Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, May 19, 2016

Tuan Guru Hj Abd. Hamid Johari Al-Banjari

Tuan Guru Hj Abd. Hamid Johari Al-Banjari adalah satu-satunya pewaris mutlak dikalangan anak-anak- murid yang seangkatan dengannya yang mewarisi amalan kerohanian, perawatan Islam,hulubalang dan persilatan yang berteraskan Iman, Islam dan Ihsan dari gurunya (Al-Marhum Sheikh Mahmud Nasri Othmani) pengasas silat ABJAD, bapa mertua kepada Dato' Wan Muhammad bin Wan Teh, Menteri Besar Perak pada waktu itu, mengambil ia dari gurunya Al-Marhum Tuan Guru Sheikh Yussof Kenali al-Kelantani (Terkenal dengan nama Tok Kenali Kelantan). Ulama tersohor nusantara yang terkenal seantero dunia.

Bermula sebagai khadam (runner/pesuruh) dan anak murid (salik) selama 20 tahun dan dikira paling hampir dan begitu akrab terhaadap gurunya iaitu Al-Marhum Sheikh Mahmud Nasri Othmani, kini beliau (Tuan Guru Hj Abd Hamid Johari Al-Banjari) banyak mewarisi segala amalan yang berkaitan kerohanian / aqidah dalam memerangi habis-habisan ajaran, amalan dan fahaman sesat, berupa jasmaniah dan rohaniah yang berleluasa dalam amalan hulubalang, persilatan, perbomohan dan rawatan tradisional termasuk penentangan kebathilan yang berkembang biak pada masa lalu dan sehingga kini, malah ada yang mengaku kononnya telah mencapai taraf kewalian yang tinggi dan telah sampai kepada Allah yang berbangga dengan ramainya anak murid yang tidak dapat dikenal pasti akan kesohihan aqidahnya, ini berpandukan pada terzahirnya kelakuan yang menyalahi syariat seperti dalam adab pergaulan, berpakaian dan sebagainya, memperdaya orang ramai dalam rawatan yang kononya ia adalah cara yang dituntut oleh Islam.

Jelas kini kebanyakan amalan kebatinan adalah sesat lagi menyesatkan, jika tidak benar-benar ada sanad yang sohih perjalanan yang diamanahkan untuk menyambung zuriat amalan kerohanian. Ini kerana kebanyakan amalan kerohanian yang tidak berlandsaskan Tauhid dan Syariat adalah hanya mencari gah dunia dan nama berpaksikan material semata. Ini telah diakui sendiri oleh kebanyakan anak murid yang seangkatan atau yang lebih kanan darinya. Pembanterasan amalan khurafat ini tidak akan selesai sampai bila-bila selagi Allah tidak memerintahkan Israfil meniup sangkakala dan Izrail merentap nyawa makhluk yang ada.

Setelah kemangkatan Al-Marhum Sheikh Mahmud Nasri Othmani pada 6 Januari 1980 dan kini telah melebihi dari 24 tahun yang lalu, kebanyakan anak-anak murid yang seangkatan dengannya dan anak-anak- murid yang menyambung sanad perguruan dan silsilah telah mengenali beliau (Tuan Guru Hj. Abd Hamid Johari Al-Banjari) melalui guru-guru mereka dan orang lain yang telah memahami perjalanan kerohanian dan kini sentiasa mendapatkan bimbingan dan khidmat nasihat darinya. Tidak terkecuali saya sendiri (Pengasas/Pengetua Pusat Rawartan dan Pemulihan Dadah Persendirian Jabat Sufi) yang mempelajari akan kaedah dan rawatan dan pemulihan dadah dan lain-lain rawatan berteraskan Iman Islam dan Ihsan.


http://jabatsufi.com.my/HalamanTuanGuru.html


No comments: