Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, December 19, 2014

Apa kata syeikh Ibnu taimiyyah mengenai Maulid

Apa kata syeikh Ibnu taimiyyah mengenai Maulid....wahab2 semua meh baca sayang..
KEHARUSAN MENYAMBUT MAULID NABI DI SISI SYEIKH IBNU TAIMIYYAH
PERTAMA:
Syeikh Ibnu Taimiyyah berkata:
"Kadangkala sesetengah manusia diberi ganjaran atas perbuatan mereka menyambut maulid, demikian juga yang dilakukan oleh sesetengah manusia sama ada untuk menyerupai kaum Nasrani yang menyambut hari kelahiran Isa AS mahupun sebagai tanda kecintaan dan pengagungan terhadap NabiSAW. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran atas rasa kecintaan dan ijtihad ini, bukan atas bid’ah-bid’ah yang dilakukan.
Ulasan:
1- Di sisi Ibnu Taimiyyah, sambutan Maulid Nabi mendapat ganjaran pahala jika dilakukan atas kecintaan terhadap Nabi.
2- Menurutnya, sambutan Maulid Nabi yang dilakukan dengan niat menyerupai orang Kristian dalam meraikan kelahiran Nabi Isa AS adalah bid'ah.
Kesimpulan:
Semua umat Islam meraikan Maulid Nabi atas dasar kasih, cinta dan mahabbah kepada Nabi SAW. Maka mereka mendapat ganjaran pahala berdasarkan pendapat Ibnu Taimiyyah. Tidak terdapat umat Islam pada hari ini semenjak zaman dahulu meraikan Maulid Nabi atas dasar meniru perbuatan penganut Kristian.
KEDUA:
Syeikh Ibnu Taimiah berkata:
"Ketahuilah, di antara amalan-amalan itu terdapat kebaikan kerana ia meliputi beberapa jenis perkara yang disyariatkan dan ada juga yang meliputi perkara-perkara bid’ah dan selainnya. Maka amalan tersebut akan dikira baik sekiranya ia meliputi beberapa jenis perkara yang disyariatkan dan menjadi jahat apabila meliputi beberapa perkara yang bertentangan dengan agama secara keseluruhannya seperti mana hal keadaan kaum munafiq dan fasiq."
Ulasan:
1- Menurut Syeikh Ibnu Taimiyyah, amalan Maulid Nabi yang disambut oleh umat Islam pada hari ini adalah baik kerana ia meliputi perkara-perkara yang disyariatkan kerana umat Islam tidak menyambutnya melainkan dengan bacaan al Quran, Sirah Nabi, Hadith Nabi, Ceramah, Pembacaan Syair yang mengandungi pujian terhadap Nabi, Ramah mesra dan sedekah jariah. Semua perkara ini disyariatkan tanpa sebarang bangkangan.
KETIGA
Syeikh Ibnu Taimiyyah berkata:
"Mengagungkan kelahiran Nabi dan menjadikannya sebagai musim perayaan kadangkala dilakukan oleh sesetengah manusia dan baginya ganjaran pahala yang besar kerana niatnya yang baik dan pengagungannya terhadap Rasulullah SAW."
Ulasan:
1- Pengagungan terhadap suatu yang berkaitan dengan Nabi seperti kelahiran Baginda SAW mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi pendapat Ibnu Taimiyyah, jauh dari boleh disifatkan pelakunya sebagai pengamal bid'ah apatah lagi syirik mahupun kufur.
2- Berdasarkan pendapat Ibnu Taimiah ini juga, suatu perayaan agama yang dilakukan dengan niat yang baik juga mendapat ganjaran pahala yang besar seperti meraikan hari-hari kebesaran Islam dan Hari Memperingati Tokoh-tokoh Islam kerana niatnya adalah baik iaitu mengagungkan syiar-syiar agama Allah.
Allah Taala Jua Yang Maha Tinggi dan Maha Mengetahui.

No comments: