Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, May 10, 2016

janganlah berlaku zalim kepada siapapun, kerana zalim itu adalah api menyala yang tidak akan pernah padam

RIWAYAT...

KETIKA Makmun Bin Harun ar Rasyid masih kecil lagi, gurunya telah memukulnya dengan rotan tanpa sebab. Lalu dia bertanya,
MAKMUN  : Kenapa Cekgu pukul saya..?
CEKGU : Diam, takpayah kamu tanya...!

Maka selepas dua puluh tahun, tatkala Makmun memegang jawatan sebagai Khalifah, yang mula-mula dia lakukan ialah, dia memanggil Cekgunya Lantas bertanya :
MAKMUN : Kenapa Cekgu pukul saya pada waktu saya masih kecil dahulu..?. Maka Cekgu itupun tersenyum sambil bertanya,
CEKGU : Kamu tidak lupa kah..?
MAKMUN : Demi Allah saya tidak akan lupa..!
CEKGU : Biar kamu tahu bahawa orang yang dizalimi itu tidak akan pernah lupa terhadap kezaliman yang diterimanya. Maka kamu sekarang (sebagai Khalifah) janganlah berlaku zalim kepada siapapun, kerana zalim itu adalah api menyala yang tidak akan pernah padam yang ada didalam hati orang-orang yang dizalimi, meskipun sudah berlalu bertahun-tahun LAMANYA..!#

FILASUF

.

No comments: