dalam rangka bertaubat anda hendaklah mempersalahkan pembohongan dan kelemahan anda sendiri di hadapan orang yang anda telah dustakan dan nafikan hak dan pendirian mereka disertai anda memohon maaf di atas ketelanjuran dan pencerobohan yang telah dilakukan dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah mudah-mudahan anda diampunkanNya.Tegasnya apa yang diredhai oleh orang yang dianiayai oleh anda maka lakukanlah.Seterusnya anda hendaklah anda kembali kepada Allah dengan merendah diri,memperbanyakkan sedekah dan pelbagai amal kebajikan dan kebaktian.
Kerelaan orang dicerobohi itu sebenarnya terletak di tangan Allah di akhirat kelak.Anda hendaklah menaruh harapan kepada Allah.Mudah-mudahan orang yang dianiayai itu dibuka pintu hati dan belas ehsan akan sedia memaafkan anda dengan izin Allah.
Ketahuilah bahawa ‘uqbah taubat ini adalah sesuatu yang amat sukar,walhal ia terlalu penting dan banyak dugaannya.Sehubungan ini Abu Ishaq al-Asfiraini ( md 418 H ) berkata : “ Aku telah berdoa kepada Allah selama 30 tahun supaya Dia mengurniakan kepadaku taubat nasuha.Kemudian aku merasa hairan dan berkata SubhanaLlah !! Suatu hajat yang ku mohon selama 30 tahun tidak tertunai sampai sekarang.” Berikutnya saya bermimpi seseorang berkata kepada saya : Adakah kamu hairan tentang itu ? Apa yang kamu mohon kepada Allah ? Sebenarnya kamu sedang memohon kepada Allah untuk mengasihimu kerana Dia telah berfirman :
ان الله يحب التوابين ويحب المتطهرين
Mafhumnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang menyucikan jiwa.( Surah al-Baqarah ayat 222 ).
Adakah engkau menyangka bahawa kasih sayang Allah itu mudah diperolehi ? Kemudharatan yang akan menimpa orang-orang yang menangguh-nangguhkan taubat ialah su` al-khatimah kerana dosa akan menjadikan hati seseorang itu keras dan akhirnya apabila dosanya berlarutan pelakunya ditimpa kesialan dan kecelakaan,wal ‘IyazubiLlah.
Berwaspadalah dengan jangan melupai kisah Iblis dan Bal’an bin Ba’ura` yang telah melakukan dosa dan akhirnya mengkufuri Allah SWT.Kedua-duanya dibinasakan oleh Allah untuk selama-lamanya.Justeru itu wajiblah anda bertaubat dengan bersungguh-sungguh.Semuga anda dirahmati Allah dengan mencabut segala kedegilan dan keengganan daripada melaksanakan tuntutan bertaubat itu.Janganlah anda dilalaikan oleh dosa-dosa yang dirasakan sebagai suatu ni’mat dan keseronokan.Analisis diri kita sendiri samada kita telah melakukan dosa atau sebaliknya.Seandainya kita tidak melakukan dosa hendaklah segera bersyukur kepada Allah yang melimpahkan hidayah dan rahmatNya kepada kita.Sesungguhnya orang-orang sholeh berkata bahawa kehitaman dan kekerasan hati itu berpunca daripada perbuatan-perbuatan dosa.Petanda hati menjadi hitam dan keras ialah anda mendapati diri anda tidak lagi merasa takut daripada melakukan dosa,tidak lagi merasai keni’matan mengerjakan taat.Malah nasihat dan pengajaran tidak lagi memberi manfa’at kepada anda.Kahmas bin Al-Hasan ( md 149 H ) telah berkata : “Aku telah melakukan dosa dan aku menangis kerana menyesal selama 40 tahun.Seseorang bertanya kepada saya.Apakah dosa yang engkau lakukan ? Saya menjawab : Seorang saudara seagamaku telah datang menziarahiku.Aku telah membeli seekor ikan untuk menjamunya lalu dia memakan ikan itu.Aku telah pergi mengambil tanah jiranku untuk menghilang bau hanyir ikan di tangan tetamuku itu tanpa meminta izin daripada jiranku itu.Itulah dosa ku.”Kaji dan selidikilah dirimu dengan kaedah hitungkan dirimu sebelum kamu dihisabkan di akhirat nanti.Segeralah bertaubat kerana ajal dan maut itu adalah sesuatu yang tersembunyi sedangkan dunia ini adalah suatu penipuan.Dua musuh yang sering menghalang anda ialah syaitan dan hawa nafsu.
Ingatlah kisah bapa kita Adam a.s. yang dicipta oleh Allah dengan penuh kesempurnaannya.Adam hanya melakukan suatu dosa yang tidak disengajakannya melainkan dia tertipu oleh godaan iblis yang mendendaminya.Dengan sekali dosa sahaja Adam a.s telah terkeluar daripada syurga.Adam a.s telah menyesal dan bertaubat dan menangis selama 200 tahun lamanya dan akhirnya Allah menerima taubatnya.Amat baik sekali merenung sya’ir berikut ini :
يخاف علي نفسه من يتوب * فكيف تري حال من لا يتوب ؟
Maksudnya : Orang yang bertaubat merasa bimbang terhadap dirinya sendiri,maka bagaimana gerangan orang yang tidak mahu bertaubat ?
Seandainya berulang-ulang kali anda bertaubat dan melakukan dosa maka hendaklah anda berkata :” Mudah-mudahan kali ini aku mati sebelum sempat kemlabi melakukan dosa.” Maka teruslah bertaubat untuk kali ketiga,keempat dan seterusnya.jangan lemah daripada bertaubat sebagaimana anda juga jangan cepat berputus asa untuk mendapat keampunan Allah dan rahmatNya.Adalah lebih baik segera bertaubat apabila melakukan dosa kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : خياركم كل متفتن توابMafhumnya : Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah orang yang sering tergoda tetapi sering pula bertaubat. Sehubungan ini Allah SWT berfirman :
وَمَن يَعۡمَلۡ سُوٓءًا أَوۡ يَظۡلِمۡ نَفۡسَهُ ۥ ثُمَّ يَسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَ يَجِدِ ٱللَّهَ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا وَمَن يَكۡسِبۡ إِثۡمً۬ا فَإِنَّمَا يَكۡسِبُهُ ۥ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا وَمَن يَكۡسِبۡ خَطِيٓـَٔةً أَوۡ إِثۡمً۬ا ثُمَّ يَرۡمِ بِهِۦ بَرِيٓـًٔ۬ا فَقَدِ ٱحۡتَمَلَ بُہۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا
Mafhumnya : Dan sesiapa yang megerjakan kejahatan atau menzalimkan dirinya sendiri,kemudian dia memohon ampun kepada Allah nescaya dia mendapati Allah itu Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Sesiapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudharatan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan sesiapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian mendakwa dirinya sebagai orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya dia telah membuat suatu pembohongan dan dosa yang nyata. ( Surah al-Nisa` ayat 110-112).
Kesimpulannya apabila anda memulakan taubat seterusnya anda hendaklah membersihkan hati daripada semua dosa dengan kaedah memperkuatkan azam bahawa anda tidak akan kembali lagi kepada dosa buat selama-lamanya.Melainkan apa yangterjadi ke atas anda sesuatu yang berada dalam ilmu Allah bahawa anda dengan tidak sengaja terlanjur melakukan dosa sedangkan anda dengan bersih hati telah berazam untuk bertaubat.Selanjutnya anda hendaklah meminta maaf daripada orang yang anda menzalimi dan menceroboh hak-hak mereka,mudah-mudahan mereka bersedia untuk memaafkan anda.
Selanjutnya anda hendaklah mengqadha` segala kewajipan dan kefardhuan yang telah anda abaikan sebelum ini seperti pernah meninggalkan sholat setakat mana yang anda terdaya.Kemudian anda kembali berdoa dengan merendahkan diri kepada Allah agar diampunkan semua dosa-dosa itu.
Seterusnya anda pergi mandi dan bersuci,mengambil wudhu` dan sholat sunat taubat sebanyak empat raka’at.Selepas itu sujud ke atas tanah dan ambilkan tanah letak di atas kepala seraya menyapukan ia ke kepala sambil menangis mengenangkan dosa yang telah dilakukan.Lantas anda berkata : “ Wahai diri ! Tidakkah kamu malu kepada Allah ? Bukankah telah tiba masa untuk kamu bertaubat ? Adakah kamu mempunya daya dan tenaga untuk menanggung azab Allah SWT ? Adakah kamu mempunyai hajat untuk menghindarkan diri daripada kemurkaan Allah ? Selanjutnya anda memperbanyakkan ingatan terhadap azab Allah sambil menangis.Berikutnya anda mengangkat kedua belah tangan memohon doa berikut :
الهي عبدك الآبق رجع الي بابك، عبدك العاصي رجع الي الصلح ، عبدك المذنب أتاك بالعذر ، فاعف عني بجودك ، وتقبلني بفضلك ، وانظر الي برحمتك اللهم اغفرلي ما سلف من الذنوب واعصمني ، فيما بقي من الأجل ، فان الخير كله بيدك ، وأنت بنا رءوف رحيم
Maksudnya : Wahai Tuhan ku inilah hambaMu yang lari dari pertunjukMu dan kini dia kembali kepada pintu rahmatMu,hambaMu yang derhaka ini kini telah kembali untuk mencari perbaikan,hambaMu yang berdosa ini telah datang ke haribaanMu dengan memohon keampunan.Maka ampunilah daku dengan kemurahanMu,terimalah taubatku dengan limpah anugerahMu dan pandanglah kepadaku dengan pandangan rahmatMu.Ya Allah ! ampunilah apa jua dosa-dosaku yang terdahulu serta peliharakanlah tempoh masa sebelum ajal ku.Sesungguhnya kebaikan itu seluruhnya berada dalam genggamanMu dan Dikau sentiasa menaruh kasihanbelas dan kasih sayang ke atas diriku.Kemudian anda berdoa lagi dengan doa al-syiddah :
يا مجلي عظائم الأمور ! يا منتهي همة المهمومين ! يا من اذا أراد أمرا فانما يقول له كن فيكون ! أحاطت بنا ذنوبنا أنت المذخور لها يا مذخورا لكل شدة ! كنت أدخرك لهذه الساعة فتب علي انك أنت التواب الرحيم
Maksudnya : Wahai Tuhan Yang menjayakan urusan-urusan yang besar ! wahai Tuhan yang menjadi puncak pengharapan orang-orang yang mengalami duka nestapa ! wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa yang apabila Dia menghendaki sesuatu itu terjadi maka cukuplah bagiNya berfirman : Jadilah ia ! maka terjadilah ia ! Kami telah dibelenggu oleh dosa-dosa kami sendiri,Dikaulah yang mempertimbangkan urusan hamba-hambaMu pada saat aku mengharapkan ini.Maka terimalah taubatku lantaran sesungguhnya Engkaulah Yang Maha menerima taubat lagi Maha Mengasihi.Banyakkanlah menangis seraya terus berdoa :
يا من لا يشغله شأن ، ولا سمع عن سمع ! يا من لا تغلطه كثرة المسائل ! يا من لا يبرمه الحاح الملحين ! أذقنا برد عفوك وحلاوة مغفرتك برحمتك يا أرحم الراحمين ! انك علي كل شيء قدير
Maksudnya : Wahai Tuhan Yang tidak pernah digugat oleh pelbagai urusan ! dan tidak dapat diganggu oleh sebarang pendengaran demi pendengaran ! Wahai Tuhan yang tidak oleh dikelirukan dengan banyaknya permohonan ! wahai Tuhan yang tidak akan bosan dengan rintihan orang yang merintih ! Kurniailah ke atas kami dengan kesejukan kemaafanMu serta kemanisan ampunanMu ! wahai yang paling pengasih daripada segala yang mengasihi ! Sesungguhnya Dikaulah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
‘Uqbah Ketiga : Uqbah Penghalang ( عقبة العوائق )
Menjadi kewajipan kepada anda wahai penuntut jalan ibadah untuk menghindarkan diri daripada keempat-empat penghalang ( Dunia,Makhluk,Syaitan dan Hawa Nafsu ) semuga Allah SWT memberi tawfiq dan hidayah agar anda berada di jalan yang benar dan lurus.
Pertama : Dunia
Kaedah menolaknya ialah bertajarrud ( menumpukan ibadah yang sahih ) dan berzuhud ( memandang akhirat lebih hebat daripada dunia )
Dua alasan mengapa anda perlu bertajarrud dan berzuhud :
1.ibadat menjadi teguh lurus,banyak dan berterusan
Cintakan dunia mengakibatkan anda sibuk zahir dan batin sehingga mengabaikan ibadah.Dari sehi lahiriahnya anda akan sibuk siang malam untuk mencari habuan dunia ( الطلب ) sedangkan hati anda tertakluk kepadanya iaitu memendamkan keinginan terhadap dunia dan menjadi percakapan hati sedangkan kedua-duanya mendindingi anda daripada beribadah.Walhal diri kita dan hati kita hanyalah satu.Apabila iri kita sibuk dengan satu-satu perkara ia akan memutuskan dirinya daripada yang satu lagi yang menjadi lawannya.Dalam hal ini perbandingan dunia an akhirat itu ibarat dua wanita yang bermadu.Apabila anda ( si suami ) dapat memuaskan hati seorang isteri atau madunya maka yang seorang lagi akan marah dan tak berpuas hati.Dunia dan akhirat juga diibaratkan seperti masyriq ( timur ) dan maghrib ( barat ).Seandainya anda mendekati satu arah nescaya anda akan menjauhi arah yang satu lagi.Abu Darda` menyatakan :
زاولت أن أجمع بين العبادة والتجارة فلم يجتمعا ،فأقبلت علي العبادة وتركت التجارة
Mafhumnya : Aku berusaha untuk menghimpunkan antara ibadat dan perniagaan,tetapi aku dapati kedua-duanya tidak pernah dapat berkumpul,lantas aku menumpukan perhatianku kepada ibadat serta aku meninggalkan perniagaan.
Umar bin al-Khattab r.a. menyatakan :
لو كانتا مجتمعتين لأحد غيري لاجتمعتا لي لما أعطاني الله سبحانه من القوة واللين
Mafhumnya : Andainya dunia dan akhirat dapat berkumpul ke atas diri orang lain daripadaku nescaya ianya akan berkumpul ke atas diriku lantaran Allah S.W.T. telah mengurniakan kekuatan dan kelembutan hati kepadaku.
Rasulullah SAW bersabda :
من أحب دنياه أضر بآخرته ، ومن أحب آخرته أضر بدنياه ،فآثروا ما يبقي علي ما يفني
Mafhumnya : Sesiapa yang mencintai dunia nescaya akan memudaratkan akhiratna,dan sesiapa yang mencintai akhirat pula akan memudaratkan dunianya.Justeru itu hendaklah anda mengutamakan yang kekal daripada yang fana` ( binasa ).
‘Uqbah Ketiga : Uqbah Penghalang ( عقبة العوائق )(Sambungan)
Nyatalah keadaan anda yang berbimbang-bimbang dengan dunia dari segi zahir dan batin nescaya akan mengganggu usaha anda untuk beribadah dengan bersungguh-sungguh.Justeru itu dengan mengambil pendekatan zuhud di dunia akan memudahkan anda beribadah,malah seluruh pancaindera anda akan menjadi cergas dan bersedia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah.Sehubungan ini Salman al-Farisi r.a. menyatakan :
ان العبد اذا زهد في الدنيا استنار قلبه بالحكمة ، وتعاونت أعضاؤه في العبادة
Mafhumnya : “Sesungguhnya apabila seseorang hamba Allah itu mengambil jalan zuhud di dunia ,nescaya hatinya akan bersinar dengan hikmah atau kebijaksanaan dan anggota-anggotanya akan menolongnya untuk kuat melaksanakan ibadah.”
2. akan memperbanyakkan nilai amalan atau ibadat anda serta meningkatkan kadar kemuliaannya
Sehubungan ini Rasulullah SAW bersabda :
ركعتان من رجل عالم زاهد قلبه خير وأحب الي الله جل جلاله من عبادة المتعبدين الي آخر الدهر أبدا سرمدا
Mafhumnya : Dua rakaat sholat seorang ‘alim lagi zahid hatinya itu adalah terlebih baik lagi dikasihi Allah daripada ibadat ahli ibadat ( tanpa ilmu dan sifat zuhud ) ,meskipun dia beribadat sehingga akhir masa selama-lamanya sekalipun.
Terdapat dua kategori zuhud :
- Zuhud yang berupaya untuk dikerjakan oleh seseorang hamba Allah
- Zuhud yang tidak mampu dilaksanakan oleh seseorang hamba Allah dengan sepenuhnya.
Terdapat pula tiga jenis zuhud yang berupaya dilaksanakan iaitu ;
- Meninggalkan segala usaha mencari habuan dunia yang bukan miliknya
- Membahagikan atau menyedekahkan segala harta dunia yang ada dalam miliknya.
- Meninggalkan segala keinginan kepada dunia serta meninggalkan juga segala usaha ikhtiar untuk mendapatkan harta dunia yang fana` ini.
Adapun zuhud yang tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya atau secara spontan ialah perasaan tidak berkeinginan kepada habuan dunia yang terpahat di dalam hati seseorang yang mencapai maqam zahid.
Sebenarnya zuhud yang berupaya dilaksanakan oleh seseorang hamba Allah itu merupakan mukaddimah kepada zuhud yang tidak mampu dilaksanakannya itu.Justeru itu apabila seseorang itu bersikap zuhud dengan tidak menuntut dunia yang tidak dimilikinya serta membelanjakan dan berbuat kebaktian dengan apa jua yang dimilikinya ,diikuti pula hatinya sedia meninggalkan keinginan dan bersusah payah untuk memperolehi habuan dunia kerana bersukaria dengannya,nescaya dia akan mencapai kezuhudan yang sempurna.Lebih-lebih lagi apa jua yang dikerjakan itu diniatkan kerana Allah dengan menginsafi bahawa dunia ini akan menempuh kebinasaan.InsyaAllah dia akan memiliki perasaan dingin atau tidak lagi memandang hebat kepada dunia.Inilah zuhud yang hakiki.
Ketahuilah ! bahawa suatu perkara yang paling sukar ialah meninggalkan keinginan hati terhadap dunia ini.Ada orang yang meninggalkan dunia pada zahirnya,walhal batinnya adalah seorang yang rakus dan cintakan dunia.Justeru itu batinnya tertekan dan berdepan dengan krisis yang parah lantaran keinginan yang timbul didalam dirinya.Sehubungan ini Allah SWT berfirman memperingatkan kita tentang hal ini :
تلك الدار الآخرة نجعلها للذين لا يريدون علوا في الأرض ولا فسادا
Mafhumnya : Itulah negeri akhirat yang Kami jadikannya untuk orang yang tidak berkehendak kepada ketinggian ( pangkat ) dibumi ini dan tidak pula ingin melakukan kerosakan.( Surah al-Qasas ayat 83 )
Berdasarkan ayat tersebut Allah SWT mengemukakan prasyarat untuk seseorang hambaNya yang ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat ialah dengan tidak berkeinginan untuk mendapat ketinggian pangkat di dunia dan juga tidak mengikut kerakusan hawa nafsu yang akan membinasakannya dan merosakkan orang lain.Sehubungan ini Allah tidaklah melarang seseorang itu untuk mencari habuannya di dunia bagi memenuhi keperluan hidup di dunia.
Firman Allah SWT lagi :
من كان يريد حرث الآخرة نزد له في حرثه ومن كان يريد حرث الدنيا نؤته منها وما له في الآخرة من نصيب
Mafhumnya : Sesiapa yang mengingini keuntungan pahala akhirat,nescaya Kami akan tambahkan baginya keuntungan pahala,dan sesiapa yang menghendaki keuntungan habuan dunia sahaja nescaya Kami akan berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan diakhirat kelak dia tidak mempunyai apa-apa habuan lagi.( Surah al-Syura ayat 20 )
Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra` ayat 18 :
من كان يريد العاجلة عجلنا له فيها ما نشاء
Mafhumnya : Sesiapa yang menghendaki kesenangan hidup di dunia yang segera,nescaya Kami segerakan baginya di dunia ini mengikut apa yang kami kehendaki.
Selanjutnya Allah SWT menegaskan :
ومن أراد الآخرة وسعي لها سعيها وهو مؤمن فأولئك كان سعيهم مشكورا
Mafhumnya : Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha dengan sepenuh usaha mengerjakan amalan yang baik untuknya ,walhal dia seorang yang beriman ,maka adalah usaha mereka disyukuri atau diberi ganjaran pahala. ( Surah al-Isra` ayat 19 ).
Berdasarkan ayat-ayat tersebut menjelaskan betapa keinginan merupakan factor penentu seseorang itu bersifat zuhud atau mencintai dunia.Ingatlah bahawa apabila seseorang hamba Allah itu beristiqamah dengan dua sifat iaitu membelanjakan harta yang dimilikinya untuk berbuat kebajikan serta meninggalkan keinginan yang membuak-buak kepada dunia ,InsyaAllah dia akan memperolehi hidayah dan kurniaan Allah iaitu tidak rakus dan tamak kepada dunia serta menyingkirkan perasaan gemar yang bersangatan kepada dunia.
Antara faktor terpenting yang membawa anda bersifat zuhud ialah dengan memikirkan tentang kebinasaan dunia dan kecelaannya.Antara kata-kata hikmah yang mencela tipu daya dunia itu telah disebut oleh Yahya bin Mu’az al-Razi,katanya :
تركت الدنيا لقلة غنائها وكثرة عنائها وسرعة فنائها وخسة شركائها
Maksudnya : Aku meninggalkan dunia ini adalah lantaran sedikit sekali kekayaannya,banyak sekali kepenatannya,cepat kebinasaannya serta hina dinanya para sekutunya.
Antara faktor terpenting yang membawa anda bersifat zuhud ialah dengan memikirkan tentang kebinasaan dunia dan kecelaannya.Antara kata-kata hikmah yang mencela tipu daya dunia itu telah disebut oleh Yahya bin Mu’az al-Razi,katanya :
تركت الدنيا لقلة غنائها وكثرة عنائها وسرعة فنائها وخسة شركائها
Maksudnya : Aku meninggalkan dunia ini adalah lantaran sedikit sekali kekayaannya,banyak sekali kepenatannya,cepat kebinasaannya serta hina dinanya para sekutunya.
Al-Imam Abu Bakar al-Warraq berkata :
لكن يجيء من هذا رائحة الرغبة الفائحة لأن من شكا فراق أحد أحب وصاله ومن ترك شيئا لمكان الشركاء فيه أحب لو انفرد به
Ertinya : Tetapi mungkin daripada berzuhud ini didatangi oleh satu ujian bawaan yang memberahikan,yang harum semerbak menggoda dan memikat mereka yang zahid supaya kembali semula mencintai dunia,kerana memang sudah menjadi kebiasaan orang yang merintih perpisahan dengan seorang kekasihnya sudah amat berkeinginan untuk bertemu semula.Tetapi orang yang berazam untuk kekal berzuhud terhadap dunia yang fana` ini InsyaAllah dia akan berjaya kerana orang yang meninggalkan sesuatu lantaran bimbang bersekutu di dalam kejahatan,dia sanggup bersendirian untuk menyelamatkan dirinya.
Syeikh Abu Bakar al-Tusi rh berkata :
ان الدنيا عدو الله عز وجل،وأنت محبه ،ومن أحب أحدا أبغض عدوه . ولأنها في أصلها وسخة جيفة. ألا تري أن أخرها الي ألقذر والفساد والتلاشي والاضمحلال والنفاد ،لكنها جيفة ضمخت بطيب وطويت بزينة فاغتر بظاهرها الغافلون ، وزهد فيها العاقلون
Maksudnya : “Sesungguhnya dunia itu musuh Allah ‘Azza Wajalla,walhal anda mencintainya dan sesiapa yang mencintai seseorang tentunya dia akan membenci musuh kekasihnya…..”Dan kerana bahawasanya dunia itu adalah sesuatu yang kotor dan bangkai.Tidakkah anda memerhatikan bahawa dunia ini akan berakhir dengan kekotoran,kebinasaan,lenyap dan habis ? “ “ Malahan dunia itu adalah bangkai yang dilumur dengan wangian dan disalut dengan perhiasan.Maka terpedayalah orang yang alpa serta lalai dengan keindahan zahirnya,sedangkan orang-orang yang berakal akan terus menerus berzuhud dan tidak terpedaya dengan kepalsuannya.”
Apabila ditanya orang apakah hukum berzuhud itu adakah ianya fardhu atau sunat ? Ketahuilah bahawa berzuhud di sisi pandangan kami ianya boleh dilaksanakan kepada perkara yang haram dan halal.Dalam perkara yang haram,maka berzuhud daripadanya adalah fardhu, sedangkan berzuhud dalam perkara yang ha;lal hukumnya sunat
Kedudukan perkara-perkara yang haram bagi orang-orang yang mentaati Allah,ia dinisbahkan sesuatu yang kotor bagaikan bangkai yang keji dan jijik yang tidak sanggup diambilnya kecuali dalam keadaan darurat,sekadar menolak kemudaratan.Adapun berzuhud dalam perkara-perkara halal hanya terlaksana bagi orang yang mencapai mertabat tertinggi iaitu maqam wali abdal yang di sisi mereka adalah perkara-perkara yang halal yang memperdaya bagaikan bangkai.Mereka tidak mengambilnya melainkan sekadar yang perlu sahaja,sedangkan yang haram dianggap sebagai api yang tidak terlintas di hati mereka untuk mengambilnya samasekali samada dalam keadaan darurat atau pun tidak.
Dan inilah makna kedinginan hati kepada dunia iaitu dengan memutuskan cita-cita kepada dunia serta merasa jijik kepadanya serta mengingkarinya.Langsung tidak ada dalam hati mereka untuk berusaha memperolehinya dan mencarinya.
‘Uqbah Ketiga : Uqbah Penghalang ( عقبة العوائق ) Pertama : Dunia
Seandainya anda bertanya : Bagaimana boleh terjadi bahawa dunia dengan segala keberahian syahwat dan kelazatan itu dinisbahkan sebagai api oleh insan tertentu ? Atau menjadi bangkai yang busuk ? Mengapa mereka beranggapan demikian sedangkan mereka juga adalah manusia yang memiliki jasad,tabiat dan perangai yang menyerupai manusia lain ?
Ketahuilah bahawa sesiapa yang dikurniakan tawfiq dan hidayah khusus,serta menyedari tentang hakikat kebinasaan manusia dan kekotoran dunia amat mudah bagi mereka berpandangan demikian.Sebenarnya manusia yang merasa kagum kepada dunia adalah orang-orang yang terpedaya,yang buta sehingga gagal memandang keaiban dan kebinasaan dunia yang tertipu dengan lahiriahnya dan perhiasan yang palsu.
Sebagai penjelasan saya akan melontarkan kepada anda suatu perumpamaan.Contohnya seorang membuat kueh yang lazat serta memenuhi syarat,kueh itu mengandungi gula,tepung dan sebagainya.Selanjutnya pembuat kueh itu mencampurkan kueh itu dengan racun yang boleh mengakibatkan kematian.Ada orang yang melihat perbuatan khianat pembuat kueh itu dan ada orang yang tidak melihatnya.Setelah itu pembuat kueh itu menghidangkan kueh yang enak itu dihadapan orang yang melihat perlakuan khianatnya dan orang yang tidak melihatnya.Bagi orang yang mengetahui tentang kueh itu dia akan menjadi zahid dan mengelakkan diri daripada memakannya kerana dia tidak akan tertipu dengan keenakan dan hiasan yang dihidangkan itu.Sebaliknya orang yang tidak mengetahui tentang bahayanya memakan kueh itu akan mengambilnya dan memakannya dengan lahap dan rakus sekali.
Maka inilah perbandingan dunia yang haram di sisi orang yang memiliki mata hati yang terang berbanding dengan orang yang ungu lagi mencintai dunia tanpa usul periksa.Suatu lagi perbandingan lagi ialah tentang kueh yang dicampurkan dengan najis dan kotoran yang menjijikkan.Orang yang melihat kueh yang tercemar itu akan memandang jijik kepada kueh itu dan menjauhkan diri daripadanya.Dia akan memakan kueh itu hanya dalam keadaan darurat.Sedangkan orang yang tidak mengetahui tentang kekotoran kueh itu akan tertipu dengan kelazatan kueh dan akan memakannya dengan berselera sekali.Maka inilah perumpamaan dunia yang halal pada pandangan dua golongan manusia tersebut.Iaitu golongan yang memiliki mata hati yang terang benderang dan memandang dunia dengan penuh kerendahan.Keduanya golongan yang cinta berahi terhadap dunia dan lupa serta lalai tentang akibat buruknya tipu daya dunia itu.
Sesungguhnya telah berbeza pandangan dua orang tersebut terhadap dunia walaupun keduanya mempunyai kejadian jasmani yang sama ,tetapi seorang mempunyai mata hati dan ilmu,manakala seorang lagi berada dalam kedunguan dan kegelapan tanpa hidayah dan tanpa ilmu.
Apabila timbul persoalan,Apakah kita perlu mengambil habuan dunia ini sebagai sumber kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan ? Bagaimana boleh kita berzuhud untuk meninggalkan habuan dunia sedangkan kita memerlukannya ?
Hendaklah anda maklum bahawa sumber kekuatan fizikal atau tubuh badan adalah dalam rangka seseorang itu ingin beribadat kepada Allah dan bukan sekadar untuk berseronok-seronok tanpa haluan dan matlamat.Ingatlah bahawa Allah itu Maha Berkuasa.Dia menjadikan sesuatu sebagai sebab atau asbab semata-mata sedangkan Allah boleh melaksanakan sesuatu perkara tanpa memerlukan asbab.Usaha dan nikhtiar anda hanya dijadikan sebab oleh Allah untuk anda mencapai sesuatu sedangkan Dia boleh mengurniakan rezeki dan penyelesaian kepada masalah anda tanpa anda sangka dan tanpa anda jangka.Justeru itu Allah SWT berfirman didalam Surah al-Talaq ayat 2 dan 34 seperti berikut :
ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب
Maksudnya : Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar daripada kesusahan dan Dia akan mengurniakan rezeki yang tidak dapat dikira atau dijangka.
Berasaskan kenyataan tersebut anda tidaklah perlu berhajat kepada dunia malah sewajarnya anda berzuhud terhadap dunia itu.Seandainya anda lemah untuk berzuhud kepada dunia hendaklah anda berusaha untuk mencarinya dalam rangka anda berniat untuk beribadah kepada Allah dan bukannya dalam rangka untuk memuaskan nafsu syahwat dan mencari kelazatan hidup daripadanya.Jika anda berniat demikian nescaya ia akan membawa kebaikan kepada anda sendiri,malah ia boleh menjadi bekalan anda untuk ke akhirat. Dan bukannya untuk kejayaan dan kesenangan didunia semata-mata.Keadaan ini tidak menjejaskan kezuhudan anda kepada dunia malah anda boleh meneruskan tajarrud anda kepadanya.Seandainya anda memahami dan menghayati keseimbangan ini maka anda telah menjadi seorang yang bijak.WabiLlahit tawfiq.
‘Uqbah Ketiga : Uqbah Penghalang عقبة العوائق
Pertama : Dunia
Penghalang ibadat yang kedua : Makhluk
Berikutnya sewajarnya anda mengasingkan diri daripada makhluk,semuga Allah memberikan taufiq kepada anda dan kepada kami untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah.Dua alasan anda perlu berbuat demikian : Salah satunya nescaya mereka akan menyebabkan anda sibuk dengan urusan hidup yang memalingkan anda daripada beribadat kepada Allah.
Seorang ulama` telah menceritakan tentang seseorang pengembara telah melalui sekumpulan orang yang sedang menyertai pertandingan memanah.Tetapi di sana terdapat seorang lelaki yang sedang duduk bersendirian menjauhkan diri dari kelompok orang ramai.Pengembara itu cuba berbual dengannya lantas lelaki itu berkata : “Berzikir mengingati Allah lebih baik daripada aku berbual denganmu”.Pengembara itu bertanya :”Anda berseorangan ?”.jawab lelaki itu :”Bersamaku Tuhanku dan dua malaikat yang berada di kiri kananku”.Pengembara itu bertanya lagi : Siapakah yang akan menang dikalangan mereka yang memanah itu ? “jawab lelaki itu :” Siapa sahaja yang Allah telah mengampunkan dosanya”.Pengembara itu bertanya lagi : “Dimanakah jalan untuk mendapat keampunan Allah ?” Lantas lelaki itu menunjukkan tangannya ke langit lalu dia bangun dan meninggalkan pengembara itu.Sebelum pergi dia berkata :” Ya Allah lebih ramai makhlukMu yang menjadi pengganggu yang memalingkan siapa sahaja yang mengingatimu.”
Kalau begitu makhluk telah mengganggu anda dari mengerjakan taat,bahkan mereka menghalang anda dari melaksanakannya>bahkan mereka seterusnya akan menjatuhkan anda ke dalam kejahatan dan kebinasaan sepertimana yang telah dikatakan oleh Hatim al-’Asam : Aku telah menuntut daripada makhluk lima perkara yang aku tidak memperolehinya :
i. Aku suruh mereka mengerjakan taat dan berzuhud mereka enggan pula melakukannya.
ii. Tolonglah aku untuk mengerjakan taat dan zuhud tetapi mereka enggan memberi pertolongan.
iii. Aku meminta mereka supaya meredhai aku untuk mengerjakan taat dan zuhud,tetapi mereka membenci aku pula.
iv. Aku berkata lagi jangan kamu menghalang aku daripada mengerjakan kedua-duanya tetapi mereka juga turut menghalangi aku.
v. Jangan kamu mengajak aku ke jalan yang tidak diredhai Allah.Dan janganlah pula kamu memusuhi aku sekiranya tidak mengikut kehendakmu.Oleh kerana sebab-sebab itu aku meninggalkan mereka dan melakukan kegiatan persendirianku
Wahai saudaraku seagama ! Nabi kita Muhammad صلي الله عليه وسلم telah mencirikan zaman uzlah itu serta mencirikan juga kelompok manusia di zaman itu.Sehubungan itu Junjungan SAW mengarahkan umatnya beruzlah dari pelbagai kelompok yang rosak dan menyimpang pada zaman itu.Ingatlah saudara,bahawa Rasulullah SAW adalah peribadi yang paling mengetahui tentang perkara-perkara kebaikan untuk umatnya di dunia dan akhirat.Junjungan SAW juga adalah penasihat yang menginginkan kebaikan ke atas diri kita mengatasi daripada apa yang kita inginkan.
Setelah anda mendapati zaman anda menepati kreiteria yang digariskan oleh junjungan SAW,maka jangan teragak-agak lagi untuk akur terhadap nasihat sucinya itu.Janganlah anda berdalih lagi dengan pelbagai alasan dusta,dan janganlah anda menipu diri sendiri.Seandainya anda membelakangi Nabi SAW anda akan menemui kebinasaan.
Kisah yang kami paparkan di sini adalah suatu hadith yang masyhur riwayat Abdullah bin Amru R.A. yang menyatakan kami berada disekeliling Rasulullah SAW.Apabila junjungan SAW menyebut tentang fitnah lantas bersabda :
اذا رأيتم الناس مرجت عهودهم وخفت أماناتهم وكانوا هكذا وشبك بين أصابعه
Mafhumnya : Apabila kamu melihat orang ramai telah memungkiri janji-janji mereka dan memecahkan amanah-amanah mereka,dan mereka semua begini keadaannya,lantas junjungan membuka jari-jarinya.
Saya pun bertanya kepada Rasulullah SAW :Apakah yang patut saya buat pada masa itu Wahai Rasulullah SAW ,lantas Junjungan SAW bersabda lagi :
الزم بيتك وأملك عليك لسانك وخذ ما تعرف ودع ما تنكر وعليك بأمر الخاصة ودع عنك أمر العامة
Mafhumnya : Hendaklah anda menetap di rumah anda,dan kawallah lidah anda serta ambillah apa yang anda ketahui,dan tinggalkanlah apa yang anda engkari serta wajiblah anda menjalankan urusan khusus (yang baik untuk diri anda) serta jauhilah urusan umum (yang boleh merosakkan diri anda).
Abdullah bin Amru r.a. dalam hadis Rasulullah SAW yang lain yang menerangkan zaman fitnah itu dengan sabdanya:
ذلك ايام الهرج Mafhumnya:(Zaman fitnah) itu merupakan hari-hari kekacauan.Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabatnya:Apakah hari-hari kekacauan itu ? Junjungan SAW bersabda: حين لا ياءمن الرجل جليسه
Mafhumnya:Ketika seseorang tidak merasa aman (daripada kejahatan) teman yang bergaul dengannya sendiri.Sehubungan ini Abdullah bin Mas’ud telah menyebut riwayat hadis yang lain bahawa Junjungan Rasulullah SAW bersabda:bermaksud:Jika dikurniakan kepadamu umur yang panjang (wahai Ibn Mas’ud) nescaya akan datang suatu zaman yang ramai pemidato tetapi sedikit pula ulama`nya,ramai peminta tetapi sedikit sekali yang memberinya dan pada masa itu hawa nafsu menjadi pemimpin ilmu.
Rumusan daripada semua hadis-hadis yang dibahaskan sebelum ini adalah jelas sebagaimana yang kita lihat menjadi kenyataan pada zaman ini untuk diambil pengajaran dan peringatan.Ketahuilah bahawa para Salaf al-Sholeh amat berwaspada menghadapi zaman dan masyarakat mereka.Mereka mengambil pendekatan beruzlah (menjauhi fitnah) dan mengajak orang lain untuk mengambil pendekatan itu.Jelas sekali bahawa mereka memiliki pandangan mata hati yang jauh serta amat banyak menitipkan pengajaran kepada kita.Tentunya zaman selepas mereka akan menjadi lebih mencabar dan gawat lagi.
Justeru itu seorang zahid Yusuf bin Asbat al-Syaibani (md 190 H) mengungkap pandangannya:”Saya telah mendengar Sufyan al-Thauri (Seorang Tabi’I al-Tabi’in md 161H) bersumpah;Demi Allah yang tiada Tuhan lagi selain Dia sesungguhnya telah halallah beruzlah pada zaman ini.”
Seandainya pada zaman al-Thauri awal abad ke2 Hijrah telah dihalalkan beruzlah,inikan pula pada zamanku (akhir abad ke5 Hijrah),maka beruzlah menjadi wajib dan fardhu pula.
Sehubungan itu Sufyan al-Thauri telah mengirim surat kepada ‘Ibad al-Khawas,tulisnya;”Amma ba’du,sesungguhnya anda pernah berada pada zaman para sahabat Rasulullah SAW meminta perlindungan Allah agar mereka tidak berkesempatan hidup dizaman itu.Walhal mereka mempunyai ilmu yang luas yang tiada pada kita.Maka bagaimana pula dengan kita semua yang sedikit ilmu,tipis kesabaran,kurang penolong disertai kekalutan dunia dan kerosakan masyarakat bolehkah kita mendepani zaman yang penuh cabaran ?
Selanjutnya Umar ibn al-Khattab r.a. berkata:”Didalam uzlah itu terdapat kedamaian daripada teman sepergaulan yang durjana. Berasaskan kata-kata Umar ini digubahkan sya’ir berikut:
هذاا لزمان الذي كنا نحاذره في قول كعب وفي قول ابن مسعود
دهر به الحق مردود باجمعه والظلم والبغي فيه غير مردود
اعمي اصم من الازمان ملتبس فيه لابليس تصويب وتصعيد
ان دام هذا ولم يحدث له غير لم يبك ميت ولم ولم يفرح بمولود
Maksudnya:Inilah zaman yang kami khuatiri,Ia tersirat dalam kalam hikmah Ka’ab dan kalam Ibn Mas’ud,suatu tempoh masa dimana kebenaran seluruhnya diketepi,sedangkan kezaliman dan kebejatan tidak dipinggiri,buta tuli terhadap kebenaran semenjak beberapa waktu disaluti,Ia memberi ruang dan peluang kepada sang Iblis menaiki dan menuruni,Seandainya ia berlarutan tanpa perubahan,nantinya tiada kematian ditangisi dan tiada kelahiran dinanti-nanti.
Disini saya ungkapkan permintaan Sufyan bin ‘Uyaynah (md 198 H) kepada al-Thauri:Nasihatilah saya,lantas berkata al-Thauri;”Wajarlah anda kurang berkenalan dengan orang ramai”,Lalu Ibn ‘Uyaynah menyahut;”Semoga Allah merahmati tuan! Tidakkah Nabi Muhammad SAW bersabda:
فان لكل مؤمن شفاعة اكثروا من معرفة الناس Mafhumnya:Banyakkanlah berkenalan dengan orang ramai kerana sesungguhnya bagi setiap mu`min itu mempunyai syafa’ah (disisi Allah pada hari kiamat nanti).Lantas al-Thauri menjawab;Saya tidak menyangka anda sekali-kali melihat apa yang anda benci melainkan ianya datang daripada orang yang anda kenali.Saya menjawab:”Ya !.”Selepas itu al-Thauri meninggal dunia dan selepas beberapa tahun dia datang didalam mimpiku dan saya memimta nasihat darinya,lalu dia berkata:”Kurangkanlah berkenalan dengan orang ramai sedaya upayamu keramna sesungguhnya anda akan menghadapi kegetiran untuk melepaskan diri dari gangguan mereka.”
Perbahasan mengenai ‘uzlah ini telah dimuatkan dalam kitab yang khusus iaitu “Kitab Akhlaq al-Abrar Wa an Najat min al-Asyrar”.Mudah-m,udahan anda dianugerahi taufiq dan hidayah Allah.Adapun perkara kedua yang menggesa anda mengasingkan diri daripada orang ra,mai dalam urusan ibadat yang khusus ini kerana mereka akan merosakkan apa yang telah dihasilkan oleh anda seandainya anda tidak dipelihara oleh Allah.Contohnya gelagat mereka menyebabkan anda menjadi riya` dan inginkan sanjungan.Sebagaimana kata Yahya bin Mu’az al-Razi (md 258H):”Percampuran dengan orangramai sering mengakibatkan gejala riya`”. Demikian juga Harem bin Hayyan telah menyarankan kepada sahabatnya Uways al-Qarni (seorang tabi’in md 37H) :”Wahai Uways Hubungkanlah sillaturrahim dengan kami melalui ziarah dan pertemuan.”Jawab Uways:”Aku lebih suka berdoa untuk kebaikanmu dibelakangmu kerana pertemuan sering membibitkan riya`.”
Sehubungan ini seseorang telah berkata Sulayman al-Khawwas ketika ketibaan Ibrahim bin Adham (md 161 H):”Tidakkah tuan akan datang menyambutnya ?” Lantas dijawab oleh Sulayman “Sesungguhnya bertemu dengan syaitan lebih aku sukai daripada aku menemuinya.” Orangramai membantah perkataan beliau,lantas dia menjelaskan :”Sesungguhnya aku bimbang apabila aku berjumpa dengannya,aku akan berpura-pura dihadapannya,sedangkan bila aku menemui syaitan aku akan menjaga diriku dari diperdaya olehnya.Sesungguhnya guruku Abu Bakar al-Warraq telah bermuzakarah dengan seorang ‘alim lantas akhirnya guruku berkata kepadanya “Aku tidak menyangka mendapat peluang duduk dalam majlismu yang bermanfaat ini.”lalu si ‘alim itu berkata,:Aku pula merasa takut berada dalam majlis ini kerana kita berdua berkata dengan perkataan yang indah serta sempurna dan timbul perasaan riya` antara kita.” Selepas itu guruku menangis dan pengsan,setelah sedar dia lantas bersya’ir dengan ungkapan berikut:
يا ويلتا من موقف ما به اخوف من ان يعدل الحاكم
ابارز الله بعصيانه وليس لي من دونه راحم
يا رب عفوا منك عن مذنب اسرف الا انه نادم
يقول في الليل اذا ما دجي اها لذنب ستر العالم
Maksudnya: Oh Kebinasaan yang paling ditakuti natijah dari kekuasaanNya
Yang akan diadili oleh Hakim Yang Maha Bijaksana
Terhadap gelagat hamba (yang durjana)
Aku melawan Allah dengan menderhakaiNya
Sedangkan tiada pemberi rahmat kepadaku selainNya
Wahai Tuhan! Kepadamu jua ku pohon keampunan
Permohonan dari yang hina berdosa
Yang telah melampaui batas
Tetapi dia sungguh menyesal terkilan
Dimalam yang gelita dia mengeluh hiba
Kerana dosa yang ditutupi Yang Maha Bijaksana.
Inilah keadaan hati seorang zahid yang melatih jiwa dalam pertemuan sesame mereka.Bagaimanakah kita pada hari ini golongan yang seraskah dengan cinta dunia dan menganggur dari beribadah.Malahan bagaimana pula orang yang bergelumang dengan kedurjanaan dan dungu ?
Ketahuilah bahawa zaman sedang dibelenggu kerosakan besar walhal orang ramai pula berada dalam ancaman kelalaian dan kealpaan pergaulan dengan manusia sehingga menjejaskan ibadah kepada Allah SWT.Justeru itu biasakanlah diri anda beruzlah dan memohon perlindungan Allah daripada kebejatan zaman dan penghuninya.Untuk itu jika anda ditanya”Apakah hukum beruzlah dari orang ramai ? Maka jawabnya orangramai sehubungan ini ada dua kelompok:
1. Orang ramai yang tidak memerlukan ilmu pengetahuan orang ‘alim.Wajarlah si ‘alim itu ber’uzlah kecuali pergi sholat juma’at,jama’ah,sholat hari raya,mengerjakan haji,majlis ilmu yang umum serta bermuamalat demi keperluan semasa semata-mata.
Untuk itu jika anda ditanya”Apakah hukum beruzlah dari orang ramai ? Maka jawabnya orangramai sehubungan ini ada dua kelompok:
1. Orang ramai yang tidak memerlukan ilmu pengetahuan orang ‘alim.Wajarlah si ‘alim itu ber’uzlah kecuali pergi sholat juma’at,jama’ah,sholat hari raya,mengerjakan haji,majlis ilmu yang umum serta bermuamalat demi keperluan semasa semata-mata.
2. Sang ‘alim yang menjadi contoh ikutan terbaik tidak boleh ber’uzlah daripada orang ramai kerana orang ramai amat memerlukan bimbingannya dengan menjelaskan sunnah dan menghindari mereka daripada bid’ah.Orang ‘alim seperti ini perlu berada ditengah-tengah masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan keadilan Islam.Sehubungan ini Rasulullah SAW bersabda:اذا ظهرت البدع وسكت العالم فعليه لعنة الله
Mafhumnya:Apabila berleluasanya amalan bid’ah sedangkan orang-orang
‘alim berdiam diri nescaya semua mereka akan ditimpa laknat Allah.
Seorang ulama` Al-Ustaz Abu Bakar bin Furak al-Asfahani (md 406 H) telah bercadang untuk meninggalkan lapangan da’wah untuk beruzlah dan mengasingkan diri daripada orang ramai semata-mata berhajat untuk beribadah kepada Allah.Setibanya dia ditempat uzlahnya beliau mendengar seruan yang mengatakan:”Wahai Abu Bakar ! Ketika anda telah mencapai mertabat sebagai ‘ulama` yang menjadi keterangan agama Allah kepada makhlukNya anda telah meninggalkan mereka dalam kejahilan tanpa bimbingan”.Lantas dia kembali semula menjalankan usaha da’wahnya dan bergaul semula dengan masyarakat.
Abu Ishaq telah menegur para ‘abid yang tekun beribadat dibukit Lubnan:”Wahai golongan yang makan rumput ! Anda semua telah meninggalkan umat Muhammad SAW yang sedang diancam oleh para pemimpin bid’ah sedangkan anda mengasingkan diri sambil memakan rumput.”Para ‘abid menjawab:Kami tidak memiliki kekuatan untuk menghadapi orang ramai yang pincang,sedangkan anda memiliki kekuatan menghadapi mereka,maka teruskanlah usaha tuan yang mulia itu.”
Justeru itu apabila para da’i berhajat melangkah ke medan dakwah mereka memerlukan dua persiapan berikut:
1. Kesabaran yang berpanjangan dalam menghadapi cabaran kejahilan dan kerosakan masyarakatnya.Mereka juga perlu kepada ketahanan diri dan mampu menahan kemarahan dan sentiasa memohon pertolongan Allah SWT.
2. Walaupun dia bergaul dengan orang ramai,namun hatinya sentiasa terasing daripada kejahilan dan kebejatan orang ramai sungguhpun dia berada ditengah-tengah mereka.Pergaulilah mereka dengan baik,layani percakapan mereka yang baik.Seandainya mereka berdiam diri dan berpaling maka ambillah kesempatan itu dengan mengerjakan urusan-urusan yang jauh lebih penting.Sekiranya mereka berbuat baik maka bantulah mereka.Sebaliknya bila mereka berbuat jahat maka nasihatilah dan jika mereka tidak berganjak dari kejahatan maka tinggalkan mereka.Seorang da’i janganlah meminta-minta ganjaran dan janganlah mengharap-harapkan bantuan dan pertolongan.Jangan perlihatkan kebencian kepada orangramai,sebaliknya andai berupaya berikan bantuan dan pertolongan.Da’I hendaklah jangan mengambil hak orang lain serta bersabar menempuh dugaan yang datang bertimpa-timpa.Pergauli mereka dengan penuh ketertiban serta rahsiakan penderitaan dan beribadahlah dengan ikhlas.Khalifah Umar al-Khattab menyatakan:
الليل لاضيعن نفسي وان نمت النهار لاضيعن الرعية ان نمت
Maksudnya:Seandainya aku tidur diwaktu malam pasti aku akan mensia-siakan diriku dan sekiranya aku tidur diwaktu siang pasti aku akan menghilangkan hak rakyat.Maka bagaimana aku boleh tidur nyenyak diantara dua waktu itu ?
Khalifah Umar al-Khattab menyatakan:
الليل لاضيعن نفسي وان نمت النهار لاضيعن الرعية ان نمت
Maksudnya:Seandainya aku tidur diwaktu malam pasti aku akan mensia-siakan diriku dan sekiranya aku tidur diwaktu siang pasti aku akan menghilangkan hak rakyat.Maka bagaimana aku boleh tidur nyenyak diantara dua waktu itu ?
Berdasarkan kenyataan Khalifah Umar itu dilihat betapa perlunya keseimbangan dalam memelihara tanggungjawab terhadap Allah,diri sendiri dan masyarakat sebagaimana yang digambarkan dalam bayt-bayt sya’ir berikut;
وان كنت في هدي الائمة راغبا فوطن علي ان تنتحيك الوقائع
بنفس وقور عند كل كريهة وقلب صبوروهو في الصدر مانع
لسانك مخزون وطرفك ملحم وسرك مكتوم لدي الرب ذائع
وذكرك مغمور وبابك مغلق وثعرك بسام وبطنك جائع
وقلبك مجروح وسوقك كاسد وفضلك مدفون وطعنك شائع
وفي كل يوم انت جارع غصة من الدهر والاخوان والقلب طائع
نهارك شغل الناس من غير منة وليلك شوق غاب عنه الطلائع
فدونك هذا الليل خذه ذريعة ليوم عبوس عز فيه الذرائع
Mafhumnya:Andainya dikau inginkan pertunjuk Ilahi melalui para Imam * Perteguhkan dirimu mengharungi dugaan mendatang
Dengan jiwa yang tenang mendepani setiap kebencian *
Dengan hati yang sabar yang bersemadi didada bagai benteng
Lidahmu bungkam utuh serta matamu terpelihara *
Rahsiamu tersembunyi hanya disisi Tuhan dicurahkan
Sebutan tentang keluhuranmu tersimpan pintumu terkacip rapat *
Bibirmu terukir senyuman sedangkan perutmu derita lapar
Hatimu luka tercalar perniagaan rugi *
Keutamaanmu terlindung sedangkan fitnah terhadapmu tersiar
Hari-harimu meneguk derita * akibat kedurjanaan zaman dan teman
Sedangkan hatimu taat penuh iman
Siangmu sibuk menguruskan orangramai tanpa mengungkit-ungkit*
Dan malammu mencurah rindu kepada Tuhanmu terlindung dari segala insane
Ambillah kesempatan mala mini untuk hari depan sebagai persiapan*
Untuk menghadapi hari depan yang menggerunkan
Sedikit sahaja dari mereka yang terlepas bebas…….
Ungkapan diatas hanya dapat dilaksanakan oleh mereka yang berjiwa besar dengan pertolongan Allah.Demi umurku bahawa berkeadaan demikian itu adalah suatu situasi yang sukar.Untuk itu guruku Syeikh Abu Bakar al-Warraq menyatakan:”Wahai anakku ! pergaulilah ahli zamanmu dan janganlah kamu mengikuti mereka dalam perkara menuju penyelewengan.”Tambahnya,”Alangkah sukarnya hidup ini terpaksa bergaul dengan orang yang mencintai kehidupan orang dalam usaha mengikuti orang yang mencintai kematian.”Sehubungan ini Ibn Mas’ud berkata:”Pergauli orangramai,tapi pisahkan dirimu dari penyelewengan mereka.Dan janganlah kamu melukai agamamu’”Inilah ungkapan hikmah yang amat membahagiakan jiwa.
Sehubungan ini saya merumuskan:Apabila fitnah bergelora,berkecamuk dan bercampur baur setengahnya dengan yang lain,sedangkan urusan agama terpinggir,orang ramai berpaling ke belakang dari pertunjuk agama,mereka tidak menjaga hak-hak orang mu`min,hak kaum kerabat,mereka malah memungkiri janji,mereka menjauhi ulama`,mereka tidak mempedulikan hal-hal yang berfaedah dan membelakangi urusan keagamaan.Ketika itu fitnah tersebar luas dikhalayak ramai dan membabitkan kaum cendekiawan.Fenomena seperti itulah yang mengizinkan ulama` mujahid beruzlah menghindari fitnah.
Saya amat bimbang bahawa fenomena yang disebut itu ialah telah tiba pada masa kini yang sememangnya bibit-bibit kepayahannya semakin menyerlah.Hanyalah kepada Allah SWT kita wajib memohon pertolongan dan bertawakkal kepadaNya.Maka inilah hokum beruzlah dan mengasingkan diri daripada orang ramai.Justeru itu wajarlah anda menelitinya lantaran andainya anda tersasar dalam memahaminya akan membawa padah dan kemudaratan.WabiLlahi Tawfiq.
Jika dikatakan orang bukankah Rasulullah SAW bersabda:عليكم بالجماعة فان يد الله تعالي علي الجماعة وان الشيطان ذئب الانسان ياءخذ الشاذة والناجية والقاصية والفاذة وقال ان الشيطان مع الفذ وهو من الاثنين ابعد Mafhumnya:”Wajib keatas kamu menyertai jama’ah maka sesungguhnya tangan Allah Ta’ala yakni pertolonganNya keatas jama’ah dan bahawasanya syaitan merupakan serigala keatas manusia.Dia akan menerkam orang yang hidup terpencil,bersendirian dan yang berjauhan dari jama’ahnya dan hidup berseorangan.”Dan Rasulullah SAW bersabda lagi:”Sesungguhnya syaitan itu bersama dengan orang yang hidup berseorangan dan dia berada lebih jauh dari orang yang berdua.”
Sehubungan ini Rasulullah SAW turut bersabda:
الزم بيتك وعليك بالخاصة ودع امر العامة Mafhumnya:Lazimkanlah diri anda berada dirumah anda serta wajib anda melaksanakan urusan khas dan tinggalkanlah urusan umum yang boleh merosakkan diri anda.
Kedua-dua hadith tersebut menganjurkan kita beruzlah dizaman yang penuh dengan kebejatan.Tidak ada percanggahan pada kedua-dua hadith itu.Kita akan dibantu oleh Allah SWT dalam melaksanakannya dengan taufiq dan hidayatNya.Maksud hadith bahawa wajiblah keatas kamu berjama’ah itu mengandungi tiga maksud:
1.Wajib kita menegakkan agama dan hubum Allah secara berjama’ah.Ini disebabkan umat Islam tidak akan bersepakat dalam perkara kesesatan.Tegasnya menentang ijmak ulama` dengan menyalahi apa yang disepakati ulama` adalah suatu kesalahan dan dosa.Malah mengasingkan diri daripada jama’ah Islam adalah suatu kebatilan dan kesesatan.Sebaliknya beruzlah daripada kejahatan dan jahiliyyah tidak bercanggah dengan maksud hadith tersebut.
2.Kewajipan berjama’ah itu tidak memutuskan pergaulan dengan masyarakat seperti mendirikan sholat jumaat dan berjama’ah sepanjang masa.Ini disebabkan berorganisasi atau berjama’ah adalah menjadi sumber kekuatan beragama,kesempurnaan Islam yang akan menimbulkan kejengkelan orang-orang kafir dan mulhid.Tegasnya berjama’ah itu akan mendapat keberkatan dan ditilik dengan tilikan rahmat dari Allah SWT.Justeru itu kami menyimpulkan:Sesungguhnya menjadi kewajipan setiap individu Muslim untuk menyertai dan mendokong jama’ah Islam yang membawa kebaikan kepada masyarakat.Sebaliknya wajib pula kita mengasingkan diri daripada orang ramai yang menganjurkan kemaksiatan dan kegiatan yang melalaikan kita dari jalan Allah,kerana ia akan membawa kepada kebinasaan.
3.Perintah berjama’ah atau menyertai orang ramai tidak boleh berlaku dalam zaman fitnah terutama bagi golongan yang lemah dalam urusan agama.Sebaliknya bagi mereka yang kuat mematuhi ajaran agama dan berilmu apabila melihat zaman fitnah maka mereka mengambil pendekatan beruzlah sebagaimana perintah Rasulullah SAW.Tegasnya dalam konteks ini beruzlah adalah terlebih baik kerana pergaulan dengan masyarakat jahiliyyah akan membawa kerosakan dan kebinasaan.Sebaliknya orang yang melaksanakan kefardhuan sholat jumaat dan berjama’ah serta perkara-perkara kebajikan umum tetap dikurniakan kebaikan disisi Allah.Seandainya mereka tidak berupaya menghadapi arus jahiliyyah yang deras maka sebaiknya mereka beruzlah secara fizikal dipadang pasir atau dihutan belantara demi kebaikan mereka untuk hidup beragama.
Saya tetap berpandangan adalah lebih baik menyertai masyarakat didalam melaksanakan kefardhuan agama ditempat awam walaupun masyarakat kebanyakannya telah lalai dan dipengaruhi sistem jahiliyyah.Dengan menyertai kewajipan agama secara umum itu mereka akan mendapat bahagian kebaikan dan pahala dari Allah SWT.Sehubungan ini kami merujuk kepada kelakuan wali abdal yang menyertai perhimpunan umat Islam dimana sahaja diadakan.Mereka berjalan dibumi Allah ini kemana sahaja.Bagi mereka bumi Allah ini hanya selangkah keluasannya.Sesetengah riwayat menyatakan bumi Allah ini telah dipendekkan bagi mereka sehingga mereka saling mengucap salam diantara mereka.Malah mereka dianugerahi dengan pelbagai kebajikan dan kekeramatan.Tentulah berbahagia mereka dengan apa yang dianugerahi Allah itu.
اذا رأيتم الناس مرجت عهودهم وخفت أماناتهم وكانوا هكذا وشبك بين أصابعه
Mafhumnya : Apabila kamu melihat orang ramai telah memungkiri janji-janji mereka dan memecahkan amanah-amanah mereka,dan mereka semua begini keadaannya,lantas junjungan membuka jari-jarinya.
Saya pun bertanya kepada Rasulullah SAW :Apakah yang patut saya buat pada masa itu Wahai Rasulullah SAW ,lantas Junjungan SAW bersabda lagi :
الزم بيتك وأملك عليك لسانك وخذ ما تعرف ودع ما تنكر وعليك بأمر الخاصة ودع عنك أمر العامة
Mafhumnya : Hendaklah anda menetap di rumah anda,dan kawallah lidah anda serta ambillah apa yang anda ketahui,dan tinggalkanlah apa yang anda engkari serta wajiblah anda menjalankan urusan khusus (yang baik untuk diri anda) serta jauhilah urusan umum (yang boleh merosakkan diri anda).
Rasulullah SAW bersabda:اذا ظهرت البدع وسكت العالم فعليه لعنة الله
Mafhumnya:Apabila berleluasanya amalan bid’ah sedangkan orang-orang ‘alim berdiam diri nescaya semua mereka akan ditimpa laknat Allah.
Jika dikatakan orang bukankah Rasulullah SAW bersabda:عليكم بالجماعة فان يد الله تعالي علي الجماعة وان الشيطان ذئب الانسان ياءخذ الشاذة والناجية والقاصية والفاذة وقال ان الشيطان مع الفذ وهو من الاثنين ابعد Mafhumnya:”Wajib keatas kamu menyertai jama’ah maka sesungguhnya tangan Allah Ta’ala yakni pertolonganNya keatas jama’ah dan bahawasanya syaitan merupakan serigala keatas manusia.Dia akan menerkam orang yang hidup terpencil,bersendirian dan yang berjauhan dari jama’ahnya dan hidup berseorangan.”Dan Rasulullah SAW bersabda lagi:”Sesungguhnya syaitan itu bersama dengan orang yang hidup berseorangan dan dia berada lebih jauh dari orang yang berdua.”
Sehubungan ini Rasulullah SAW turut bersabda:
الزم بيتك وعليك بالخاصة ودع امر العامة Mafhumnya:Lazimkanlah diri anda berada dirumah anda serta wajib anda melaksanakan urusan khas dan tinggalkanlah urusan umum yang boleh merosakkan diri anda.
Kedua-dua hadith tersebut menganjurkan kita beruzlah dizaman yang penuh dengan kebejatan.Tidak ada percanggahan pada kedua-dua hadith itu.Kita akan dibantu oleh Allah SWT dalam melaksanakannya dengan taufiq dan hidayatNya.Maksud hadith bahawa wajiblah keatas kamu berjama’ah itu mengandungi tiga maksud:
No comments:
Post a Comment