Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, December 19, 2014

PENJELASAN TENTANG QASIDAH YA HA NA NA

PENJELASAN TENTANG QASIDAH YA HA NA NA

oLEH : Aizad Hafid Othman Al-Asya'ari 

ظهر الدين المؤيد بظهورالنبى أحمد

يا هنانا بمحمد ذَلك الفضل من الله

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad ﷺ), Betapa beruntungnya kami dengan adanya Nabi Muhammad ﷺ, Itulah anugerah termulia dari Allah.

Penerangan:
Rangkap pertama menjelaskan bahawa agama Islam itu dibawa oleh seorang Rasul ﷺ yang mulia yang padanya merupakan sebuah kebenaran lagi yang terang lagi nyata.

Bukankah telah berfirman Allah swt didalam Surah Al Imran ayat 19 bahawa:
“ان الدين عند الله الاسلام”؟؟
Yakni:
“Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai disisi Allah itu adalah agama Islam”??

Maka sesudah dimaksudkan dengan pembawa kebenaran itu. Sekali lagi syair ini menunjukkan bahawa betapa beruntungnya kita menjadi ummatnya Baginda Nabi ﷺ yang diutuskan sebagai satu “Kebenaran”(pembawa kebenaran kepada sekalian alam).

Bukankah telah berfirman Allah di dalam Surah Yunus ayat 58:

“قل بفضل الله وبرحمته فبذلك فليفرحوا هو خير مما يجمعون”
Yakni:
Katakanlah: “Dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, maka dengan itu hendaklah mereka bergembira. (Kurnia Allah dan rahmatNya) itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”َ

Bukankah lagi Allah swt telah berfirman:

“وما ارسلناك الا رحمة للعالمين”
Yakni:
“Tidak aku utuskan engkau(wahai Muhammad ﷺ), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”

Maka apakah salah jika kami melaungkan kalimah “يا هنانا” yang sebagai rasa syukur kami pada rahmat Allah yang Agung yakni Baginda Nabi ﷺ??

Bukankah qasadnya diucapkan kalimah itu sebagai tanda syukur?? Dan bukankah syukur itu suatu zikir??

Pada rangkap kedua:

خص بالسبع المثانى وحوى لطف المعانى
ماله فى الخلق ثانى وعليه أنزل الله

Maksud:
Di istimewakan dengan ayat-ayat tujuh (Al-Fatihah), Dan penghimpun rahsia setiap makna.
Tiada ternilai kemuliaannya, Dan Allah mewahyukan ke atasnya (Muhammad ﷺ).

Penerangan:
Maka dikatakan didalam syair ini bahawa Surah Al-Fatihah itu “penghimpun rahsia setiap makna” yakni sebagai “Ummul Kitab”. Kemudian diteruskan lagi dengan penceritaan tentang tingginya nilai Al-Qur’an itu sebagai panduan hidup di dunia.

Telah berfirman Allah swt didalam Surah Al-Baqarah ayat 185:

“… الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان….”
“… diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….”

Bukankah telah bersabda Baginda Nabi ﷺ:
“تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه”

“Aku tinggalkan kamu dua perkara yang jika engkau berpegang kepadanya nescaya engkau tidak akan sesat selama-lamanya, itulah Kitab Allah(Al-Qur’an) dan Sunnahku”

Maka benarlah apa yang dimaksudkan syair ini bahawa Al-Qur’an itu satu perkara yang tersangat “Berharga”.

Syair ini juga menceritakan bahawa Al-Qur’an itu diturunkan hanya kepada Sayyiduna wa Habibuna Muhammad ﷺ.

Pada rangkap ketiga:

من مكة لما ظهر لأجله انشق القمر
وافتخرت ال مضر به على كل الانام

Maksud:
Dari Makkah apa yang kelihatan, Atas permintaannya (Nabi Muhammad ﷺ) bulan terbelah, Dan keturunan Kabilah Mudhar (Kabilah Nabi Muhammad ﷺ), dibanggakan oleh seluruh manusia.

Syair ini sekali lagi menceritakan tentang mukjizat-mukjizat agung Sayyiduna wa Habibuna Muhammad ﷺ yakni membelah bulan.

Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik ra: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah ﷺsaw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah ﷺ . memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali.

Pada rangkap ke empat:

اطيب الناس خلقا وأجل الناس خلقا
ذكره غربا وشرقا سائر والحمد لله

Maksud:
Bagindalah manusia yang terbaik ciptaanNya, Dan teragung akhlaknya. Semua mengingatinya di barat dan di timur. Segala puji hanya bagi Allah.

Apa yang diperkatakan penyair didalam rangkap ini telah didahului oleh Allah yakni didalam Surah Al-Qalam ayat 4:

“وانك لعلى خلق عظيم”

“Dan sesungguhnya engkau(wahai Muhammad ﷺ), mempunyai akhlak yang tersangat-sangat mulia.”

Allah swt sendiri mendahului memuji Baginda Nabi ﷺ dengan pujian yang agung, jadi adakah salah jika kami memuji Baginda Nabi ﷺ??. Jika Allah sendiri yang memuji Nabi ﷺ, pantaslah Baginda Nabi ﷺ dipuji oleh setiap makhluk yang ada di muka bumi baik di timur juga di barat, di selatan dan utara seperti yang dikatakan didalam syair ini. Maka wajarlah kita bersyukur kepada Allah, dengan menjadi ummatnya.

Pada Rangkap Kelima:

صلوا على خير الأنام المصطفى بدرالتمام
صلوا عليه وسلموا يشفع لنا يوم الزحام

Maksud:
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, Yang terpilih bak bulan purnama. Selawatlah dan salam disampaikan kepadanya, semoga kita mendapat syafaatnya di hari kebangkitan.

Berselawatlah kepada Sebaik-baik manusia yakni Sayyidina Muhammad ﷺ kerana Allah swt dan para Malaikat juga berselawat kepadanya.

Berfirman Allah swt:
“إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما”

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”

Bait terakhir syair ini merupakan selawat kepada Baginda Nabi ﷺ dan doa agar dikurniakan syafaat oleh Baginda Nabi ﷺ.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa bait terakhir dalam syair ini adalah kalimat selawat kepada Baginda Nabi ﷺ.

Apakah YAHANANA masih bukan selawat??

Mungkin mereka terlepas pandang bahawa didalam Qasidah Yahanana adanya sirah, zikir dan selawat. Perlulah sedar bahawa yang mengarang Qasidah ini bukan orang jahil tetapi orang yang tersangat ‘alim, Setiap rangkap mempunyai dalil. Bahkan mereka yakni Ulama'-Ulama' yang mengarang Qosidah ini bertaraf wali.

Tanya diri, “Siapa Kita”??

No comments: