https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=979136248825575&id=100001876275514
Suatu hari, saya membawa Syeikh Dr. Jamal As-Saqr menuju ke tempat pengajian.
Ketika dalam kereta, kami berbincang masalah isu semasa. Antaranya isu Wahabi.
Saya mengatakan kepada Wahabi di Malaysia agak masyhur dan ramai pengikut.
As-Syeikh bertanya: "Bagaimana boleh terjadi begitu?"
Saya menjawab, "Bagi orang awam, hujjah Wahabi kelihatan logik pada akal"
Tiba-tiba, Syeikh berpaling menghadap saya dengan muka yang merah seraya berkata:
"Bagaimana boleh terjadi sedemikian?!! Wahabi lansung tiada hujjah!! Perkataan Wahabi suatu pernyelewengan dan kejahilan"
Saya terdiam kerana kelihatan Syeikh Dr Jamal agak marah.
__________________
Kini, saya mula memahami apakah maksud yang ingin disampaikan oleh Syeikh Dr. Jamal.
Sememangnya Wahabi tiada hujjah yang benar pada mereka.
Kata-kata mereka adalah penyelewengan atau lebih kepada BRAIN WASH.
Wahabi tidak bercakap di atas landasan ilmu para ulama sejak berzaman kerana mereka lebih gemar istidlal (mengeluarkan hukum) sendiri Al-Quran dan Hadis.
Kebanyakkan mereka menggunakan kaedah yang sama.
1) Apa yang tiada zaman Nabi maka tidak boleh dibuat.
~ lalu mereka menolak segala usul fiqh dan qawaid fiqhiah.
2) Kita mesti beriman seperti Nabi dan para salafussoleh.
~ lalu mereka menyesatkan Asyairah dan menafikan kaedah tafwidh para salafussoleh.
Maka, tidak hairanlah mereka diharamkan di 8 negeri seperti:
- Kedah
- Perak
- Pahang
- Terengganu
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Johor
- Sabah
Bahkan diharamkan di peringkat international seperti:
- Mesir
- Tunisia
- Yaman
- Lubnan
- Syria
- Brunei
- Indonesia
Bahkan pengharaman Wahabi di peringkat internasional setaraf dengan pengharaman Syiah.
JELASLAH,
Wahabi dan Syiah sangat merbahaya dan diharamkan.
Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)
No comments:
Post a Comment