Bab daripada ijmak pada akidah-akidah (pegangan atau simpulan hati) dan kafir mereka yang menyalahi ijmak.
Sepakat (Para Ulama') sesungguhnya Allah عز وجل Esa dan tidak ada sekutu bagiNya. Dia yang menjadikan setiap sesuatu selainNya (ما سوى الله)
Sesungguhnya Allah Ta'ala senantiasa esa dan tidak ada sesuatu selainNya bersamaNya kemudian Allah menjadikan sesuatu semuanya sepertimana yang Dia kehendaki dan sesungguhnya diri itu makhluk dan arasy makhluk dan alam (ما سوى الله) semuanya makhluk.
Ulasan
1) Ibn Hazm (384-456H) adalah tokoh mazhab dzohiri, penulis kitab al-Muhalla yang menjadi asas kepada pandangan fiqh mazhab dzohiri. Nukilan ini saya petik daripada kitab beliau Maraatib al-Ijmak. (Rujuk screenshot di bawah)
2) Telah menjadi kesepakatan (Ijmak) di kalangan para ulama' mujtahid bahawa Allah ada tanpa ada yang lain bersama Allah Ta'ala. Wujud Allah sebelum wujud sekalian daripada makhluk.
3) Allah ada sebelum Allah menjadikan langit, bumi, arasy, kursi, manusia, masa, arah, tempat dan setiap sesuatu selain zat Allah Ta'ala.
4) Perkataan العالم atau العالمين di dalam Al-Quran merujuk kepada makna ما سوى الله iaitu selain daripada Allah. Iaitu sekalian daripada makhluk tidak kira apa jua nama, langit, bumi, arasy, arah atas bawah kanan kiri depan, belakang, syurga, nereka, masa, malaikat, jin, atmosfera semuanya adalah termasuk di dalam kalimah العالمين atau makhluk. Firman Allah : الحمد لله رب العالمين "Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk". (Al-Fatihah:2)
5) Dakwaan akidah yang mengatakan Allah bertempat di langit atau di arash telah menyalahi ijmak dan telah mengisbatkan شريك iaitu sekutu bagi Allah. Maka akidah sebegini tidak membawa kita kepada mengtauhidkan (mengesakan Allah).
6) Buanglah segala ما سوى الله yang bersarang di dalam hati dan zihin (pemikiran) kita maka sampailah kita kepada makna قل هو الله أحد "Katakanlah Allah itu Esa" (al-Ikhlas:1)
Nukilan,
Ust Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=523683421139488&id=396124723895359
No comments:
Post a Comment