Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, December 18, 2014

KAROMAH KITAB MUNYATUL MUSHALLI

Abdul Hayyi shared Lebai Kampung's photo.
Yesterday at 3:24am



Lebai Kampung


KAROMAH KITAB MUNYATUL MUSHALLI

Sekian maklum di nusantara ini kitab2 karangan Tok Syaikh Daud bin `Abdullah al-Fathani rahimahullah adalah antara yg dekat dgn hati kita di alam Melayu, terutamanya kitab "Munyatul Mushalli". Betapa dekatnya sehingga ada ustaz yg berfikiran Wahabi turut menggunakannya sebagai teks mengajar utk mengelabui mata umat. Kemudian ustaz Wahabi ini akan memasukkan jarum2 "salahpi"nya dgn menyalahkan atau memperlekehkan isi kandungan kitab ini dgn alasan "tidak selari dgn Sunnah" atau "tiada nas" dan dan sebagainya. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk-Nya kpd ustaz "salahpi" ini dan juga kita sekalian agar berpegang dgn ajaran Ahlus Sunnah wal Jama`ah yg sebenar2nya.


Berbalik kpd kitab "Munyatul Mushalli", ianya membicarakan mengenai persoalan solat yg diwajibkan ke atas kita. Jika tuan-puan ingin tahu isi kandungannya yg terperinci, tuan-puan belilah kitab ini dan bawa pergi mengaji dgn guru yg ahli dlm kitab ini.

Di sini, suka kita share satu kisah yg berkaitan dgn penulisan karya ini. Sebagaimana yg diceritakan dari generasi ke generasi bahawa karya yg penuh limpahan barokah ini disusun dan ditulis sendiri oleh Tok Syaikh Daud al-Fathani rahimahullah atas permintaan seorg Raja. Maka Tok Syaikh rahimahullah pun mula menyusun karangannya ini berdasarkan ilmu yg ada dlm ingatan beliau semata-mata tanpa merujuk kpd mana2 kitab. Melihat kpd hal tersebut, Duli Raja mula meragui kebolehan dan ilmu Tok Syaikh Daud rahimahullah. Namun keraguan tersebut segera hilang apabila pada satu ketika Duli Raja melihat Tok Syaikh Daud rahimahullah menulis kitab ini tanpa menggunakan lampu dan pena. Ketika menulis di waktu malam, drpd jari-jari Syaikh Daud rahimahullah akan mengeluarkan cahaya meneranginya dan jari telunjuknya pula digunakan sebagai pena utk menulis.

Inilah antara cerita karomah Syaikh Daud al-Fathani rahimahullah yg diceritakan melalui lisan tok2 guru kita rahimahumullahu Ta'ala. Kisah karomah sebegini juga dinukilkan berlaku kpd ramai lagi ulama yg `amilin lagi mukhlisin seperti asy-Syaikhan, contohnya seperti Imam an-Nawawi rahimahullah dan Imam ar-Rafi`i rahimahullah dan ramai lagi. Maka gemarkanlah diri kita hendaknya untuk mentelaah segala kitab turaths peninggalan para ulama kita yg benar lagi ikhlas. Insya'Allah, ilmu dapat, berkat dapat dan doa pengarangnya pun kita dapat.

No comments: