Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, February 17, 2016

Aku merasa khuatir dan takut jangan-jangan amal itu tidak diterima ALLAH akibat suatu kecacatan di sebab tidak ikhlas."

KISAH SUFI

Suatu ketika seorang Sufi, Imam Tarmimi, membuat sehelai baju. Setelah siap dia sangat menyukai baju barunya itu. Tetapi kerana terdesak terpaksa dia menjualnya. Ketika baju itu ditawarkan kepada pembeli dan diamati, ternyata di dalam ada cacat, ada bahagian yang robek. Maka, baju itu pun dikembalikan. Tidak diduga Imam Tarmimi menangis tersedu-sedu, sehingga pembeli itu terharu lalu berkata, "Janganlah bersedih tuan, baju itu tetap akan ku bayar." Mendengar teguran itu, Imam Tarmimi menjawab, "Apakah kamu rasa aku menangis kerana baju itu? Tidak. Baju itu memang kesayanganku, dan kamu kembalikan kerana ada sedikit cacat. Tapi, aku menangis kerana teringat kepada amal-amalku sejak empat puluh tahun dahulu. Aku merasa khuatir dan takut jangan-jangan amal itu tidak diterima ALLAH akibat suatu kecacatan di sebab tidak ikhlas."

No comments: