KEJAHATAN-KEJAHATAN WAHABI MEMUSNAHKAN TAMADUN ROHANIAH ISLAM.
Wahabi adalah fahaman yang memisahkan umat Islam dengan Nabinya, Nabi Muhammad S.A.W. Apabila terputusnya hubungan umat dan Nabinya, maka secara otomatik terputuslah hubungan hamba dengan Tuhannya.
Berikanlah hujjah, apa sebabnya Tuhan akan menerima hamba-Nya sekiranya kekasih-Nya telah ditolak mentah-mentah?! Sedangkan tidak sah Islam seseorang jika tidak beriman dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beriman itu bukan hanya cakap, "Saya percaya Allah, Saya ikut Nabi". Beriman itu dengan hatinya, lisannya, dan seluruh anggota badannya. Ertinya, tiga hal yang berkaitan ini tidak boleh salah satunya ditinggalkan, apatah lagi kalau semuanya ditinggalkan!
Mulut mengaku umat Nabi Muhammad, tapi perbuatan tidak melambangkan begitu. Hati langsung tak percaya yang roh baginda ada bersama-sama kita. Kalau begini, hakikatnya dah tak beriman dengan Nabi Muhammad.
Jahatnya wahabi kerana apa-apa sahaja berkaitan dengan Nabi kita, dimusnahkan, disesatkan, dipadam sejarahnya, dan pelbagai lagi yang dilakukan. Umat Islam pada hari ini, terputus hubungan dengan Allah dan Nabinya adalah kerana adanya fahaman seperti wahabi ini.
Sebelum ini telah dikongsikan beberapa maklumat dan hal berkaitan wahabi ini. Kali ini Suara Haramain berkongsi lagi tentang kejahatan wahabi yang memisahkan umat Islam dengan Allah dan Rasulnya, dan di bawah adalah di antaranya.
- Pada 1125 Hijrah/ 1713 Masihi, Ibnu Abdul Wahab atau pengasas wahabi ini telah bertemu Mr. Hampher, agen British yang bertugas di Timur Tengah. Maka bermulalah program jahat dan merosakkan Islam oleh yahudi melalui wahabi ini.
- Pada 1802 Masihi, pasukan wahabi ini (gabungan Ibnu Abd. Wahab dan Ibnu Saud, pengasas kerajaan Bani Saud) telah menyerang Iraq, di Karbala, bumi bersemadinya Ahlul Bait, antaranya cucu Nabi S.A.W., S. Hussein R.A.
- Makam-makam Ahlul Bait dianggap tempat pemujaan dan khurafat serta melibatkan kemungkaran.
- 1804 Masihi, iaitu dua tahun kemudian, mereka menyerang Kota Madinah Munawwarah.
- Mereka menghancurkan Makam-makam di Jannatul Baqi'. Semuanya diratakan hingga tiada apa yang tinggal, seperti yang kita lihat sekarang.
- Merosakkan, memusnahkan, dan membuang hiasan-hiasan yang ada di Hujrah Rasulullah S.A.W., iaitu bilik baginda.
- Memusnahkan makam-makam di medan Uhud.
- Dua tahun kemudian, mereka menyerang Kota Mekah pula.
- Merosakkan Kiswah (kelambu Kaabah).
- Menghancurkan Makam-Makam di Jannatul Ma'la.
- Menghancurkan makam tempat kelahiran Nabi S.A.W.
- Menghancurkan makam tempat lahirnya S. Abu Bakar As-Siddiq R.A.
- Memusnahkan makam kelahiran S. Ali K.W.
- Merobohkan makam Siti Khadijah R.A.
- Merosakkan Masjid S. Abdullah bin Abbas R.A., kemudian menghancurkannya.
- Dalam merosakkan, menghancurkan makam-makam dan tempat sejarah, sambil berpesta, bernyanyi, bersorak, dan diiringi paluan gendang dan bunyi-bunyian.
- Mencaci maki Ahlul Bait, para sahabat, salafussoleh, dan orang-orang soleh dalam kerja-kerja mereka itu.
- Kencing dan berak di makam-makam dan perkuburan di Baqi' dan Ma'la.
- Merosakkan makam-makam di Jeddah
- Membunuh Ahlul Bait, menyeksa mereka. Jika perempuan diapa-apakan sebelum dibunuh.
- Menghalau Ahlul Bait dari Haramain.
- Menghina Ahlul Bait dengan perbuatan dan ucapan, bahkan Nabi pun dihina mereka juga.
- Makam-makam dimusnahkan dengan dinamit sebelum diratakan menjadi padang jarak padang tekukur.
- Membunuh jemaah haji dan umrah.
- Membunuh di dalam dua Tanah Haram, iaitu Mekah dan Madinah.
- Menggantikan tempat-tempat bersejarah dengan tampat longgokan sampah, tempat unta dikumpulkan, dibangunkan hotel-hotel milik yahudi.
- Merosakkan Kubah Hijau. Namun Allah menjaganya. Rujuk kisah mayat di atas Kubah Hijau.
- Mengubah suai manasik haji mengikut kepala mereka tanpa peduli syariat yang sudah ditetapkan.
- Ingin meratakan Makam Ibrahim, namun dibatalkan kerana kepentingan mereka.
- Menutup tempat-tempat sejarah serta meletakkan tanda larangan berdoa.
- Memalsukan tempat-tempat sejarah.
- Lebih 300 tempat sejarah dimusnahkan dalam tak sampai 50 tahun!
- Termaktub dalam perlembagaan kerajaan wahabi sekarang, bangunan-bangunan sejarah diibaratkan sebagai tempat penyembahan berhala.
- Memusnahkan makam-makam, kesan-kesan sejarah, namun pada masa yang sama mendatangkan ahli-ahli sejarah barat (arkeologi) dari seluruh dunia untuk menggali kesan tinggalan sejarah zaman jahiliah.
- Menghabiskan jutaan wang menggali kesan sejarah jahiliah, hakikatnya mencari sejarah yahudi di bumi Hijaz ini!
- Membesarkan sejarah-sejarah sebelum Islam, konon sudah bertamadun. Sebenarnya ingin melenyapan sejarah Islam di sini!
- Menimbulkan keraguan umat Islam dalam hal sejarah di Haramain, bahkan seluruh dunia.
- Memberi imej buruk kepada Islam. Imej militan adalah imej ahli agama wahabi.
- Islam dihina kerana perangai jahat wahabi, yang agresif, jumud, radikal, dan ekstrim.
- Menyalurkan wang yang benyak ke seluruh dunia dalam membangunkan pusat pendidikan wahabi.
- Allah digambarkan sesuka hati mereka oleh ulama-ulama wahabi ini.
- Menuduh Ahli Sunnah sebagai Ahli Bidaah.
- Menuduh Ahli Sunnah dengan tuduhan syirik.
- Mengkafirkan umat Islam terang-terangan.
- Selain yang berfahaman wahabi, adalah syirik, kafir bagi mereka.
- Menghina ulama Ahli Sunnah.
- Menuduh para ulama mereka-reka dan merosakkan dalam urusan beragama. Sedangkan merekalah yang mereka-reka dan merosakkan ajaran Islam.
- Pengasas wahabi, Ibnu Wahab menghina Nabi dan biarkan pengikutnya menghina Nabi S.A.W. di hadapannya.
- Menghina Nabi S.A.W. dengan berkata: "Tongkatku ini lebih baik dari Muhammad, sebab ianya masih boleh digunakan membunuh ular, sedangkan Muhammad telah mati dan tidak meninggalkan manfaat." -Semoga Allah membalasi kejahatan mereka terhadap Nabi S.A.W.!
- Mengkafirkan mereka yang menziarahi makam dan kubur.
- Menyesatkan golongan yang bertawasul.
- Mensyirikkan sesiapa yang bertahlil.
- Siapa yang meraikan Maulid Nabi, adalah Ahli Bidaah dan sesat bagi wahabi.
Itu baru sedikit daripada kejahatan-kejahatan wahabi ini. Namun yang lebih merosakkan apabila mereka megaku sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun fahaman dan ajaran yang disampaikan adalah fahaman dan ajaran wahabi itu sendiri.
Dalam beberapa Hadis Nabi S.A.W., telah digambarkan akan kejahatan wahabi ini. Antaranya ialah:
“Fitnah itu datangnya dari sana, fitnah itu datangnya dari arah sana,” sambil menunjuk ke arah timur (Najad - Riyadh sekarang). Riwayat Imam Muslim
“Akan keluar dari arah timur (Najad- sekarang adalah Riyadh) segolongan manusia yang membaca Al-Qur’an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, mereka tidak akan bisa kembali seperti anak panah yang tak akan kembali ke tempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (gondol).” Riwayat Imam Bukhari, Imam Ahmad, Sunan Ibnu Majah, Sunan Abu Daud, dan Ibnu Hibban.
Pernah Nabi Muhammad S.A.W. berdoa; “Ya Allah, berikan kami berkat dalam negara Syam dan Yaman,” Para sahabat berkata: "Dan dari Najad, wahai Rasulullah", baginda berdoa lagi: "Ya Allah, berikan kami keberkatan dalam negara Syam dan Yaman", dan pada yang ketiga kalinya baginda S.A.W. bersabda: “Di sana (Najad-Riyadh sekarang) akan ada kegoncangan fitnah, serta di sana akan muncul tanduk syaitan.”. Dalam riwayat lain dinyatakan, dua tanduk syaitan.
Ini adalah nas yang jelas ditujukan kepada penganut Ibnu Wahab ini, sebab dia memerintahkan setiap pengikutnya mencukur rambut mereka, hinggakan sesiapa yang berada dalam majlisnya tidak dibenarkan keluar melainkan setelah membotakkan kepala. Juga jelas menunjukkan bahawasanya Ibnu Wahab ini sebenarnya hendak mengaku dirinya sebagai seorang nabi!
Kata Sayyid Abdurrahman Al-Ahdal: “Tidak perlu kita menulis buku untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahab, karena sudah cukup ditolak oleh hadits-hadits Rasulullah S.A.W. itu sendiri yang telah menegaskan bahwa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gondol), karena ahli bidaah sebelumnya tidak pernah berbuat demikian.
Kata Sayyid Abdurrahman Al-Ahdal: “Tidak perlu kita menulis buku untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahab, karena sudah cukup ditolak oleh hadits-hadits Rasulullah S.A.W. itu sendiri yang telah menegaskan bahwa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gondol), karena ahli bidaah sebelumnya tidak pernah berbuat demikian.
Sayyid AIwi bin Ahmad bin Hasan bin Al-Qutub Abdullah AI-Haddad menyebutkan dalam kitabnya, Jalauz Zolam, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh S. Abbas R.A. bin Abdul Mutalib, dari Nabi S.A.W.: “Akan keluar di abad kedua belas nanti di lembah BANI HANIFAH seorang lelaki, yang tingkahnya bagaikan sapi jantan (sombong), lidahnya selalu menjilat bibirnya yang besar, pada zaman itu banyak terjadi kekacauan, mereka menghalalkan harta kaum muslimin, diambil untuk berdagang dan menghalalkan darah kaum muslimin”.
Bani Hanifah adalah kaum atau kabilah nabi palsu Musailamah Al-Kazzab, dan Ibnu Saud, pengasas kerajaan Bani Saud yang memerintah pada hari ini. Sebahagian para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan, yang dimaksudkan 'dua tanduk syaitan' itu ialah Musailamah Al-Kazzab dan Muhammad bin Abd. Wahab.
---
Sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, Suara Haramain sangat bertegas dalam soal ini. Ini adalah soal keselamatan dunia akhirat. Kalaulah pihak keselamatan pun telah beranggapan bahawa penganut ajaran wahabi ini boleh menggugat keselamatan, membawa huru-hara; sedangkan memang kacau bilau dan huru-hara yang berlaku pada umat Islam sekarang adalah kerana wahabi! Kerana mereka telah memutuskan hubungan umat dengan Nabinya, otomatik hubungan hamba dengan Tuhan pun terputus.
Kalaulah umat Islam berjuta-juta bilangannya berhimpun di Kaabah setiap tahun, namun umat Islam masih terhina, gejala masyarakat makin dahsyat dan punah ranah, ini membuktikan bahawa hubungan hamba dengan Penciptanya telah terputus. Akibat daripada kerosakan-kerosakan yang telah dilakukan oleh wahabi itu tadi!
Kalaulah balik dari dua Tanah Suci pun tidak boleh mengubah hati, apa jaminan bagi yang belum pernah ke mari?!
Jadi mahu tidak mahu, kita kena menghubungkan hati dengan Allah dan Rasul. Caranya, dengan dapatkan perasaan takutkan Allah setakut-takutnya dan rindukan Nabi S.A.W. serindu-rindunya. Ini sahajalah caranya. Bagaimana mahu mendapatkan pandangan Allah, sedangkan hati pun tidak terhubung dengan-NYA?!
"Dapatkan rasa takutkan Allah setakut-takutnya, rindukan Nabi S.A.W. serindu-rindunya, kunci keselamatan dunia dan akhirat!"
Ya! Sememangnya hampir mustahil untuk dapatkan sembahyang yang agung ini, hampir mustahil untuk mendapatkan perasaan takutkan Allah dan rindukan Nabi ini. Namun Abuya sudah bagi jalan keluar, panggillah mereka (RSA), merekalah yang akan membawa hati kita menuju Allah.
Bukankah Nabi S.A.W. pernah berpesan, bersamalah dengan Allah! Kalau tak mampu nak terhubung dengan Allah, berhubunglah dengan orang yang terhubung dengan Allah. Kerana dialah yang akan menghubungkan hati-hati kita dengan Allah. Siapa lagi kalau bukan mursyid kita, Abuya, Sayyidi selaku Imam Mahdi dan Nabi Muhammad S.A.W. itu sendiri!
No comments:
Post a Comment