Perkongsian dari seorang sahabat..
Dikisahkan oleh TG Hj Salleh Bin Musa حفظه الله ...ketika beliau belajar dengan gurunya Syeikh Abdul Qodir Al Mandili رحمه الله di Mekah..suatu ketika keadaan diri Syeikh Abdul Qodir رحمه الله sakit sehingga tumit kakinya pecah dan ketika mengajar, darah pada tumit kakinya itu menitik di dalam kotak tetapi Syeikh tetap mengajar sambil tersenyum-senyum. Murid-murid beliau berasa hairan.
Mereka bertanya kepada syeikh, "syeikh tak berasa sakit ka?"
Lalu Syeikh menjawab "kalau aku menangis pun tiada faedah"..
Lihatlah betapa tingginya himmah beliau sehingga kesihatan dirinya pun tidak dimanjakan bahkan yang diutamakan adalah memberi didikan kepada pelajar. Mungkin ibroh pengajaran inilah menjadi antara asbab kenapa TG Hj Salleh حفظه الله tetap bersemangat dan berkeras untuk mengajar di pondoknya walaupun keadaan dirinya sakit. Semuanya adalah utk mendidik ummah.
Madrasah Ar-Rahmaniah / Pondok Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa -Official
No comments:
Post a Comment