Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, February 1, 2016

Tarikat tak salah yang salah nya pengamal Tarikat yang tak sampai Hakikat - Maurides Brotherhood Ahli Tarikat Sufi

Barakallah - Tarikat tak salah yang salah nya pengamal Tarikat yang tak sampai Hakikat - Maurides Brotherhood Ahli Tarikat Sufi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=801476059995891&id=100004005140147

Allahu Bhai...posting kali ni aku menulis di dalam mood yang sedikit "emo" tetapi masih lagi beristiqfar, dan untuk tulisan dan nukilan aku kali ini aku benar benar berharap yang salah seorang Guru ku iaitu Al Fadhil Ustaz Ibnu Batoota Owesome (banyak sangat acc fb nya, kata beliau fb dia selalu kena hack dengan geng Wahabi sebab selalu sangat menentang wahabi dalah kuliahnya...wallahwaalam) membaca apa yang aku luahkan dan beliau akan menurunkan kupasan dan pencerahan secara ilmiah sedalam dalamnya...insyallah.

Apa pun Bhai...kita balik kepada apa yang aku nak cerita ni...dalam sehari dua ni aku di sapa oleh beberapa orang secara peribadi di dalam chat room wassap aku, Alhamdulillah...bagus...ada juga yang nak berkawan dengan aku..

Mula mula dia orang bagi salam dan tanya khabar, aku jawab salam dan kata Alhamdulillah...terima kasih..Abang Ali sihat....then kami berbual bual, lama lama budak budak ni jadi meroyan kerana soalan "Cepu mas" yang dia tanya aku tak jawab sepenuhnya (buat apa aku nak jawab kalau dia dah bercakap melalut lalut...mabuk air pepsi ke haper...!!!)

Dengan mudahnya aku ceritakan Bhai...dia orang tanya aku...
"Abang Ali, abang Ali tak ambik ke Zikir......(tak payah sebut nama...tak baik) aku pun tanya dia balik..."kenapa..?" lalu dia jawab dengan panjang lebar...."Abang Ali kena ambik....kalau tak ambik macamana nak buat Dakwah...cakap zulmat nanti...tak ada roh...boleh tersesat...bila sampai masa Dajal datang...bla...bla...bla...!!!

Bhai....aku dah jadi sikeeeeet bengang dengan budak ni, tapi masih lagi bersabar....adooooi...!!!

Last sekali aku kata..."Syeikh...abang Ali zikir ker tak zikir ker ko tau ker...? kenapa ko kata abang Ali boleh tersesat pulak...ko bukan pernah berkawan dengan abang Ali pun...ko tak tau apa apa pun pasal abang Ali...!!!"

Lagi dia meroyan Bhai....aku malas nak layan dan aku diam kan jer...aku tak jawab pun wassap yang datang bertubi tubi tu...suka hati ko la Bhai...!!!

Aku termenung sejenak dan dalam kepala otak aku penuh dengan question mark...apa kena dengan budak ni...fana ke haper....ke isim...?

Bhai...senang cerita cam ni lah, zikir lah apa yang ko nak zikirkan, kalau dapat secara berijazat lagi bagus TETAPI bila ko dan amal kan zikir tu jangan pulak ko anggap orang lain tu tak zikir, sesat dan sebagainya...siapa ko nak kata orang yang tak berzikir dengan zikir yang ko amalkan tu SESAT.

Ratusan amalan zikir yang wujud di muka bumi ini semenjak dari zaman Baginda Nabi saw malahan mungkin ada zikir yang kita tidak tahu pun ianya wujud, maksud zikir adalah untuk hubungkan diri kita dengan Allah supaya diri  terutamanya hati bersih dari segala titik titik hitam yang akan mengelap kan hati yang mana hati yang gelap akan merosakkan imaniat, akhlakniat dan sebagainya.

Aku nak cerita sikit, kalau tak silap aku pada bulan May 2014 aku ada menulis tentang satu artikel berkaitan dengan satu amalan zikir yang di amalkan oleh ribuan orang di sebuah negara di benua Afrika iaitu Senegal, kalau di lihat dari penampilan secara lahiriah sememangnya otak kita yang waras ini akan menolak 100% akan kewujudan kelompok ini apatah lagi sekiranya mereka mengatakan bahawa mereka adalah ahli Sufi yang mengamalkan amalan Tarikat.

Untuk menulis tentang artikel tersebut aku telah membuat homework dan sedikit study bagaimana kumpulan ini wujud dan apa amalan mereka sebenarnya dan dalam hati aku, aku telah berkata..."Ya Allah luas nya ilmu dari Khazanah MU dapat jumpa mereka bagus ni.."....selesai semua aku pun tulis artikel itu pada bulan May 2014.

Done...!!

Wallahi Bhai...satu keajaiban telah berlaku, beberapa bulan kemudian aku telah ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah...korang tahu apa yang berlaku...?

Allahu....!!!

Pada hari ke 2 aku di Kota Mekah, semasa aku berjalan kaki kesorangan untuk solat di Masjidil Haram, aku telah terserempak dengan salah seorang ahli Tarikat yang aku tuliskan itu di hadapan Pintu Babu Salam, seorang lelaki kulit hitam Afrika berjubah Hijau dan berambut Dreadlock serta tangannya memegang tasbih panjang, beliau telah memandang aku dan aku pun memandang beliau, aku terpaku seketika sehingga lah beliau senyum kepada aku baru aku sedar dan aku cepat cepat menuju ke arahnya.

Aku memberi salam dan menghulurkan tangan kemudian aku perkenalkan diri dan bagitau kepadanya yang aku telah menulis tentang Ahli Tarikah  Maurides Brotherhood, beliau telah mengengam tangan aku dengan erat sambil berkata..."Masyallah...remember Allah always" dan tiba tiba azan berkumandang, kami berpisah setelah berpelukan dan aku perasan yang beliau membawa seorang Khadimnya di belakang.

Bhai...oleh itu apa yang aku nak cerita atau moralnya ialah...Ilmu Allah Maha luas jangan kita mengangap hanya apa yang kita amal kan itu aje yang betol, orang lain tak betul...jawabnya tak sampai lah hakikat apa yang kita amal kan.

Ok...untuk korang semua, korang baca lah artikel yang aku tulis pada May 2014 ni....siri ulangan lagi...!!!

Cerita 

Maurides Brotherhood Ahli Tarikat Sufi dan Rastafara

Alhamdulillah Bhai, malam tadi semasa aku melayari fb, aku ternampak beberapa orang sahabat telah share beberapa keping photos yang amat menarik minat aku dan membuat aku sangat teruja akan perkara tersebut, posting yang memuat turun photos photo sekelompok masyarakat Afrika dengan gaya hidup dan budaya yang sedikit sebanyak menjadi tarikan kepada kehidupan remaja aku.

Mereka adalah Rastafarian yang beridentitikan warna Hijau, Kuning dan Merah serta berambut Dreadlock, untuk memudahkan pemahaman, mereka adalah pecinta pecinta Reggae.

Seperkara lagi yang membuat aku teruja ialah penampilan mereka seratus peratus sama dan serupa Rastafara yang rata rata pecinta musik Reggae yang dipopular kan oleh Penyanyi Reggae Lagenda Bob Marley.

Pengalaman aku selama 3 tahun 4 bulan dibumi Afrika membuatkan aku cuba mengcunkil akan apa sebenarnya yang diamalkan oleh dua kelompok yang mempunyai gaya hidup dan persamaan dalam bentuk pakaian dan lain lain perkara.

Bhai, bagi mereka yang pernah dan masih menghayati gaya hidup Rastafara atau Reggae man sudah pasti mempunyai satu Persoalan Pokok sepertimana yang aku fikirkan, sementelah kita mengetahui bahawa Budaya Reggae hanya bermula hanya pada tahun 1968 berasaskan falsafah freedom dan One Love yang dipopularkan oleh Bob Marley bermula di kepulauan Jamaica.

Rastafarian adalah pada mulanya merupakan satu aliran spiritual yang berasas kan beberapa falsafah didiplin diri yang dimetoskan kepada Zion berlambangkan Singa dan telah didoktrinkan oleh pengamal pengamalnya yang dipanggil Rastafara.

Perbandingan perlu dibuat dan analisa perlu dilakukan, iaitu adakah Rastafarian atau budaya Reggae bermula dari satu kehidupan beragama pada asalnya atau ianya satu aliran sub budaya serta agama yang telah diubah dari aliran serta falsafah yang asal, untuk itu mari kita melihat dan memahami satu cara hidup yang beragama yang mana ianya bermula dari sekempulan ahli ahli Tarikat dan Sufi yang telah di pimpin oleh seorang Ulamak Afrika pada awal abad ke 19.

Yang Maurides atau Maurides Brotherhood

Sekali pandang kepada golongan tersebut mereka seolah olah Pecinta Tegar kepada Musik Reggae dan Penyanyi Lagenda Bob Marley, akan tetapi sebenarnya mereka ini adalah salah satu golongan besar Ahli Tarikat dan Sufi yang sangat berpengaruh serta mempunyai bilangan ahli yang ramai di negara mereka juga mempunyai cawangan di Eropah serta Amerika Syarikat.

Di negara Senegal bekas jajahan Perancis telah wujud satu kelompok yang mana ianya telah berkembang menjadi satu komuniti yang besar sehingga kehari ini iaitu Yang Mouride Ikhwan atau Maurides Brotherhood atau gelarannya Muridiyya, pada peringkat awalnya kumpulan ini adalah satu kumpulan mereka yang mengamalkan Tarikat Qadiriah dan mereka terkenal dengan kehidupan zuhud dan ahli Sufi.

Aliran Yang Mauride atau Maurides Brotherhood adalah sebuah Pertubuhan Sufi Persaudaraan Islam yang menekankan prinsip bantu diri dan berkerja keras. Ditubuhkan di Senegal pada pada tahun 1883 akhir abad kesembilan belas oleh Syeikh Amadou Bamba Mbakke (1850-1927), seorang pemimpin agama dan intelektual yang hebat.

Dikalangan orang orang Arab beliau dikenali sebagai Ahmad ibnu Muhammad ibnu Habib Allāh, atau Khadīmu Ar-Rasul, "Hamba Nabi" dan didalam bahasa peribumi Wolof dia dipanggil Serin Tuubaa atau "Manusia Suci Touba". Syeikh Amadou Bamba dilahirkan di Kampung Mbacké dalam Kerajaan Baol, anak seorang marabout dari kepempinan Khalifah Tarikat Qadiriah, iaitu antara kumpulan Tarikat yang tertua wujud didalam persaudaraan Islam di Senegal.

Di era pemerintahan dan penjajahan Perancis walaupun Syeikh Amadou Bamba tidak menyokong penaklukan Perancis tetapi beliau tidak menentang atau berperang secara terang-terangan terhadap Perancis seperti yang dibuat oleh pemimpin dan ulamak yang lain ketika itu, tanpa sokongan daripada kuasa diraja Wolof.

Masyarakat Afrika telah menubuhkan satu kumpulan jihad Islam penjajahan Perancis, Syeikh Amadou Bamba menjadi kecewa dengan doktrin-doktrin kumpulan jihad. Beliau beransur-ansur memajukan serta mengajar penerapan bukan ganas dan menolak perjuangan secara Militan, beliau telah membesar menjadi seorang Ulama terkenal, penyair , ahli teologi dan guru al-Quran serta menarik pejuang pejuang Militan Wolof yang telah letih berperang lalu mengajar mereka dengan Ilmu Tarikat, kesufian, Syair, Teologi serta falsafah dengan memanggil apa yang diajarnya itu dipanggil Jihad Al- Aakbar Tanpa Senjata atau dengan menekan kan perasaan takut kepada Allah.

Syeikh Amadou Bamba adalah seorang Sarjana marabout Islam, seorang pemimpin rohani juga penulis kitab kitab mengenai meditasi, ritual dan penulis kajian Al-Quran. Didalam kaedah kesufiannya beliau menekan kan akhlak dan pengamalan akhlak yang tinggi akan membantu kita mendekatkan diri kepada Allah, salah satu kaedah yang ditekankan ialah Berkerja dengan rajin, oleh sebab itu anak anak murid Syeikh Amadou Bamba memang terkenal dengan kerajinannya.

Pengikut atau anak anak murid Syeikh Amadou Bamba memanggilnya Mujaddid Islam. Kemasyhuran Syeikh Amadou Bamba ini merebak dengan luasnya melalui pengikut pengikut yang mengamalkan etika kerajinan bekerja serta gaya hidup yang dibawa oleh anak anak murid selepas kematian beliau.

Oleh kerana pengaruh Yang Maurides atau Maurides Brotherhood telah merebak dengan meluarnya dan jutaan penduduk Senegal serta negara sekita menyertai Persaudaraan Islam ini maka ini telah menimbulkan kebimbangan yang amat sangat kepada Kerajaan Penjajah Perancis lalu Syeikh Amadou Bamba telah di tangkap dan dibuang Negeri (1895-1912) serta telah dijatuhkan hukuman mati, beberapa cerita terkenal tentang keramah Syeikh Amadou telah tersebar dengan meluasnya di benua Africa.

Salah satu ceritanya, pernah satu ketika Syeikh Amadou Bamba telah dikurung didalam satu penjara bersama beberapa ekor Singa yang memang sengaja dibiarkan lapar, tetapi apa yang berlaku ialah singa singa tadi seolah olah menjadi penjaga kepada Syeikh Amadou Bamba sehingga ketika tidur beliau pun di jaga oleh singa singa tersebut. Satu kisah yang lain dikatakan semasa didalam kapal dalam perjalanan membawa Syeikh Amadou Bamba kapten kapal telah melarang beliau dan anak muridnya dari mengerjakan amalan serta berdoa sekali pun, Syeikh Amadou Bamba telah terjun kelaut bersama sama anak muridnya dan telah berdoa diatas permukaan air diatas sehelai sejadah.

Syeikh Amadou Bamba telah menjadi Simbol Perjuangan Anti Kolonial serta simbol kehidupan Aliran Kesufian oleh oleh pengikut pengikutnya sehingga mereka telah melahirkan kota suci Touba dan menamakan kelompak mereka sebagai Yang Murides atau Maurides Brotherhood.

Hari ini aliran ini telah berkembang dengan pecahan Aliran yang dibawa oleh salah seorang anak murid terawal Syeikh Amadou Bamba yang terkenal iaitu Sheikh Ibrahima Fall atau dikenali sebagai Baay Fall, yang mana pada peringkat awalnya Syeikh Amadou Bamba telah mengijazah kan satu kerja khusus kepada Baay Faal kaedah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah iaitu dengan melalukan kerja kerja buruh yang berat tanpa apa apa bantahan kepada tuan atau gurunya.

Kaedah ini telah merebak dan telah mempengaruhi buruh buruh di Afrika dan ribuan buruh buruh telah berbaiah untuk melakukan kaedah ini sebagai tanda mengabdikan diri kepada Tuhan. Baay Fall adalah orang yang pertama menyebab berkembangnya Aliran Mauridisime dikalangan rakyat Senegal dan Afrika sehingga beliau di gelar sebagai Babul Mouridina dengan maksudnya "pintu masuk dalam Mouridism."

Aliran ini berkembang denga cepat dan majunya dikalangan pekerja pekerja dan rakyat bawahan sehingga ianya telah menjadi satu aliran budaya yang popular sehingga keseluruh Afrika, ahli-ahli aliran Baay Fall Maurides Brotherhood boleh dikenali dengan gaya pemakaian pakaian kasar berwarna-warni, memakai dan menyimpan rambut mereka dalam gaya Dreadlocks yang dipanggil Ndiange dalam bahasa tempatan, mereka juga menghiasi pakaian mereka dengan manik buatan sendiri, wayar atau tali dan wanita wanita mereka memakai hijab dengan hanya menutup kepala dan memperhias kan diri dengan hiasan barang barang kemas buatan sendiri dari bahan semula jadi.

Hari ini Yang Mourides atau Maurides Brotherhood yang dahulunya hampir majoriti ahlinya terdiri dari buruh buruh kasar kini telah diganti oleh belia belia atau mereka mereka yang berada dikalangan masyarakat serta ahli ahli seni, pemuzik pemuzik serta penyanyi penyanyi seperti Syeikh Lo dan lain lain dan hari ini mereka juga mempunyai perhimpunan Tahunan di bandar suci mereka iaitu Touba.

Bhai..lihat ini juga..
https://www.youtube.com/watch?v=zl_E4taOBO4&feature=youtu.be

Allhamdulillah, Bhai kalau korang nak tau lebih lanjut korang bagi lah nama untuk keluar 4 bulan negara jauh dan cuba lah sambut Takaza benua Afrika ni, baru baru ni semasa Ijtimak KL 1 & 2 jemah jemaah ke benua Afrika telah dikeluarkan dan dihantar kesana.

Wallahwaalam

Afrika ni salah satu muka bumi yang kaya dengan pelbagai khazanah, Insyallah bagi nama Bhai..!!!

Psst : Insyallah...bulan Feb nanti aku niat dan nak doa dengan Allah supaya aku di jumpakan lagi dengan geng Yang Mourides atau Maurides Brotherhood ni....amin Ya Allah.

No comments: