Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, May 23, 2016

ULAMA SUFI DAN HADIS DA'IF

ULAMA SUFI DAN HADIS DA'IF.............
Mudah-mudahan para saudara kita di kalangan penulis dan pembimbing selepas ini akan mengambil sikap yang warak (berhati hati) daripada menghamburkan pandangan secara pukul rata sehingga sampai menganggap palsu terhadap hadis hadis yang da'if.Seolah olah hadis da'if itu tidak boleh diambil manfaat,tidak perlu dihormati dan tidak boleh dinukilkan dan tidak boleh langsung berjinak jinak dengan lafaz dan pengertianya.
Kemungkaran yang paling teruk ialah apabila kemelut yang dihadapi oleh saudara saudara kita ini tidak berkurangan sampaikan mereka sanggup mempertikaikan orang orang sufi hanya kerana berpegang kepada hadis da'if,walaupun dalam hal hal yang disepakati oleh para ulama hadis timur dan barat bahawa hadis da'if terbabit sunat diamalkan.Di kalangan ulama ulama sufi tidak kurang ramainya mereka yang terdiri dari kalangan ulama besar dalam bidang hadis
Ibn Abdul Barr berkata: hadis hadis yang berkaitan dengan fadilat fadilat,maka kami tidak perlukan orang yang layak untuk dijadikan hujjah.
Ibn Mahdi menyebutkan dalam kitab al Madkhal:Apabila kami meriwayatkan daripada Nabi s.a.w tentang halal haram dan hukum hakam,maka kami akan memperketatkan sanad sanadnya dan kami akan membuat kritikan(pemeriksaan) terhadap rijalnya(nama nama perawi yang terdapat dalam sanad).Tetapi apabila kami meriwyatkan tentang hal hal berkaitan fadilat,ganjaran pahala dan seksa,maka kami mempermudahkan sanad sanadnya,dan kami bertolak ansur dengan rijalnya.
Imam Al Ramli menyebutkan:Hadis hadis yang terlalu da'if(iaitu hadis yang dinamakan al-wahiah) apabila sebahagiannya bergabung dengan sebahagian yang lain,maka ia boleh dijadikan hujjah dalam bab ini(iaitu bab fadilat,perkara yang menambat hati,nasihat,ketatasusilaan,sejarah dan seumpamanya).Berdasarkan inilah maka al-Mundziri dan para pentahqiq yang lain mengumpulkan hadis hadis terbabbit dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib(menggemar dan membimbangkan).
Pendekatan yang diambil oleh golongan yang terdahulu yang membuat pengkhususan dalam bidang hadis ini samalah dengan pendekatan yang diambil oleh sesetengah fuqaha' dan ulama tasawuf.Dan dengan pendekatan inilah kami berpegang.Dalam matan hadis da'if kita banyak menemui hukum hakam,ilmu pengetahuan,perkara perkara yang menambat hati,dan adab yang kesemuanya ada kaitan dengan wahyu kenabian.Ilmu pengetahuan itu adalah barang orang mukmin yang hilang.
Inilah pendekatan yang diambil oleh ulama terdahulu seperti al-Thauri,Ibn Uyainah Ibn Hanbal,Ibn al Mubarak,Ibn Mahdi,Ibn Mu'in dan al Nawawi.Ibn'Adiy meletakkan satu bab berkaitan hal ini(penerimaan hadis da'if)dalam kitabnya yang berjudul al-kamil.Begitu juga yang dilakukan oleh al-Khatib dalam kitab al-Kifayah.
Pada masa ini kita dapat melihat(amat mendukacitakan) ada golongan yang menolak hadis hadis al-Bukhari kerana tidak sejajar dengan kefahaman yang dipeganginya,dan tidak bersesuaian dengan kecenderungannya atas nama menolong sunnah.Malah ada orang yang menulis buku berkaitan hal ini sedangkan dia bukan orang yang berkelayakan.Ada berpuluh musuh musuh islam yang membantunya untuk mencetak buku berkenaan dan mengagihkan secara percuma merata tempat walaupun menelan kos yang besar kerana didorong oleh kepentingan mendapatkan keuntungan material dan niat yang buruk.
Kalau tidak dengan rahmat Allah,dan langkah langkah yang diambil oleh Majalah Muslim(iaitu majalah yang diasaskan oleh penulisnya)dan sesetengah ulama hadis(untuk menangkis usaha tersebut)nescaya akan menyebabkan timbul keraguan terhadap semua hadis hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,apatah lagi riwayat oleh imam imam hadis yang lain.Tentunya(jika tidak ada usaha yang diambil oleh sesetengah ulama dlam menangkis golongan terbabit)maka sunnah nabi yang telah thabit secara ilmiah terdedah kepada fiitnah(semoga Allah melindunginya)yang ditimbulkan oleh golongan yang mendakwa sebagai penegak sunnah,kononnya mereka yang lebih mengetahui daripada orang lain tentang ilmu sunnah.
Al-Nasa'ie telah mengeluarkan nama nama perawi yang tidak diketepikan begitu sahaja,yakni nama perawi yang sesuatu hadis itu hanya bersumberkan daripadanya,asalkan jangan dia dikenal pasti sebagai seorang yang pembohong.
Apa yang berlaku kepada kami(iaitu hadis hadis yang diamalkan oleh kami)yang diriwayatkan oleh tokoh tokoh besar sufi tidak terdapat didalam sanadnya perawi yang pembohong.Cukuplah ini sebagai dalil keharusan beramal dengan hadis yang da'if pada tempatnya.Dan inilah pendirian yang diambil oleh ulama ulama tasawuf.Kami memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepadanya.Dialah jua yang memberi taufiq dan tempat untuk meminta pertolongan.
Wallah hu A'lam

No comments: