Hebatnya orang hidupkan masjid Allah...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور
Sayyidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya apabila seseorang itu menjadikan masjid-masjid sebagai tempatnya yakni selalu berulang-alik ke masjid kemudian sesuatu urusan atau sakit telah menghalangnya (daripada pergi ke masjid) kemudian dia pergi semula sebagaimana biasa maka Allah SWT pasti bergembira dengannnya sebagaimana bergembiranya sesebuah keluarga dengan kepulangan seorang daripada ahli keluarga yang telah lama berpergian."
(Ibnu Khuzaimah)
Sayyidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya orang-orang yang selalu berkumpul di dalam masjid-masjid, mereka adalah tonggak masjid.Para malaikat menjadi teman yang duduk bersama mereka.Sekiranya mereka tiada di dalam masjid maka para malaikat akan mencari mereka.Sekiranya mereka sakit maka para malaikat akan menziarahi mereka.Sekiranya mereka pergi untuk sesuatu urusan maka para malaikat akan membantu mereka." Nabi SAW juga bersabda, "Orang yang selalu duduk di masjid akan mendapat tiga perkara, teman yg akan memberi apa-apa manfaat agama atau dapat mendengar apa-apa kata-kata hikmah ataupun mendapat rahmat Allah SWT yang sememangnya sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap orang islam."
(Musnad Ahmad)
Sayyidatina 'Aisyah RA berkata, "Rasulullah SAW telah memerintah supaya masjid-masjid dibina di setiap penempatan dan supaya masjid-masjid itu dibersihkan dan diletakkan wangi-wangian."
(Abu Daud)
Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.
آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين ْ
No comments:
Post a Comment