Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, December 21, 2014

Dialog nya dengan seorang pemuda yang anti kepada taqlid


Syeikh Dr Abdul Malik bin Abdur Rahman as-Sa'adi menulis tentang dialog nya dengan seorang pemuda yang anti kepada taqlid (mendakwa tidak mahu mengikuti mazhab).
Syeikh: Bagaimana kamu belajar solat ?
Pemuda: Melalui seseorang yang mengajarkannya kepada saya.
Syeikh: Adakah dari al-Quran atau hadis ?
Pemuda: Tidak.
Syeikh: Bukankah ini juga taqlid kepada seseorang yang mengajarkan kamu solat ?
Pemuda: Saya cuma membaca sebuah buku karangan seorang ulama pada zaman kini yang membahaskan tentang solat.
Syeikh: ini juga bertaqlid kepada pengarang kitab tersebut.
Pemuda: Bertaqlid itu bid'ah.
Syeikh: Kenapa?
Pemuda: Kerana ia tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya ,bahkan tidak pernah diperintahkan oleh syariat sebelum ini.
Syeikh: Bagaimana kamu tahu ia tidak pernah disebut?
Pemuda: Aku mendengar syeikh fulan mengatakan sedemikian.
Syeikh: Ini juga taqlid (kepada pendapat syeikh tersebut).
*Syeikh as-Sa'adi kemudiannya menasihatkan pemuda tersebut dan golongan sebegini dengan katanya :
Syeikh: Kenapakah wahai saudaraku, kamu anti kepada mengikut seorang yang hidup hampir dengan zaman Rasulullah SAW ,yang mahir dalam selok belok bahasa arab dan dalam memahami hadis Rasulullah SAW ,kemudian kamu relakan dirimu bertaqlid kepada seorang yang hidup zaman ini yang ilmu, kefahaman, wara' dan takwanya tidak mencecah lebih dari buku lali ulama terdahulu?

No comments: