Ada org mempertikai dan kata menziarahi kubur org soleh adalah syirik
Org bertaraf soleh ke atas, adalah kekasih Allah ! Allah kasih terhadapnya bukan di masa hidupnya saja, bahkan selepas matinya juga.... mereka mendapat reda Allah semasa hidup dan selepas mati.... sebenarnya mereka tidak mati ! Mereka hidup mendapat rezki dan pahala tak putus putus hingga qiamat
ﻭَﺍﺻْﺒِﺮْ ﻧَﻔْﺴَﻚَ ﻣَﻊَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻳَﺪْﻋُﻮﻥَ ﺭَﺑَّﻬُﻢْ ﺑِﺎﻟْﻐَﺪَﺍﺓِ ﻭَﺍﻟْﻌَﺸِﻲِّ ﻳُﺮِﻳﺪُﻭﻥَ ﻭَﺟْﻬَﻪُ ۖ ﻭَﻻَ ﺗَﻌْﺪُ ﻋَﻴْﻨَﺎﻙَ ﻋَﻨْﻬُﻢْ ﺗُﺮِﻳﺪُ ﺯِﻳﻨَﺔَ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ۖ ﻭَﻻَ ﺗُﻂِﻊْ ﻣَﻦْ ﺃَﻏْﻔَﻠْﻨَﺎ ﻗَﻠْﺒَﻪُ ﻋَﻦْ ﺫِﻛْﺮِﻧَﺎ ﻭَﺍﺗَّﺒَﻊَ ﻫَﻮَﺍﻩُ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺃَﻣْﺮُﻩُ ﻓُﺮُﻃًﺎ
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Org yg hidup tanpa mendapat taraf soleh, lebih lebih lagi yg duduk dlm taraf nafsu ammarah sebenarnya sudah "mati" sebelum mereka mati !
Kenapa takutkan syirik, padahal tak tahu apa itu syirik ?
Buka setakat "sembah" kubur baru dinakan syirik....
Kita juga sering melakukan syirik dlm banyak hal. Contoh, kita akan berasa selamat dengan membawa senjata tika dlm hutan atau berseorangan padahal kita rasa tak selamat tanpa membawa senjata !
Kita rasa tak terjamin masa depan kita kalau tidak ada sijil atau kelulusan ...
Kedua dua keadaan itu juga syirik !
Terjadi syirik, berlakunya syirik kerana kejahilan kita terhadap ilmu usuluddeen.
Belajar ilmu tauhid seperti belajar kitab tuhfaturraghibeen karangan syeikh nurudden albanjari insyaAllah, di sana ada kupasan yg agak detail yg dapat melepaskan diri dari aqidah sesat dan syirik !
Belajar dulu tauhid hingga dalam dalam, barulah layak bercakap hal hal sebegini
Beramal tanpa ilmu adalah ditolak. Nak bercakal hal hal sebegini , kena belajar dulu, kena tau dengan mendalam dulu apa itu sempadan iman, sempadan syirik, sempadan dosa pahala !
No comments:
Post a Comment