Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, February 11, 2016

Wahabiy extreem perlis

Saja nak bagitahu..
Sebab ramai yg dah tanya..
Sheikh2 kami di University Madinah dan di Masjid Nabawi ramai je yg Sporting & 0.k...Jarang juga nak jumpa yg keras2 melainkan Sheikh Tauhid..mungkin dulu sheikh2 Madinah ada yg keras..tapi Heran betul harini apesal Orang Malaysia lagi keras dari Sheikh Madinah..Sheikh kami mengajar Fiqh siap suruh ikut Mazhab Shafie & baca Qunut lagi..bahkan satu hari saya pernah di panggil oleh seorang Sheikh besar Universiti Madinah di biliknya..Beliau dari negeri Qassim..Beliau bgtahu "saya dapat khabar kamu Jemaah Tabligh..banyakkanlah berdoa ye..Orang Dakwah kena banyak Doa..kerana mungkin ada kawan2 kamu yg mengata kamu kerana mereka tak suka..jangan hiraukan mereka..teruskan Dakwah kamu"...masyAllah seorang Sheikh boleh cakap mcm tu..penuh hikmah..tak de pun dia kata kamu sesat masuk neraka..

Tapi Heran di Malaysia lagi teruk shadidnya dari Madinah..pernah tahun 2010 kami keluar Dakwah 40 hari di perlis..kami jemaah dari Johor..waktu subuh di "satu Masjid di perlis" tunggu punya tunggu..Bilal tak datang..maka kawan saya pun bangun azan sebab waktu dah lebih...sampai di Assolatu khairum minan naum..Pak bilal datang pakai singlet je dgn muka marah...Kenapa azan macam ni??kenapa azan macam ni??kata pak Bilal..Lain kali azan macam Biasa je..Tak payah baca Assolatu khairum tu...baca tu Bidaah bagi mereka..yg lagi pelik td dia tak nak datang awal untuk azan padahal dia bilal..Lepas tu datang pakai singlet nak marah2..tu lagi Bidaah besar sb lepas marah dia balik rumah...

Mulai dari hari tu saya pun fikir yg bacaan Assolatu khairum tu Bidaah..hinggalah sy di terima sambung belajar di universiti Madinah...waktu subuh elok je Pak Bilal Masjid Nabawi baca Assolatu khairum min naum..pelik juga kenapalah orang Malaysia lebih shadid dan Jumud dari Orang Madinah..barangkali sebab duduk je kt kampung tak nak tengok negeri orang..macam katak bawah tempurung hingga pemikiran jd sempit...lepas tu merasakan dia je betul..Janganlah sempitkan Agama itu...

ALLAH perintah "Fasiru fil ard-Berjalanlah di atas Muka Bumi" kerana dgn banyak berjalan, lebih-lebih dgn keluar Dakwah di jalan ALLAH maka banyak kita dapat belajar di tempat orang..jauh berjalan luas pemandangan tambah pengetahuan pengalaman...fikiran kita lebih terbuka..dan kita lebih mudah untuk memahami orang bukan hanya tahu menghukum Orang Sesat masuk Neraka..Betapa Ruginya kita memilik kefahamam Islam yg sempit dan menyempitkan pemikiran orang Lain..Alim Ulama ramai di dunia hari ni...Rujuklah mereka..agar kita terus berada di atas jalan Baginda Nabi kita Sayyiduna Muhammad Saw...amin...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=534607513386068&id=298006940379461

No comments: