Jangan ikut ulamak, tapi 'ikutlah aku'.
Ajakan yang digemari dan mudah diikuti oleh orang awam yang tidak tahu adalah : Ikutlah al Quran dan As Sunnah. Tinggalkan taqlid kepada ulamak mazhab. Pilih sahaja hadith sahih. Disiplin ilmu ? Tolak ketepi.
Cuma pengajak kepada slogan ini terlepas pandang tidak membaca perintah Allah :
Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui (Surah an Nahl :43)
Ingatan Rasulullah :
Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Imam an Nawawi, Imam As Suyuthi, Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Imam Izzuddin Abdissalam, Imam Ibnu Hajar al Haithami mengikut mazhab Asy Syafie. Apa kelayakan mereka ? Ilmu yang mereka kuasai ? Belum ditambah dengan akhlaq dan kewarakan mereka.
Dan bandingkan diri kita ketika ini.
No comments:
Post a Comment