Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, May 17, 2016

Di dalam kitab ini, Bin Baz Mufti Saudi menetapkan Allah mempunyai sifat "menghidu".

[1] Di dalam kitab ini, Bin Baz Mufti Saudi menetapkan Allah mempunyai sifat "menghidu".

[2] Inilah bahana berpegang dengan ayat mutasyabihah sebagai pegangan akidah sedangkan ayat muhkamah secara jelas menyatakan ليس كمثله شيء "Allah tidak sama dengan sesuatupun".

[3] Ayat mutasyabihah ialah ayat yang membawa faham Allah menyerupai makhluk maka ia telah disepakati oleh salaf dan khalaf Ahlul Haq bukan dengan makna zahir dan hakiki. Ini dijelaskan oleh Imam al-Baijuri رحمه الله تعالى di dalam syarah matan jauharah al-Tauhid.

[4] Kaedah akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah yang dinyatakan oleh Imam Ibrahim al-Laqqani رحمه الله تعالى di dalam matan jauharah al-Tauhid ialah ;

كل نص أوهم التشبيها ❌ أوله أو فوض ورم التنزيها

"Setiap nas (Al-Quran atau Al-Hadith) membawa waham Allah menyerupai makhluk ❌ Hendalah ditakwilkannya (palingkan kepada ayat muhkamah) atau serahkan (tafwidh) dan hendaklah menyucikan Allah daripada sebarangan penyerupaan dengan makhluk"

[5] Perbezaan methodology akidah yang memisahkan tiga kelompok yang besar di dalam Islam seperti berikut ;

i) ASWJ Salaf dan Khalaf : Memalingkan makna kepada makna ayat muhkamah (jelas) atau menyerahkan 100% kepada Allah maknanya dalam masa yang sama menyucikan (tanzih) Allah daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk.

ii) Muktazilah : Memalingkan makna mengikut prinsip akal dan falsafah. Jika bertembung nas dan akal mereka mengutamakan akal.

iii) Mujassimah/Wahhabi : menetapkan makna zahir dan hakiki kepada Allah sekalipun membawa kepada penyerupaan Allah dengan makhluk.

Tulisan Oleh,
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Universiti Al-Azhar Mesir
Selasa, 17.6.16
Miri, Sarawak.

No comments: