Di akhirat nanti, satu golongan dimasukkan ke neraka. Apabila ditanya, "Kenapa kalian dimasukkan ke neraka?"
"Kami dulu di dunia membaca Yaasin tiga kali pada malam nisfu Syaaban dan juga setiap malam Jumaat. Kami juga banyak berzikir secara jahar selepas solat dan melafazkan usolli sewaktu nak solat. Banyak lagi amalan kami yang lain. Sebab itulah kami masuk neraka."
Kemudian, satu golongan lain dimasukkan ke syurga. Apabila ditanya, "Atas amal apakah kalian dimasukkan ke syurga?"
"Di dunia dulu, kami taklah beramal banyak sangat. Tapi kami sangat membenci amalan-amalan seperti baca Yaasin Nisfu Syaaban, malam jumaat, zikir jahar dan lafaz usolli. Kami menentang sekeras-kerasnya amalan ini dan melabel mereka sebagai ahli bidaah dan layak masuk neraka. Disebabkan kerja kami yang ikhlas inilah kami masuk syurga."
Riwayat Ibnu Wahabi
Ulasan: Riwayat ini palsu kerana ianya tidak munasabah dan bertentangan dengan ayat al-Quran serta Hadis Sahih.
No comments:
Post a Comment