SISTEM SANAD: PEMBENTENG KEFAHAMAN ILMU AGAMA YANG SAHIH
Kefahaman ilmu agama yang sahih adalah yang berada dalam dada para ulama yang bersanad. Sanad(pewarisan ilmu secara bersalasilah hingga Rasulullah saw) adalah pembenteng kepada ilmu agama agar ia disampaikan dengan penuh otoriti dan amanah.
Hari ini ramai orang cuba mendapatkan kefahaman ilmu agama hanya menerusi pembacaan kitab atau internet tanpa mengadap kepada guru. Jika demikian terjadi maka kefahaman ilmu seseorang itu adalah bergantung kepada kefahaman penterjemah kitab tersebut dan juga bergantung pada alat percetakan, boleh saja terjadi kesalahan pada terjemahan kitab bahasa Arab atau kesilapan alat pencetakkan boleh berlaku yang boleh mengubah maknanya.
Ini bermakna dia bertaqlid kepada kefahaman agama si penterjemah dan si pencetak kitab tersebut. Tiada jaminan padanya untuk mendapat kefahaman ilmu agama yang benar seperti difahami oleh para salaf.
Sebuah kisah benar dimana seorang lelaki ingin merawat anaknya yang jatuh sakit,lalu ia terbaca akan hadith yang mengatakan penyembuh pada setiap penyakit ialah ular hitam,lalu ia mencari seekor ular hitam lalu dipotong-potong direbus dan diberi anaknya minum air rebusan tersebut tidak berapa lama kemudian anaknya telah meninggal,lalu lelaki tersebut menyalahkan hadith tersebut dan beranggapan hadith ini salah dan palsu,
Kemudian barulah ia pergi berjumpa seorang ulama' menceritakan pada ulama' bahwa ia baca sebuah hadith mengatakan ular hitam syifa' kepada setiap penyakit,ulama meminta kitab dan ia faham bahwa tiada hadith mengatakan ular hitam merupakan penawar,setelah membaca ulama itu mengatakan "inalillahi wainna ilaihi raaji'un apa yang dibaca oleh kamu adalah tersalah cetakan yang sebetulnya, hadith ini mengatakan syifa' segala penyakit ialah habbatus sauda yang membawa maksud jintan hitam bukan al-hayyatus sauda' bermaksud ular hitam" barulah ia mengetahui hadith tersebut telah tersalah cetak,tertumpah satu titik dakwat dibawah 'ba' menjadi 'ya',
Renungan dan pengajarannya ialah perlu mencari ulama untuk mempelajari ilmu bukan ditafsir sendiri Itu hadis jika ianya tidak difahami dengan jalan sanad, ia akan jadi tanpa adab, akhlak,Demikian kefahaman yang kami dapat dari guru kami,guru kami dapat dari gurunya,sehingga di zaman sahabat Nabi Muhammad ﷺ Bukan memahami daripada teks terus tanpa melalui konteks kefahaman ulama.
Oleh kerana itu, ilmu itu hakikatnya adalah pada dada para ulama,apa yang dilimpahkan para ulama kefahamannya diambil bersanad sehingga kepada Rasulullah ﷺ itu yang menjadi pembenteng ilmu yang sahih, kefahaman yang sahih, apabila ilmu dan kefahaman yang sahih kita akan lihat natijahnya adab dan akhlak,kelembutan rahmat dan juga kasih sayang, itu adalah natijah yang keluar daripada ilmu yang bersanad, tanda -tanda ilmu itu tidak diambil dengan jalan sanad,kefahamannya akan menjadi semakin menyusut, merosot kepada perkara tersebut sehinggakan ia memandang sempit kepada agama ini dan akan menyangka dirinya sahaja yang betul orang lain salah.
Natijah dan hasilnya keluar ekstremisma, kekerasan dan kekasaran daripada dirinya, dia tidak akan mencerminkan adab dan akhlak Rasulullah ﷺ ia tidak memantulkan imej rahmat, kelembutan Nabiﷺ kepada umat, bahkan mereka menjadi imej yang buruk kepada umat Islam, walaupun mengatakan kami berpegang kepada Al-Quran dan hadith sahih, tetapi mereka yang melaungkan kata slogan tersebut tidak berpaksi diatas dasar ilmu yang benar, yang kefahamannya mempunyai sanad.
Mereka memahami dan mempelajarinya daripada Sahih Bukhari dan Muslim terus apa yang mereka faham metod ilmu hadith yang benar, jika mereka tidak faham bahasa Arab mereka baca terjemahan, seseorang yang tiada dasar ilmu hanya berpandu kepada buku sahaja, maka disinilah bermula kepincangan dan kekeliruan ilmu. Oleh kerana itu seseorang yang belajar ilmu tanpa guru, syaitan adalah gurunya,kerana itu ilmu dan berguru harus dengan bersanad.
SILA SHARE DAN SEBARKAN
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10205721049006105&id=1251877796
No comments:
Post a Comment