Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, May 31, 2016

Umat Islam yang bermazhab adalah pengikut salafussoleh

Umat Islam yang bermazhab adalah pengikut

 salafussoleh.

Berpindah daripada satu ketaksuban kepada ketaksuban yang lain
Ramai yang kata jangan taksub pada 4 mazhab. Kenapa taksub pd Maliki? Kenapa taksub pada Hanafi? Kenapa taksub pada Syafie? Kenapa taksub pada Hanbali? Taksublah pada Quran dan sunnah!
Lepas tu, dia pula cakap tak serupa bikin! dia pula asyik taksub ke Ibn Taymiyah! Taksub pd syarahan Ibn Qayyim! Taksub pada pengesahan Albani! Sampai mengkafir, atau menyesatkan orang lain yang tak menyetujui org-org yang mereka taklid. Dikelentong orang ramai yang mengatakan 4 mazhab tidak mengikut Quran dan Sunnah! Kemudian, membenarkan orang taksub pada dirinya sendiri, seolah-olah dia semua benar!
Kelebihan mazhab-mazhab empat ialah, pengasasnya hidup zaman Salaf yg diperakui Nabi SAW. Anak-anak muridnya pula, keluarkan hukum berdasarkan method mereka. Mazhab-mazhab ini diperakui oleh ulama sebagai mazhab yang muktabar.
Keraguan utk berpegang kepada Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim secara 100% ialah tidak ada isyarat langsung yang sebut kebenaran pd kurun ke 7. Kemudian, diisyaratkan fitnah datang dr Najd! Najd itu timur Madinah iaitu Riyadh. Ada yg nak takwil Najd kepada tanah tinggi. Tp jauh sangat takwil tu sebab disebut Syam dan Yaman sebagai nama khas dlm hadis itu juga. Tiba-tiba dikatakan Najd sebagai kata sifat mukabumi, walhal ada nama tempat yang bergelar Najd!
Apa pula isyarat kepada kebenaran Asyairah? Kerana ada isyarat kesejahteraan didoakan kepada keturunan Abu Musa al-Asy'ari, dan isyarat pembuka kota-kota Konstinople adalah sebaik-baik Raja. Mana mungkin sebaik-baik raja ialah seorang raja yang sesat? Jadi, Sultan Muhammad al-Fateh ialah sebaik-baik raja dan seorang sufi dan memahami akidah menurut aliran Imam Abu Hassan al-Asy'ari.
Bahkan, semua khilafah Islamiah yg dikuasai Sunni daripada zaman Abasiah, uthmaniyah mempunyai mazhab. Bahkan akidah yang mendominasi ialah Asyairah dan Maturidiyah. Tidaklah mereka itu sesat kerana bermazhab! Jadi, mazhab-mazhab muktabar ini mempunyai ribuan para ahli tafsir, para ahli hadis.
Semoga kita tidak terperangkap dalam satu ketaksuban yang jauh drpd zaman Nabi SAW.

Allahu al-musta'an..

https://web.facebook.com/asmadi.mohamednaim/posts/854173057983753

No comments: